Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi

Fazryan87.blogspot.com--Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi-Semasa Anda masih sekolah baik di sekolah rendah,menengah,university sudah pasti Anda pernah mengikuti kursus-kursus motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Dan di Malaysia sudah jadi kebiasaan beberapa bulan menjelang ujian atau peperisaan baik di sekolah rendah dan sekolah menengah,pihak sekolah akan menjemput pakar-pakar motivasi untuk memulihkan dan memberi ransangan semangat untuk para pelajar belajar secara sistematik menjelang peperiksaan.


http://fazryan87.blogspot.com/2015/03/bagaimana-cara-membina-keyakinan-diri_19.html
                                                   Foto Ilustrasi; Ehsan dari FB-pagegroup

Dan adakalanya pihak sekolah melalui guru atau persatuan ibubapa -PIBG akan melaksanakan kem-kem pelajar cemerlang di luar sekolah seperti di pusat resort camping yang kini banyak bertebaran diseluruh negara.

Tujuan semua itu dilakukan adalah untuk melatih-membimbing para pelajar agar punya semangat belajar yang baru,penuh motivasi diri serta punya keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran dan lulus cemerlang dalam peperiksaan.

Pada artikel motivasi kali ini saya membawa Anda untuk muhasabah kembali diri kita ini apakah kita
punya keyakinan diri  dan motivasi yang tinggi untuk sukses-berjaya baik semasa Anda masih bergelar pelajar-mahasiswa atau mungkin kini sudah menceburi bidang pekerjaan, baik sebagai karyawan swasta-pemerintah atau mungin menjadi wiraswasta-punya perniagaan dan perusahaan-syarikat sendiri.

Suksesnya Anda hari ini tidak lain-tidak bukan kerana Anda
punya keyakinan diri  dan motivasi yang tinggi untuk berjaya.

Semua orang  percaya tentang bagaimana perlunya seseorang itu untuk berjaya - mesti punya 'motivasi yang tinggi dan punya keyakinan diri' untuk berjaya dalam hidup ini.

Ada sebagian kita terkadang  merasa seolah-olah tidak punya kepercayaan diri dan hilang semua keyakinan diri yang pernah dimiliki. 

Merasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah bisa membuat rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Para pakar motivasi selalu menjelaskan banyak sebab dan penyebabnya keadaan itu bisa berlaku.Untuk kata pengantar ini saya tidak mahu untuk menceritakan secara detail hal keadaan tersebut, kerana kita percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya.

Apa yang ingin saya coba kongsikan disini adalah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri untuk berhadapan dalam situasi apapun  dari manakah kita boleh dapatkan setitik embun atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup?
Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita?

Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih Anda ingati. Saya akan menceritakan kepada Anda pembaca blog ini tentang pertemuan saya tanpa dirancang dengan seseorang pengusaha sukses pribumi Indonesia-yang juga punya bisnis di Malaysia.

Beliau seorang yang  punya nilai-nilai Islamik dan 'motivasi yang tinggi dan keyakinan diri' untuk sukses besar dalam hidupnya.

Untuk memotivasi diri Anda dan juga saya mari kita baca disini;
Bagaimana Cara Membina Keyakinan Diri Dan Motivasi Yang Tinggi

No comments