Disebalik Fakta dan Kisah Mitos Tentang AJINOMOTO
Disebalik Fakta dan Kisah Mitos Tentang AJINOMOTO
Prolog; Sebelum Anda melanjutkan baca artikel ini, Anda perlu memahami bahwa artikel ini bukan artikel iklan Ajinomoto ataupun artikel sponsor dari mana-mana syarikat. Artikel ini adalah sebuah opini atau pendapat yang di adaptasi dari hasil kunjungan penulis ke kilang/pabrik syarikat Ajinomoto tersebut.
So, konten ini bukan sesekali bermaksud untuk mengubah kebiasaan Anda yang mungkin tidak lagi menggunakan produk Ajinomoto itu, setelah beberapa ketika, disebabkan pelbagai perkara yang menyangkut diri dan kesihatan Anda.
Oleh demikian, segala tindakan atau perubahan dan resiko yang berlaku kepada Anda yang kembali menggunakan produk tersebut. Adalah tidak sesekali menjadi tanggungjawab kami sebagai editor artikel ini.
Terima Kasih.
READ MOREPengalaman Naniek S Deyang Selamat Dari Serangan Kritikal Covid Dan Keajaiban SedekahKITARAN KEHIDUPAN (LIFE CYCLE)
Dalam kunjungan penulis, salah seorang pegawai Ajinomoto menerangkan mengenai produk yang turut dihasilkan syarikat tersebut.
RAMAI sudah antara kita, takut untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.
Sehinggakan ada yang mengharamkan produk itu berada di dapur rumah mereka.
Antara yang selalu kita dengar akibat kesan produk ini seperti "kepala cepat botak", "kepala pening", "cepat berasa haus" dan paling digeruni penyebab "kanser".
Bagaimanapun, sekiranya produk ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan, mustahil syarikat dan jenama/brand Ajinomoto yang terkenal dengan MSG ini kukuh dan terus berkembang sehingga kini.
Tidak ada pula sesiapa yang pernah mengalami kesan dinyatakan tampil membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berkaitan kesan negatif pengambilan MSG tersebut.
Sebenarnya segala kata-kata prejudis dan fakta yang dimomokkan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya mitos semata-mata.
Berkesempatan mengikuti lawatan ke Infoseum Ajinomoto yang terletak di kilang terbesarnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini, pada program Ajinomoto Media Gathering-Exploring The Wonders of Umami, pelbagai perkongsian diberikan mengenai produk jenama tersebut.
Paling menarik apabila ke sudut Info mengenai mitos sering dikaitkan dengan MSG. Persoalan MSG, terutama penyebab/punca dahaga tiada bukti saintifik bahawa kehausan berkaitan fungsi sodium dalam pengawalan keseimbangan bendalir badan.
"Kehausan" akan berlaku apabila mengambil sodium berlebihan. Walaupun MSG mengandungi sodium tetapi kandungannya hanya 12 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40 peratus.
Makanya, lebih baik mengambil MSG seperti Ajinomoto dalam masakan berbanding garam kerana kandungan sodium tinggi punca Anda cepat berasa haus-dahaga.
Malah tiada juga bukti saintifik, mengatakan MSG menyebabkan keguguran rambut dan migrain.
Selain itu, ada mitos yang selalu didengari, MSG terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses pentapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih.
Bantu masalah kesihatan
Berpeluang menelusuri sejarah Umami Ajinomoto, ia bermula sejak 1909, di mana ketika itu, seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut pada 1908.
Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan "glutamat" untuk menghasilkan penambah perisa, MSG (Monosodium Glutamat).
Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan (8) cawangan di negara ini.
Pasti Anda tertanya, Apa itu glutamat dan umami? Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam kebanyakan makanan semula jadi termasuk Susu ibu. Glutamat adalah komponen utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami dalam makanan.
Sementara Umami pula dikenali secara saintifik sebagai "rasa asas kelima" selain rasa manis, masam, masin dan pahit. "Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat".
Kebaikan Perencah Umami Ajinomoto pula, bantu melazatkan makanan, tingkatkan selera makan dan galakkan pengambilan nutrien bagi kanak-kanak dan warga emas (lansia) serta kurangkan risiko tekanan darah tinggi termasuk masalah kesihatan lain dengan mengurangkan 30 peratus pengambilan sodium.
Keselamatan terbukti
Mengenai keselamatan produk pula, berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).
Ia diakui Pakar Nutrisi yang juga Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong yang turut berkongsi kelebihan umami dan MSG dalam ceramahnya, Malaysia Diet.
Dr Tee E Siong berkata, dengan hanya sedikit MSG atau penambah perasa umami, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30 peratus, pada masa sama keenakan makanan terus dikekalkan.
Fakta keselamatan Umami Ajinomoto itu juga disokong Chef terkenal, yang juga Pengarah Akademi Latihan Kulinari, Chef Bernard Lee, ketika melakukan demonstrasi masakan pada program tersebut.
Chef Bernard Lee berkata, sebaiknya diletakkan terlebih dahulu MSG dalam masakan, sebelum meletakkan garam. Beliau akui banyak kelebihan dan manfaat MSG daripada umami yang sebelum ini kurang diketahui.
Ajinamoto dengan gula , bahaya lagi gula 😝
Kredit: #Bidayuh_Awesome/FB
Editor, Helmy Network
No comments
Post a Comment