Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Review of the SRC Trial

 <img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Review of the SRC Trial">

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, "Review of the SRC Trial"

FORTUNA MEDIA - FAKTA MENARIK:

'Najib tidak pernah didakwa atau didapati bersalah kerana menchuri wang atau meromp4k'
Sebagai contoh, dalam perbicaraan SRC dia didakwa di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan - Pecah Amanah Jenayah kerana terlibat atau menyertai mesyuarat Kabinet pada tahun 2011 yang meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion kepada SRC.
(Bukan dia yang menilai atau membentangkan kertas ini untuk diluluskan oleh kabinet. Nor Mohd Yakcop yang membentangkannya. Kemudian baru lah kita tahu mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. telah menerima RM85 juta daripada Jho Low 1 1/2 tahun sebelumnya yang mana wang ini disembunyikan olehnya dalam akaun di Singapura. Peliknya dia tidak didakwa dan fakta ini tidak pernah didedahkan oleh pihak pendakwa)
#DSNajib kemudian didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFA - Pengubahan Wang Haram kerana seseorang telah memasukkan RM42 juta tanpa pengetahuannya ke dalam akaunnya yang kemudiannya dibelanjakan untuk pelbagai aktiviti CSR - bukan untuk kegunaannya sendiri.
(Orang yang ditugaskan untuk memantau dan mengesahkan deposit ke dalam akaun #DSNajib telah gagal dalam kerjanya juga secara misterinya tidak didakwa walaupun keluarganya menerima hampir RM700 juta daripada Jho Low termasuk baki RM65 juta yang dipulangkan oleh Singapura).
Bagaimanapun apabila mendapati #DSNajib bersalah, hakim berkata ia bukanlah hak Najib untuk bersedekah.
Link: "RM42 juta bukan milik anda untuk amal, hakim beritahu Najib"
Jadi, jika DSNajib dipenjarakan maka dia pada dasarnya dipenjarakan kerana memberikan RM42 juta wang SRC untuk kegunaan amal.
(Yang peliknya adalah kerana #DSNajib turut memberikan RM642 juta dana yang diterimanya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk tujuan kebajikan walaupun pada hakikatnya dana itu diberikan kepada DSNajib untuk digunakan dalam apa jua cara yang beliau pilih termasuk untuk kepentingan pribadi)
Inilah sebabnya mengapa #DSNajib tidak pernah didakwa atas penyelewengan harta untuk kegunaannya sendiri (seperti Syed Saddiq dan Guan Eng) atau didakwa kerana salah guna kuasa (seperti Guan Eng) kerana tiada bukti bahawa DSNajib pernah meminta atau mengarahkan bahawa RM42 juta dibayar ke akaunnya.
Malah dalam kes #1MDB, #DSNajib tidak pernah didakwa kerana menchuri atau meromp4k. Sekali lagi ia adalah pertuduhan Pecah Amanah Jenayah dan kemudian pertuduhan AMLA.
Malah, DSNajib didakwa 9 kali di bawah AMLA kerana menerima RM2.6b itu dan 6 lagi pertuduhan di bawah AMLA kerana memulangkan RM2.6b kepada pengirim 4 bulan kemudian.

Bezakan ini dengan pertuduhan kes Syed Saddiq

Syed Saddiq juga didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan - Pecah Amanah Jenayah kerana secara peribadi mengeluarkan RM1 juta daripada akaun partinya di CIMB Bank tanpa kebenaran daripada partinya.
Dia kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan - Sesiapa yang menyalahgunakan harta secara tidak jujur, atau menukarnya untuk kepentingan peribadi kerana telah mendepositkan RM120k wang itu secara peribadi ke dalam akaun Maybank peribadinya - yang mana ini pada asasnya adalah menchuri.
Dia kemudiannya didakwa di bawah AMLA kerana dia kemudian menggunakan RM100k wang churi itu untuk membeli RM100k unit ASB di bawah namanya sendiri - bermakna untuk faedah peribadi juga.
Dalam kes #Guan Eng (mantan Menteri Kewangan PH), dia juga didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan - Pecah Amanah Jenayah kerana membuat keputusan dan mengatur keputusan sebelumnya untuk menganugerahkan projek Terowong kepada kontraktor.
Guan Eng juga didakwa di bawah Seksyen 23(1) akta SPRM - Penyalahgunaan Kuasa kerana mengatur projek untuk diberikan terus kepada penjual banglonya Pang Li Khoon. (yang mana isteri Guan Eng didakwa kerana menerima bayaran daripada Pang Li Khoon juga)
Guan Eng kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM; mana-mana orang secara korup meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain apa-apa suapan- kerana dia meminta komisen 10% daripada kontraktor terowong dan telah menerima wang tunai RM3.3 juta setakat ini. Ini bermakna dia meminta DAN menerima rasuah.
Guan Eng kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan - Sesiapa yang menyalahgunakan harta secara tidak jujur, atau menjadikannya untuk kegunaan peribadi- kerana menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang kerugian RM208 juta dalam aset tanah negeri kepada kontraktor terowong kerana melakukan laporan teknikal yang pelik dengan harga tidak masuk akal. Syarikat terowong itu kemudiannya diatur supaya membayar rasuah kepada Guan Eng sebagai imbalan keuntungan maha besar yang dijana ini.
Oleh itu, berdasarkan kes dan pertuduhan Mahkamah, adalah tepat untuk mengatakan bahawa tidak seperti Syed Saddiq dan Guan Eng, DSNajib tidak pernah didakwa kerana menchuri atau meromp4k untuk kepentingan peribadinya.
Malah adalah lebih tepat untuk mengatakan Syed Saddiq dan Guan Eng sebagai penchuri dan peromp4k.
Terjemahan dari penulisan asal Lim Sian See oleh Nabeel Naqie Lima untuk semua.
Link asal: https://www.facebook.com/100006264096443/posts/3201041053448000/?d=n

Editor ; Helmy Network

Ilustrasi Image, Doc,Helmy Network

Follow me at;
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz

 #video, #articledetails, #newspolitics, #prnnegerijohor,
#umno_bn, #dsnajibrazak,
 #SRC, #1MDB

VIDEO ;

Viral! Mantan Peguam Negara Tommy Thomas "Plays Chess How to Checkmate"

No comments