Malaysia The Truly Asia;'The Perfect MatchTeh Tarik'
Malaysia The Truly Asia;'The Perfect MatchTeh Tarik'
Hey,Dude.! Welcome to Malaysia.Jika anda berkunjung atau bercuti ke Malaysia tidak pas rasanya ,jika anda belum merasai atau mencicipi satu minuman khas kebanggaan rakyat Malaysia yang telah menjadi satu ikon kempen pelancongan Kementrian Pelancongan Malaysia yaitu "Teh Tarik"
Tahukah anda asal muasal ianya dinamakan Teh Tarik adalah satu daripada proses menuang teh daripada satu cawan yang lain dengani jarak menggunakan kaedah "tarik" tindakan untuk menyejukkan teh, dan menjadikan bahan adunan dalam minuman teh tersebut akan bercampur sebati rasanya.
Pembuat teh tarik yang terampil bagaikan seniman, tidak pernah menumpahkan setetes pun! Lebih dari sekadar kecekapan memainkan pertunjukan dan tradisi, menuangkan teh tarik melalui udara bermaksud untuk mendinginkan teh dan menghasilkan lapisan berbuih di permukaan minuman.
Minuman teh panas ini pada asasnya dibuat dengan teh hitam yang telah dicampur dengan adunan serbuk teh pelbagai jenis.Bubuk(serbuk) teh yang dijual kiloan sering digunakan untuk membuat teh tarik.Dan dipermanis dengan susu kental,yang berkrim, manis, berbuih - memberikan rasa halus, rasa hampir karamel (caramelized flavour)yang lazat dan akan membuat anda ada rasa ketagihan( addiction) untuk kembali mencicipinya.
Dan untuk penambah rasa berlainan Anda boleh menambahkannya dengan satu sudu kecil air perahan halia atau ditambah sedikit dengan kayu manis dan madu..hurrmmm.;)
Teh tarik dan teh ais (teh tarik plus ais batu) telah menjadi minuman ruji atau minuman harian pelbagai etnik di Malaysia .Anda boleh menemukannya di pelbagai restoran besar dan kecil hingga dan warung-warung kopi di pinggir jalan diseluruh negara.Dan biasanya diminum bersama hidangan seperti Nasi Lemak (seperti Nasi Uduk di Jakarta),dan pelbagai jenis roti seperti; Roti Canai, Roti Telur( roti canai dibubuh inti telur), Roti Chapati,Roti Nan.dan lainnya.
Minuman ini juga kini boleh ditemukan di beberapa tempat di Indonesia, antara lain di Riau, Kepulauan Riau, dan Aceh (disebut Teh Tarek)..Yang pada umumnya telah dipopularkan oleh para perantau Indonesia di Malaysia yang telah kembali ke negeri masing-masing untuk membuka bisnis restoran ataupun warung-warung kopi..
No comments
Post a Comment