Bagaimana Cara Belajar Jadi Pendengar Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial
Bagaimana Cara Belajar Jadi Pendengar Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
Hey Dude. Pada artikel sebelum ini yang berjudul:Adakah Anda Ada Ramai Kawan? Atau Anda Mempunyai Banyak Musuh!
Saya telah coba membahas sesuatu yang Anda suka lakukan dan membuat pelajar-kawan-kawan lain tidak sukakan anda di masa lalu.
Jika Anda tidak mahu merobahnya dikhuatiri atitude ini akan terbawa-bawa sehingga Anda masuk ke alam pekerjaan.
Sudah pasti membawa kesan tidak baik kepada kehidupan sosial Anda nanti. Jadi, pada thread kali ini saya coba share dengan Anda semua beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda.InsyaAllah.
Hey Dude. Pada artikel sebelum ini yang berjudul:Adakah Anda Ada Ramai Kawan? Atau Anda Mempunyai Banyak Musuh!
Saya telah coba membahas sesuatu yang Anda suka lakukan dan membuat pelajar-kawan-kawan lain tidak sukakan anda di masa lalu.
Jika Anda tidak mahu merobahnya dikhuatiri atitude ini akan terbawa-bawa sehingga Anda masuk ke alam pekerjaan.
Sudah pasti membawa kesan tidak baik kepada kehidupan sosial Anda nanti. Jadi, pada thread kali ini saya coba share dengan Anda semua beberapa tips dalam mengelakkan diri anda daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda dibenci oleh kawan-kawan di sekeliling anda.InsyaAllah.
Sebelumnya saya harap Anda fahami diri Anda dahulu-sedikit muhasabah diri diperlukan dalam hidup seharian kita ini:"Apakah benar saya ada selama ini melakukan sesuatu yang tak disukai oleh orang-orang disekeliling saya?
Dan coba terbalikkan pula pertanyaan itu "Apakah saya ada melakukan sesuatu yang membuat orang-orang disekeliling saya menjadi suka-senang dengan kehadiran saya dilingkungan mereka?"
Untuk menjawab dua pertanyaan musabah diri itu,maka saya berikan tips untuk Anda coba berusaha dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk pergaulan sosial Anda nantinya;
Sebelumnya Anda fahami teknik Bagaimana Cara Belajar Teknik Berbincang Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
#Tips pertama :Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap. Apabila saya katakan kurangkan bercakap, ia tidak bermaksud anda patut berdiam diri dan langsung tidak bercakap dengan kawan-kawan anda.
Ia bermaksud, Anda perlu latih diri anda menjadi pendengar yang baik.Sebagai contoh Rasulullah SAW adalah seorang pendengar yang baik.Juga banyak diriwayatkan dalam hadist oleh para sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW,bahwa beliau akan mendengar penuh tumpuan dan memandang muka serta menatap mata para sahabat dan orang yang bercakap dengan beliau dan beliau tak akan mencelah atau komen selagi orang yang bercakap tersebut berhenti bercakap atau bertanya sesuatu.Dan beliau juga tak akan memotong percakapan orang yang sedang bercakap dengan beliau.
Menurut pemerhatian saya dan pengalaman saya sebagai pelajar dulu, ada segolongan pelajar yang terlalu suka bercakap terutama sekali tentang diri mereka. Mereka sibuk bercerita tentang aktiviti, percutian, kerja sekolah, lawatan dan kegiatan masa lapang mereka. Masalah yang timbul selalunya ialah, mereka ini sebenarnya jenis orang yang tidak berminat untuk mendengar cerita kawan-kawan lain pula.
Sesungguhnya ramai kawan lawan bicara kita sangat tidak suka mendengar tentang kisah diri Anda,istri dan anak-anak Anda.Jika anda asyik sibuk bercerita hal diri dan keluarga serta apa aktiviti Anda. Dan sementara itu Anda tidak berminat mendengar cerita orang lain, maka sudah pasti orang lain juga akan mula hilang minat untuk mendengar cerita anda. Malah, lebih buruk lagi, mereka akan cuba menjauhi anda kerana bosan dan tidak mahu mendengar cerita anda yang tidak berkesudahan itu. Mahukah Anda ini terjadi?
Cara untuk merobah kebiasaan Anda yang membosankan kawan-kawan Anda itu.Anda perlu lakukan perobahan secara total sikap buruk itu Misalnya Bagaimana Cara Membina Persahabatan Dan Kemahiran Bersosial.
Kesimpulannya,
Tidak salah untuk bercerita tentang diri Anda. Tetapi, apabila kawan-kawan anda mula bercerita tentang hal mereka pula, Anda tumpukan sepenuh perhatian kepada cerita mereka.
Cuba fahami dan dengar apa yang mereka katakan. Ketawa jika cerita mereka ada lucunya . Kemudian, tanya soalan berkenaan cerita mereka. Misalnya,kawan anda bercerita tentang " cuti minggu lepas saya pergi melancong ke Pulau Langkawi.Best la melancong kesana"Anda sebagai pendengar yang baik,Anda respon sedikit cerita kawan anda itu dan Anda patut bertanya" Wow..ya kah..tentu banyak tempat yang kau lawati disana..?"
Dengan Anda melakukan sebuah respon pertanyaan begitu, ia akan memberi peluang kepada kawan anda untuk bercerita tentang pengalamannya. Situasi demikian akan membuat kawan-kawan anda akan rasa gembira kerana dapat bercerita.
Dan apa kebaikan yang Anda perolehi jika begitu cara Anda melayan mereka.Sudah pasti mereka rasa happy bila berada bersama anda. Setiap kali mereka lakukan apa-apa aktiviti, mereka akan teringat kepada anda.Dan mereka tidak sabar mahu ceritakan kepada anda. Bukankah bagus begitu?
Anda lanjutkan baca di postingan ini; Bagaimana Cara Memilih Personaliti Kawan Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
5 comments
entri yang berguna :)
http://www.blogparihh.com/
boleh dipraktikkan nie insya allah
Mad Parihh>Terimakasih..
Mad Parihh>Terimakasih..
Cik Iman>> Silahkan...tq
Post a Comment