Filipina Semakin Berani Tuntut Sabah Disebabkan "The Actions of The Former interim Chief Minister 2018" - Anifah

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Filipina Semakin Berani Tuntut Sabah Disebabkan "The Actions of The Former interim Chief Minister 2018" - Anifah">

Filipina Semakin Berani Tuntut Sabah Disebabkan "The Actions of The Former interim Chief Minister 2018" - Anifah

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR- Keberanian pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut Kedaulatan Negeri Sabah adalah disebabkan kurang pengalaman diplomasi internasional oleh mantan Ketua Menteri Negeri Sabah Interim pada tahun 2018.

Perkara itu kata Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman, apabila mantan Ketua Menteri tersebut mengambil tindakan semborono melayan tuntutan waris Kesultanan Sulu dengan mahu mengadakan perbincangan dan rundingan bersama Filipina.

Datuk Seri Anifah Aman, yang juga bekas Menteri Luar Malaysia berkata, pendekatan terbaik yang sewajarnya dilakukan oleh mantan ketua menteri interim itu ialah tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

"Semasa saya menjawat jawatan Menteri Luar, Filipina tidak pernah bertegas (tuntutan) seperti sekarang. Saya menyalahkan mantan ketua menteri Sabah interim yang lalu (2018) disebabkan kurang pengalaman dan tidak tahu menanganinya menyebabkan Filipina berani membuat tuntutan tidak berasas itu.

"Hal ini membuktikan bagaimana beliau mengabaikan sejarah negara dan undang-undang internasional sekali gus mengugat kedaulatan Negeri Sabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad [13 Mac 2022] - [1]

Beliau (Datuk Seri Anifah Aman) turut merujuk nasihat itu kepada mantan Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas yang tidak mengambil berat tentang implikasi surat yang diutus kepada Paul Cohen dan pihak timbang tara (arbitrators) Dr Gonzalo Stampa.
"Saya kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan pihak tertentu terhadap Sabah."
Komen Datuk Seri Najib Razak : Masalahnya ialah peguam negara (Attorney General ) Regime Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja sudah mengiktiraf tuntutan tersebut dengan menulis surat untuk tawar -menawar membayar pampasan RM48,300 (termasuk faedah) tetapi dia juga telah mengaku Malaysia sudah langgar perjanjian apabila dia kata, 'Malaysia kesal bahawa bayaran tidak dibuat'.
Masalah lagi besar ialah kini keturunan Sulu sudah memperolehi surat rasmi peguam negara tersebut sebagai bukti "pengakuan".
Surat ini boleh dibawa ke mana-mana Mahkamah Internasional bagi membuat tuntutan baharu jika pun Malaysia tak iktiraf Mahkamah Sepanyol. [hsz] [2]
Reference ;
[1] astroawani.com
[2] DS Najib Razak

Editor Helmy Network

Ilustrasi Image, Doc, Helmy Network

#analysis, #conspiracyarchive, #featured, #news politics, VIDEO ; #GrandfatherJamesRiyadi, Bukti CHINA Ingin Menjajah Indonesia

No comments