LONG FADHIL'S LIFE STORY; EX-SINGAPORE G4NGST3RS SEBELUM TERIMA HIDAYAH


<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="LONG FADHIL'S LIFE STORY; EX-SINGAPORE G4NGST3RS SEBELUM TERIMA HIDAYAH">

LONG FADHIL'S LIFE STORY; EX-SINGAPORE G4NGST3RS SEBELUM TERIMA HIDAYAH

FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR- WATAK sosok ‘Abang Long Fadhil’ yang dilakonkan oleh aktor Zizan Razak memang wujud sebenarnya. Inilah dia wajah di sebalik Abang Long Fadzil yang sebenar, bekas g4ngst3rs Singapore yang telah bertaubat dan menerima hidayah dari Allah. Kita yakin mungkin tiada kena mengena dengan filem Zizan itu, cuma nama sahaja kebetulan sama.

Melalui perkongsian video selama 50 minit di Facebook, Abang Long Fadzil bercerita tentang masa silamnya dan bagaimana beliau terbuka hati ingin kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Jadi kalau Anda belum ada masa untuk tonton video penuh ceramah Abang Long Fadzil, Anda boleh teruskan membaca sinopsis kisah Abang Long Fadzil di bawah ini.

Abang Long Fadzil adalah anak pertama dari tiga orang adik-beradik. Menurut beliau, beliau terjebak ke dalam kancah g4ngst3r adalah disebabkan dari pengaruh keluarga beliau sendiri. 

Beliau masih ingat pesan arwah Nenek beliau di mana sebagai Anak-lelaki sulung, tanggungjawab beliau sangat besar kerana beliau adalah bakal Ketua Keluarga dan bertanggungjawab untuk keselamatan keluarganya.

Beliau sangat nakal dan liar sejak dari usia remaja. Beliau masuk penjara pertama kali pada umur 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan. Beliau tidak menyalahkan rakan sebaya atau pengaruh luar yang menyebabkan beliau terjebak dengan g4ngst3r. 

Tetapi beliau mengaku Keluarga atau Pakcik beliau yang mengajar Fadzil menjadi jah4t. Bapa-bapa saudara Fadzil lah yang mengajar Fadzil untuk berkawan dengan kaum Cina di Singapura dan justeru itu, beliau terjerumus dengan g4ngst3rism.

Beliau mula mencacah tattoo dibadannya sejak usianya 12 tahun.Tattoo pertamanya adalah namanya sendiri, Fadzil. Lama kelamaan tattoo beliau makin bertambah di seluruh bahagian tangan kiri (umur 14-15 tahun), di bahagian belakang badan dan di leher dan muka (usia 20-22 tahun). 

Menurut beliau, ketika itu beliau tidak perlu membayar untuk servis tattoo berkenaan sebab rakan-rakan yang tolong lukis. Beliau memberitahu kawasan paling sakit untuk dilukis tattoo adalah di bahagian dahi dan leher kerana kawasan tersebut paling sensitif.

Fadzil kemudiannya bercerita tentang kehidupan ketika zaman g4ngst3rnya. Beliau jujur berkata arak dan makan b4bi itu perkara biasa dalam hidupnya dan b4bi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. 

Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng g4ngst3r di Singapura. Ada satu ketika, beliau terpaksa berdepan dengan 8 orang g4ngst3r dalam satu masa kerana dua rakan beliau lari kerana takut. 

Memang ketika itu beliau kena pukul teruk; telinga pekak sebelah, luka besar di belakang badan dan luka di muka. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau lambat 5 minit sahaja ke hospital, beliau pasti akan mati kerana luka pergaduhan itu.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan b4bi dan ar4k kerana timbul rasa geli dengan kedua-dua benda haram itu. Selepas meninggalkan ar4k dan b4bi, beliau mula kuat hisap d4d4h (Sy4bu). 

Beliau pelik kerana ketika beliau sedang high kerana sy4bu, beliau boleh baca doa dan sholat. Tapi kalau tidak hisap sy4bu, langsung lupa tentang doa dan sholat. Dan ketika itu beliau tinggalkan sy4bu.

READ MORE;

KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN IBLIS
Kisah Tauladan Tentang Pemandu Bas Dan Penumpangnya
KISAH PERJUANGAN DAKWAH RASULULLAH ï·º MENUJU KE TAIF DITEMANI OLEH ZAID BIN HARITSAH
The Story of The Prophet Muhammad SAW



Titik permulaan Abang Long Fadzil mahu berhijrah

Titik permulaan yang betul-betul buat Abang Long Fadzil mahu berhijrah adalah melalui mimpi. Dalam mimpi itu, beliau sedang berada di tepi pantai bersama rakan-rakan menikmati ar4k. Tiba-tiba satu ombak yang sangat besar menuju ke arah mereka. 

Fadzil ketika itu memang tahu itulah hari kiamat kerana beliau rasa ianya sangat real. Ketika beliau ingin berlari, rakan-rakan beliau semuanya hilang dan ombak pun sudah tiada dan beliau tiba-tiba berseorangan di tepi laut. Selepas bangun dari mimpi itu, Fadzil tidak keluar rumah selamat sebulan kerana takut mati.

Sebulan selepas mimpi itu, ada rakan yang datang menemui Fadzil dan mengajaknya pergi ke Masjid. Dan ketika itu beliau terdetik, kalau duduk di rumah pun boleh mati, kalau keluar pun boleh mati. Jadi beliau nekad untuk keluar dari rumah. Permulaannya beliau keluar 3 hari untuk kembali mengenal Allah Ta'ala tetapi tepat hari ke-40, baru beliau yakin kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Fadzil bercerita perjalanan untuk berubah itu sangat susah baginya. Beliau mengaku yang beliau ambik masa 8 bulan untuk menghafal surah Al-Fatihah. Beliau sangat bersyukur kepada Allah Ta'ala kerana memberi peluang kedua untuk beliau bertaubat. 

Beliau sangat terharu kerana walaupun di waktu jahil beliau dahulu seringkali beliau mengeji Allah, Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetap memberi beliau peluang kedua untuk beliau kembali ke pangkal jalan.

“Saya dah biasa kena hina dengan orang sekeliling, dengan Ustaz. Kena sound cakap tattoo tak kena air, tak sah sholat. Tapi Saya pegang cakap mak. Kalau orang susah minta tolong, tolong selagi boleh, kalau orang minta sedekah, kasi selagi mampu,” kata Fadzil.

Bila ditanya tentang rakan-rakan lama beliau, rata-rata kawan g4ngst3r Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil dengan baik. Tiada yang mengeji tapi siap beri full-morale support. Tapi tidak bagi kawan Melayu Fadzil. 

Kebanyakkan rakan-rakan dia kata Fadzil poyo dan hanya nak publisiti murahan dengan penghijrahan ini walaupun tahu Fadzil telah berhijrah dan sudah cuci tangan dari kancah g4ngst3r.

“Saya banyak kawan Cina. Saya selesa kawan dengan Cina. Cina baik sebab orang Cina akan tolong kawan-kawan yang susah. Saya tak suka Melayu sebab Melayu ini pendengki dan suka hina orang. Kalau nak tolong orang, orang Melayu akan tengok wallet dulu,” tambah Fadzil. Menurut beliau, "kawan ni ada bila kita ada duit sahaja. Kalau tak ada duit, kawan pun hilang entah ke mana".

Dengan imej terbaru Abang Long Fadzil sekarang, polis sudah jarang tahan beliau dan soal siasat beliau. Kalau dahulu, beliaulah orang pertama yang kena petik kalau ada kes polis. Beliau bersyukur kerana pada usia 29 tahun, beliau dah kenal mana kawan, mana lawan. 

Beliau menambah kalau kaum Cina, kalau isu duit, mereka akan tolong. Kalau Melayu, nampak duit mereka makan dulu. Itulah perbezaan antara kawan Cina dan kawan Melayu beliau. Bukan semua tapi majoriti kawan Melayu beliau begitu.

Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah Ta'ala, Fadzil berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan.

“Kemanisan dari Allah ni lain. Kalau manis minum kopi ni, hari-hari kita minum kopi lama-lama kena potong kaki. Manis Allah ni dalam hati. Tak dapat saya nak gambarkan macam mana,” kata Fadzil.

Di akhir temubual bersama Fadzil, beliau berpesan kepada semua supaya jangan cepat judge orang lain. Jangan menghukum orang lain umpama kita inilah yang paling baik antara semua. 

Kerana tugas menghukum itu adalah tugas Allah dan bukan manusia. Yang terbaik adalah membimbing mereka ke jalan yang benar dari kita terus menghukum mereka itu.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari temubual Abang Long Fadzil ini. Hidayah itu milik Allah dan g4ngst3r besar seperti Fadzil pun mampu berubah selepas mendapat Hidayah. 

Kalau Anda mahu lihat video penuh ceramah agama boleh Cari di google atau youtube. 'Never too-late' untuk seseorang itu bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla. Semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah Abang Long Fadzil ini.

Source: #KisahDanTauladan via,Reputasi².⁰/PageFB
Editor, Helmy Network

VIDEO : 

Kisah Pemuda Jahat Yang Memasuki Syurga || Syeikh Muhd Zainul Asri

No comments