UMNO Deputy President, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Johor!
UMNO Deputy President, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Johor 2022!
"UMNO bangkit semula bukan kerana ubat mujarab Pas"-Tok MatFORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR – Gelarlah dengan apa pelbagai gelaran apa pun – itik, angsa, harimau dan sebagainya kerana hakikatnya UMNO masih lagi parti Melayu terbesar Malaysia, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Walaupun sebagai parti politik terbesar di Malaysia, UMNO bangkit semula bukan kerana “ubatan mujarab” Pas sebaliknya kerana dukungan orang Melayu terhadap UMNO
Selain itu kerana buruknya prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Jelas Mohamad, tanpa UMNO, Pas juga tidak boleh menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini.
Malah, katanya, Pas tahu, tanpa UMNO parti itu tidak akan dapat kekal menjadi sebahagian dalam Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Oleh itu, tegas beliau, jika Pas merasakan Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan, pulangkanlah kepada rakyat untuk memutuskannya dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada Pas dan PN masih relevan atau tidak.
Tok Mat dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Johor!
Mengulas kenyataan tajam Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau berkata, Pilihan Raya (PRN) Negeri Johor diadakan atas pelbagai sebab strategik dan bukan kerana ia kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat baharu dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya.
Datuk Hasni Mohammad telah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor, sesuai dengan keadaan dan keperluan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.
Oleh itu, dengan menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah kerana istilah-istilah kluster itu hanya ciptaan musuh UMNO sahaja.
”UMNO bukan seperti parti lain. Tiada ‘wala’ kepada Presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya. Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja.
”Bila UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, cuma hanya 12 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang akur. Demikianlah demokratiknya UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette
SOURCE, MalaysiaGazette
Editor ; Helmy Network
Ilustrasi Image, Doc,Helmy Network
Follow me at;⭐
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz
#video, #articledetails, #newspolitics, #prnnegerijohor,
#umno_bn, #datukmohamadhassan, #dsnajibrazak,
VIDEO ; #PRNJOHOR2022-Gerak-Gempur UMNO/BN MAJU TAK GENTAR !!!
No comments
Post a Comment