Hey Dude,Bagaimana Melancong Dapat Membuat Saya Menyadari Nikmat Allah SWT | Artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini yang saya posting di
blog primadona saya "fortunamedia.blogspot.com" bertajuk :Bagaimana Bercuti dan Melancong Dapat Menginspirasi Anda Untuk Menulis.
Walau konten ini dengan
judul berbeda tetapi tetap berkesinambungan pada catatan perjalanan ini.
Sengaja
saya pisahkan ke beberapa episod konten agar tak membosankan
pembaca.Selamat Berkunjung dan Membaca kandungan artikel diblog ini dan
Tetap berfikir Medeka!
(gambar hiasan by google image)
Memasuki laluan daerah Perak
Darul Ridzwan jalannya yang mendaki dan menuruni lereng perbukitan,adakalanya koner atau tikungan jalannya ada yang cukup
tajam,memerlukan pemandu kenderaan agar sedikit berhati-hati,sebab
disebelah jalan ini adalah gaung atau jurang yang cukup dalam.
Dikiri
kanan ada sign board yang mengingatkan pemandu agar kerap memeriksa brek
atau rem kata orang Indonesia,ada juga peringatan agar Anda memandu
dengan gear rendah untuk mengawal kelajuan kenderaan bila melalui jalan
yang menurun.
Walau jalan yang agak berbahaya,tetapi jalannya
cantik -tiga lorong,membuat sebahagian pemandu kereta-kereta baru dan
mewah agak selesa memandu dengan agak laju.
Perjalanan Yang Membawa Kenangan,
Perjalanan
kami bermula dari Bandar Shah Alam di negeri Selangor DarulEhsan,bertolek sekita jam 9.00 pm,menuju
ke daerah Utara di Semenanjung Malaysia melalui Highway Plus atau Lebuh
Raya Plus Utara.
Bandar-bandar atau daerah yang dilalui ketika
menuju daerah Perak DarulRidzwan adalah bermula dari Daerah Tanjung
Malim,Sungkai,Slim River,Tapah dan juga daerah Gopeng.
Setelah
memandu hampir tiga jam disebabkan jalan sesak,masa banyak terbuang
diatas jalan raya akhirnya kami melintasi sahaja kawasan R&R Sungai
Perak kerana terlepas pandang,sebab cuaca malam yang agak gelap dan kami
bersetuju untuk berhenti didepan nanti di R&R Bukit Gantang.
Akhirnya kami sampai juga di R&R Bukit Gantang, menurut kawan saya perjalanan
kami ke Utara dari Selangor kini sudah separoh perjalanan.Kamipun singgah
makan-minum setelah sebelumnya ke toilet untuk membersih-bersihkan sedikit
badan.
Beberapa ketika merehatkan badan sebentar di R&R Bukit Gantang itu,kamipun
sepakat untuk meneruskan perjalanan ke utara seperti yang direncanakan
pada awalnya yaitu ke Bukit Kayu Hitam diperbatasan Negeri Kedah
DarulAman dengan Selatan Tahiland.
Semasa memulakan perjalanan
teman saya melihat sebentar google map di handphone nya berapa jauh lagi
agaknya tempat tujuan kami.Dan kami sungguh terperanjat begitu jauh
lagi perjalanan ini ada ratusan klometer lagi.."ahh, apakah betul ini
google map kata teman saya tadi kehairanan.."
Lalu saya menenangkan
suasana dengan berkata "Tak apa, jangan risau nanti di stesyen pump
minyak didepan nanti kita tanyakan berapa jauh lagi agaknya Bukit Kayu
Hitam tersebut"
Tidak berapa lama jam perjalanan menjumpai stesyen petrol kamipun
berhenti,dan sebelumnya ke toilet dulu, ahh..perut saya rasa memulas-mulas
sebab tadi saya makan ditambahi sambal belacan cili api yang agak banyak juga..nasib baik hanya perut hanya meragam sedikit setelah buang air
besar ada rasa lega dan tak lupa dengan menggosok bahagian bawah perut dengan minyak angin cap kapak yang memang biasa saya bawa jika bepergian..Alhamdulillah leganya.nikmat yang maha besar dari Allah SWT.
Setelah keluar dari toilet saya bertanya kepada
seorang lelaki India yang kebetulan berdiri diluar toilet untuk
menunggu giliran ke toilet.."Tanya bang..berapa jauh lagi dari sini
Bukit Kayu Hitam tanya saya"..
Nak tahu apa jawaban lelaki India yang ramah ini Anda baca di artikel berikutnya;
Bagaimana Cara Menguasai Situasi dengan Mudah Ketika Melancong