KISAH HEBAT PENDEKAR GRIK, NEGERI PERAK
KISAH HEBAT PENDEKAR GRIK, NEGERI PERAK
ꕥ~ “Patik bukan penderhaka,Tuanku, tiada sekelumitpun di hati patik niat untuk menderhaka kepada Tuanku, apatah lagi melanggar titah perintah Tuanku. Tapi Inggeris sudah melampau, Inggeris telah menabur fitnah, Inggerislah yang menjadi dalang. Merekalah yang sepatutnya dihukum. Mereka mereka-reka cerita dan mengatakan patik membunuh. Patik hanya mmpertahankan nyawa patik Tuanku. Patik mempertahankan hak dan maruah patik.”
“Salahkah patik apabila melawan Inggeris semata-mata mmprtahankn agama Islam dan orang Melayu??”..“Salahkah Patik Tuanku??”..“
Patik tidak rela mereka menghina agama Islam dan menghina Bangsa Melayu. Bahkan mereka telah menghina Tuanku sebagai Sultan di Negeri ini. Mengapa patik pula yang dianggap penderhaka??” ~ꕥ
–☘︎𝙏𝙊𝙆 𝙅𝘼𝙉𝙂𝙂𝙐𝙏☘︎–
FORTUNA MEDIA- ⚔ Tok Janggut Kampung Tanjung Rambai Grik, Negeri Perak telah dijemput oleh Menteri Besar Negeri Selangor ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969🤺
⚔ Tok Janggut, beliau berasal daripada Daerah Kerinchi, Sumatera Tengah*1), Indonesia datang berdagang ke Hulu Perak. Negeri Perak
⚔ Di Kampung Tanjung Rambai beliau dilantik sebagai Ketua Kampong, ramai perantau dari Daerah Kerinchi Indonesia membuka tanah-tanah baru dengan menanam padi huma atau padi ladang bukit dan selepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah.Tok Janggut juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok-banding diantara perantau Kerinchi ketika itu.
⚔ Sepanjang hayatnya, Tok Janggut amat tersohor dengan kehebatan kepahlawanan Melayu. Selain ketua kampung, beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan, bomoh/dukun dan ahli tasawuf. Menurut cerita orang tua yang masih ada semasa zaman kemasyhuran Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering. Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjang yang sehingga kini masih ada tersimpan di rumah pusaka peninggalannya yang kini didiami oleh Tuan Hj Omar. Tok Janggut juga telah diceritakan telah memasang pagar sepanjang kampung Tanjung Rambai sehingga dikatakan pengganas komunis setiap minggu lalu lalang di halaman rumah penduduk kampung tetapi mereka tidak nampak di situ merupakan kawasan kampung.
Be Smart, Read More;
PENGAKUAN KEMERDEKAAN INDONESIA BERBALUT UKHUWAH ISLAM
Sekelumit Kisah tentang, H.Agus Salim, Tokoh Pejuang & Pendiri Bangsa Indonesia
⚔ Kisah Tok Janggut juga terkenal di Hulu Perak di hari keraian (keramaian) peringkat Daerah semasa Daerah Gerik di perintah oleh DO Tuan Bekerley. Satu pertunjukan orang kuat telah dijalankan di padang Grik. Tuan Bekerley telah membawa seorang pegusti-pegulat dari Britain untuk mengadakan pertunjukan gusti. Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang Melayu yang mana berani untuk tampil di tengah padang beradu kekuatan. Kebetulan pada masa itu Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Bekerly bagi memeriahkan suasana. Akhirnya Tok Janggut bangun melompat terus di tengah gelanggang. Tanpa banyak cakap mereka meneruskan pertarungan dan dikhabarkan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah mencampak orang putih itu dengan sebelah tangan, orang putih itu terus terpelanting kira - kira 50 meter ke hujung padang.
⚔ Tok Janggut juga telah menulis beberapa kitab Pati Rahasia Perubatan Melayu, Kitab Amalan Pendekar (Kaf 40 dalam bahasa Ibrani) yang pernah menjadi kontroversi bagi pengamal yang pernah mempertikai kandungan Kaf 40. Namun segala kontroversi mengenai Kitab Kaf 40 itu telah dirungkai oleh Tuan Guru Pak Teh Yang Dipertua Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu, Negeri Perak. Isi kandungan Kitab Kaf 40 merupakan terjemahan kitab dalam bahasa Ibrani yang bukan calang orang yang boleh mengarang kitab tersebut. Maka Pak Teh yang juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Agama Islam Negeri Perak telah menyatakan kitab tersebut boleh digunapakai sebagai amalan harian umat Islam..
⚔ Selain Tok Janggut, terdapat beberapa orang lagi sahabat-sahabat beliau yang handal dan tinggi amalan tauhid seperti Hj Majid (Imam), Hj Mat Tahir, Hj Mat Kaya, Hj Mat Ali, Sutan Sharif dan beberapa orang lagi.[hsz]
Author ; 📝Cikgu Rosman & Zuhail Al-Ghoriki
Via, 𝗥𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 2.O
Editor ; Helmy Network
Follow me at;⭐
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz
Catatan; Sumatera Tengah*1), adalah provinsi atau Negeri yang dulunya meliputi Daerah Riau, Sumatera Barat (Minangkabau). Daerah Jambi, Dan masa itu Daerah Kerinchi termasuk pemerintahan Daerah Sumatera Barat.
Kemudian, apabila Provinsi Sumatera Tengah dipecahkan menjadi beberapa provinsi seperti Provinsi Riau, Provinsi Jambi, Provinsi Sumatera Barat, Negeri Kerinchi memilih bergabung bersama Provinsi Jambi.
VIDEO ;
No comments
Post a Comment