Selamat Hari Malaysia, 2021!
Selamat Hari Malaysia, 2021!
FORTUNA MEDIA-Selamat Hari Malaysia!
Kisah perjalanan Malaysia ini penuh peristiwa dan banyak kenangan juga.
Tahun-tahun yang datang dan berlalu pergi bermula dari 16 September 1963, Malaysia boleh dikatakan negara yang telah melalui banyak perubahan.
Daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kita kemudiannya muncul sebagai negara perindustrian moden dan kini pula sektor perkhidmatan berkemahiran dan industri berteknologi tinggi menjadi tunjang ekonomi Malaysia.
Kita juga telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
Dengan kejadian ancaman terhadap demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, rusuhan kaum, dan yang membawa kesan besar terhadap kehidupan harian rakyat seperti kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan.
Namun demikian, jelas sekali kita berjaya menangani setiap satunya dengan berjaya.
Malah, setiap langkah yang kita ambil tahun demi tahun membawa kepada kemakmuran dan pembangunan Malaysia. Dari Perlis ke Sarawak dan Sabah.
Bagaimana?
Hanya dengan perancangan yang bersesuaian, dan pelaksanaan yang tepat.
Perancangan hanya sia-sia jika sekadar di mulut atau atas kertas, tidak jelas, tidak teratur.
Perancangan hanya mempertaruhkan rakyat dan negara jika dianggap bukan janji.
Perancangan hanya janji kosong jika tidak ada pelaksanaan.
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membuahkan hasil untuk rakyat.
Bagi saya, kita sudah kehilangan banyak masa yang berharga dalam beberapa tahun ini.
Bermula dengan janji-janji kosong, diikuti perancangan yang tidak berkesan, dan akhirnya kegagalan dalam pelaksanaan.
Kita perlu segera kembali kepada landasan pembangunan yang tepat dan berpaksikan rakyat.
Untuk Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia.
Untuk Negeri Sarawak.
Untuk Negeri Sabah.
Untuk Negera Malaysia.
Untuk anak-anak kita, generasi seterusnya.
Rancangan perlu dilaksanakan.
Janji perlu ditepati.
Sama-sama kita usahakan Malaysia yang makmur dan sejahtera.
Selamat Hari Malaysia.
Salam 1Malaysia, Salam Keluarga Malaysia.
(Via, Najib Razak)
Be Smart, Read More;
(Via, Najib Razak)
Be Smart, Read More;
Misteri Nusantara
KISAH HEBAT PENDEKAR GRIK, NEGERI PERAK
The Story of The Prophet Muhammad SAW
Sementara itu Saya sangt tertarik dengan luahan perasaan Sahabat FB Saya ini, @Nabeel Naqie, yang ditulis di facebook nya, "Sebenarnya Nabeel nak buat pengakuan kat sini".
"Last sekali Nabeel sambut Hari Kemerdekaan dengan Hari Malaysia dengan penuh semangat adalah pada tahun 2017.
Pada tahun 2018 dan 2019, langsung tak rasa Negara ni milik kita. Rasa macam kena jajah dengan Mamak Kerala dan kominis je.
Siap 16 September 2019 dicemari dengan dibawa masuk abu mayat pengganas no 1 Negara, Chin Peng kembali ke Malaysia!
Dan tahun 2020 lagi macam lahanat. Negara lagi teruk jahanam di tangan Midin dan gerombolan PPBM.
Tahun 2021 Ini? Sejujurnya Nabeel tak rasa seronok sangat pun.
Selagi ada PPBM yang telah merosakkan Negara bersama PH (Pakatan Harapan) pasca PRU ke 14 sebagai sebahagian dari kerajaan,
Nabeel tak rasa kita dah bebas dari perosak negara sepenuhnya".
(Via, Nabeel Naqie IV)
Editor ; Helmy Network
Follow me at;⭐
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz
VIDEO;
No comments
Post a Comment