Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi (2)
Fazryan87.blogspot.com-
Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi (2)
Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini bertajuk; Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi Tentang pertemuan ringkas saya dengan seorang bisnisman sukses yang boleh dipanggil 'konglomerat';
Pertemuan itu berlaku pada bulan lepas secara kebetulan tanpa dirancang dan bukan juga secara formal malah secara santai .
Beliau seorang lelaki melayu muda masih lingkungan 40an yang berasal dari Sumatra Indonesia ( demi etika nama dirahasiakan)
Seperti yang saya janjikan pada artikel sebelum ini bertajuk; Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi Tentang pertemuan ringkas saya dengan seorang bisnisman sukses yang boleh dipanggil 'konglomerat';
Pertemuan itu berlaku pada bulan lepas secara kebetulan tanpa dirancang dan bukan juga secara formal malah secara santai .
Beliau seorang lelaki melayu muda masih lingkungan 40an yang berasal dari Sumatra Indonesia ( demi etika nama dirahasiakan)
Ilustrasi Foto; Ehsan dari FB-pagegroup
Terus terang saya katakan pertemuan yang bukan saya rancang -mungkin Allah SWT yang sudah mentakdirkan saya untuk berjumpa beliau.
Kerana saya telah mendengar lama tentang kejayaan beliau menjadi seorang pengusaha 'real estate' ketika masih pada usia 22 tahun.
Dalam perbualan yang santai hampir dua jam.apabila saya ajukan persoalan-bagaimana beliau begitu cepat berjaya pada usia muda sedangkan dia bukan dari keluarga kaya atau bangsawan bahkan juga bukan seorang politikus yang akan mengandalkan kronisme dan juga bukan pegawai pemerintah.
Dengan rendah hati beliau menjawab disamping banyak membaca buku-buku tentang bagaimana harus sukses dan kaya-beliau mempunyai punya keyakinan diri dan motivasi yang tinggi' untuk sukses dan kaya.
Saya tertarik satu ceritanya ;"selepas habis belajar disekolah pondok pesantren,beliau pergi ke sebuah kota kecil yang cukup membangun-dimana bapa beliau berniaga disana dengan membuka sebuah toko menjual pelbagai barangan"-seperti minimarket di Malaysia.
Bapa beliau sudah merasa lelah untuk meneruskan perniagaannya dan akan mewariskan kepadanya untuk di teruskan perniagaannya.
So, sewaktu beliau mengambil alih perniagaan toko tersebut - barangan pada toko tersebut sangat kurang sudah banyak rak-etalase barang yang kosong-ditambah pula bapanya ada meninggalkan hutang pembelian barang dengan 3 0rang touke Cina di Jakarta.
Beliau menerima amanah dari bapanya itu tanpa rasa dibebani dan malah beliau menyuruh bapanya untuk pergi bercuti ke Medan untuk merehatkan fikiran-terserah beberapa lama kerana kebetulan bapa beliau punya saudara-famili yang ramai bermastautin di kota Medan Sumatera Utara.
Ok,kita teruskan cara beliau untuk memulihkan perniagaan bapanya itu.Tanpa menunggu lama beliaupun berangkat ke Jakarta dengan penuh keberanian dan punya keyakinan diri dan motivasi yang tinggi' untuk menemui 3 orang touke Cina yang men- suplay barangan kepada bapanya selama ini-padahal menurutnya beliau tidak pernah lagi pergi kekota kosmopolitan Jakarta itu.
Menurut beliau dengan hanya mengucap basmalah melangkahkan kaki menemui tiga touke Cina itu-setelah beliau memperkenalkan dirinya dan menunjukkan semua resit-resit hutang bapanya,Beliau berkata kepada tiga orang Cina itu- "kalau kamu percaya dan yakin akan janji saya ini-saya mau kamu isi-suplay kembali segala barangan ke toko bapa saya dengan kuantiti sekian-sekian.Dan saya akan kirim post dated check pada bulan pertama barang-barang sampai dan selepas itu setiap 3bulan sekali saya akan anta check lagi"
Dengan penampilan serta aura "keyakinan diri dan motivasi yang tinggi'' ketiga-tiga touke Cina itu setuju dan percaya akan janji beliau.Maka ber-lori-lori barang dagangan datang ketoko bapa beliau,sehingga membuat para peniaga disekeliling kota kecil itu terkejut melihatnya.
Dengan 'motivasi yang tinggi dan keyakinan diri' beliau meguruskan perniagaan bapanya itu.Tetapi yang sangat membuat saya kagum dengan caranya mengendalikan perniagaan bapanya itu adalah selama ini rupanya bapanya adalah menyewa toko itu-di Indonesia disebut mengontrak- sebab bukan dibayar per-bulan tetapi biasanya pertahun"
Menurut beliau lagi "Selama 10 tahun bapa saya berniaga di toko itu bapanya masih mengontrak,tapi setelah saya uruskan dalam setahun saya beli toko tersebut" beliau mengulang beberapa kali kalimat itu untuk memotivasi saya dan beberpa orang tetamu yang hadir mendengar perbualan tersebut.
Dan banyak lagi cerita-cerita suksesnya dalam pertemuan saya yang singkat itu,dan InsyaAllah saya akan kongsi dengan Anda pembaca blog ini.
Dan beliau juga berjanji akan mengirimkan kepada saya sebuah buku motivasi yang sangat berjasa memotivasi beliau-walaupun banyak lagi buku-buku motivasi yang beliau baca tapi buku itu sangat bagus untuk saya baca katanya.
Akhirul kalam,kesimpulan yang boleh saya ringkaskan disini -seseorang perlu punya 'motivasi yang tinggi dan keyakinan diri' untuk berjaya dalam bidang apapun.Dan ditambah dengan unsur-unsur dan elemen lain yang perlu di pelajari seperti Falsafah Islam-Falsafah Barat-Falsafah Etnik - beliau guna falsafah Minangkabau kerana beliau berasal dari etnik tersebut.
Dan pada thread mendatang saya akan coba uraikan unsur-unsur dan elemen-elemen tambahan tentang cara-cara menjadikan Anda punya "keyakinan diri dan motivasi yang tinggi' untuk sukses-berjaya dalam bidang yang Anda ceburi.InsyaAllah.
No comments
Post a Comment