KISAH PERJUANGAN DAKWAH RASULULLAH ﷺ MENUJU KE TAIF DITEMANI OLEH ZAID BIN HARITSAH


<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="KISAH PERJUANGAN DAKWAH RASULULLAH ﷺ MENUJU KE TAIF DITEMANI OLEH ZAID BIN HARITSAH">

KISAH PERJUANGAN DAKWAH RASULULLAH ﷺ MENUJU KE TAIF DITEMANI OLEH ZAID BIN HARITSAH

FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR- PADA SUATU HARI RASULULLAH ﷺ MENUJU KE TAIF DITEMANI OLEH SAHABAT ZAID BIN HARITSAH RADHIALLAHU 'ANHU. 

MEREKA berjalan kaki sejauh 50 batu menempuh panas terik matahari.

Hawa panas padang pasir tidak sedikit pun menggoyahkan semangat Rasulullah ﷺ dan Sahabat Zaid Bin Harithah Radhiallahu 'Anhu, untuk menyebarkan Islam. Keimanan adalah sebaik-baik bekalan hati dan jiwa.

Setibanya mereka di Taif, Rasulullah ﷺ telah bertemu dengan tiga(3) orang bersaudara yang menjadi pemimpin Kaum Bani Thaqif iaitu Abdul Yalil, Mas’ud dan Habib. 

Rasulullah ﷺ terus mengajak mereka kepada Islam dan sama-sama memberi pertolongan untuk menegakkannya kepada mereka bertiga.

Sebaik sahaja Rasulullah ﷺ selesai bercakap, salah seorang dari mereka telah bangun dan berkata:

“Demi Allah, aku tidak akan beriman kepada kamu sehingga terkoyak kelambu Ka’bah.”

Seterusnya saudaranya yang kedua pula bangun dan berkata: 

“Apakah Allah tidak ada pilihan lain dari kamu untuk dilantik menjadi Rasul.”

Sementara saudara yang ketiga pula berkata: 

“Demi Allah, aku tidak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau kamu adalah seorang Nabi, amat merbahaya bagiku sekiranya aku tidak beriman tetapi sekiranya kamu menipu terhadap Allah sepatutnya aku tidak bercakap dengan kamu.”

READ MORE;

The Story of The Prophet Muhammad SAW
Misteri Nusantara


Demikian sambutan para pemimpin Taif dengan terus-terang menolak dakwah Rasulullah ﷺ dan menghina Baginda. 

Namun Rasulullah ﷺ tetap sabar. Baginda tidak berputus asa sebaliknya Baginda berkata kepada mereka:

“Jika kamu telah melakukan apa yang kamu mahu melakukan, diamlah sekadar itu sahaja, janganlah lakukan lebih dari itu terhadapku.”

Dengan penuh sombong mereka berkata: 

“Keluarlah dari Negeri kami!.”

Lalu mereka telah mengumpulkan dan mengerahkan seluruh penduduk mengerumuni Rasulullah ﷺ  dan mengarahkan mereka membaling Rasulullah ﷺ dengan batu dan memaki hamun di kiri kanan jalan yang dilalui Baginda ﷺ.

Mereka merejam urat keting (betis) Rasulullah ﷺ hingga kedua kasutnya (alas kaki) dibasahi darah. Zaid Bin Harithah Radhiallahu 'Anhu cuba melindungi Nabi ﷺ tetapi kepalanya juga berdarah terkena lontaran batu.

Rasulullah ﷺ dan Zaid Bin Harithah Radhiallahu 'Anhu berhenti rehat di bawah sebatang pokok anggur yang rendang lalu Rasulullah ﷺ memanjatkan doa dan rintihan hati yang sedih dan dukacita Baginda yang masyhur kepada Allah Azza Wa Jalla, Tuhan Yang Maha Mendengar;

“Ya Allah kepada-Mu Aku mengadu lemahnya kekuatanku, sempitnya upayaku, dan hinanya Aku di mata manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada semua Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Engkaulah tuhanku. Kepada siapa lagi Engkau akan serahkan diriku? Adakah kepada orang yang jauh yang bermuka bengis denganku? Atau kepada musuh yang akan menguasaiku? Jika Engkau tidak memurkaiku, Aku tidak peduli. Tetapi kemaafan-Mu terlalu luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya Zat-Mu yang menerangi segala kegelapan, dan kerananyalah semua urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik, daripada turunnya kemurkaan-Mu kepadaku atau berlakunya kemurkaan-Mu kepadaku. Hanya kepada-Mu aku kembali, supaya Engkau reda. Tiada upaya dan kekuatan, kecuali dengan-Mu.”

Itulah doa yang Rasulullah ﷺ panjatkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dan kini bumi Thaif antara bumi yang mendapat ketenangan dan kuat dengan pegangan agama islam.

Kredit- TheBilal- via, Reputasi²,⁰/FB
Editor- Helmy Network
Kredit Image by 
TheBilal

VIDEO;

"Ya, Rabb, Ya, Rabb, Ampunilah kami"

 

No comments