Bagaimana Cara Menguasai Situasi dengan Mudah Ketika Melancong

Hey Dude, Bagaimana Cara Menguasai Situasi dengan Mudah Ketika Melancong | Seperti yang saya beritahu kepada teman seperjalanan saya bahwa nanti didepan di stesyen pump petrol kita akan tanya orang tentang laluan dan berapa jauh lagi kawasan Bukit Kayu Hitam.
Setelah keluar dari toilet saya bertanya kepada seorang lelaki India yang kebetulan berdiri diluar toilet untuk menunggu giliran untuk ke toilet.."Tanya bang..berapa jauh lagi dari sini Bukit Kayu Hitam tanya saya"..

Baca juga ;

Bagaimana Melancong Dapat Membuat Saya Menyadari Nikmat Allah SWT
Bagaimana Cara Menguasai Situasi dengan Mudah Ketika Melancong
(Gambar Hiasan oleh Google Image)

Dengan pantas  dia menjawab.. "Ahh,saya kurang tahu ,memang saya mau ke Bukit Kayu Hitam juga untuk terus ke Danok,Thailand katanya"..

"Pandu kereta sendiri saya tanya?"
"Bukan, saya naik bas..nanti tanya sama driver bas saya katanya"

Lalu sayapun berjalan menuju bas yang ditunjukkannya..dan menemui pemandunya yang seorang lelaki cina yang sangat ramah dan baik..bila saya tanyakan berapa jauh lagi Bukit Kayu Hitam..dia menjawab dengan senyuman.

"Encik jalan saja terus jangan belok-belok..jumpa Tol JURU terus saja jalan,.sampai jumpa Border Imigresyen Malaysia itulah Bukit Kayu Hitam katanya ramah..
"Terimakasih banyak encik saya kata."Sambil itu sempat saya tanya bas ini darimana katanya dari Johor Baharu.

Disebabkan saya terlalu gembira dengan jawaban driver bas pelancong itu saya lupa nak ambik gambar basnya..heheee..

Setelah semua beres kamipun mulakan perjalanan,mula-mula kami folow bas tersebut.Ahhh,.mana boleh folow bas besar dengan enjin Scania, sekejap saja sudah hilang dari pandangan kami.

Kamipun mengikuti apa yg diarahkan oleh driver tersebut,terus dan terus jangan belok-belok,ternyata memang benar.Banyak sekali kami jumpai jalan bersimpang atau susur keluar seperti ke bandar Butterworth ,GeorgeTown dan lain-lain daerah di Pulau Pinang.

Setelah memandu beberapa jam sudah tak ingat lagi berapa jam,yang saya tahu jam sudah menunjukkan waktu subuh,namun sangat disayangkan tiada masjid dan surau yang berdekatan lebuhraya ini,akhirnya solat subuh kami agak terlewat diujung waktu, setelah berjumpa tempat sholat.

Sebagai seorang musafir dalam perjalanan.Anda wajib untuk menjaga sholat dalam waktunya agar selamat selama dalam perjalanan.Perjalanan Anda akan dijaga oleh Allah SWT dari segala marabahaya.InsyaAllah.

Waktu sholat yang agak mencabar keimanan para musafir adalah waktu sholat subuh kerana subuh wajib dilaksanakan pada waktunya.Tidak seperti sholat zohor,ashar boleh dijamak qashar awal atau ta'khir,begitu juga sholat maghrib dan isyak.

Welcome To Changlun,

Dan kamipun sudah memasuki daerah atau bandar Changlun,dimana kawan saya telah menempah bilik hotel sebelumnya yaitu bernama Hotel RM.Hanya hotel ini saja lagi yang ada kekosongan,disebabkan musim cuti sekolah,nasib baik kawan saya cepat buat tempahan.

Setelah memasuki jalanraya bandar Changloon,menurut kawan saya hotel kami itu sebelum hotel T,tetapi hotel RM tak jumpa yang terjumpa adalah hotel T,padahal menurut nya hotel RM adalah ditepi jalan raya.

Akhirnya setelah menjumpai stesyen bas Changlun kamipun berhenti dan saya turun dari kereta untuk bertanya di sebuah kaunter bas,nasib baik ada orang pagi-pagi ini .
Lalu saya kepada seorang wanita muda dikaunter tersebut.katanya" Abang jalan terus depan tak jauh..jumpa stesyen minyak Caltex lepas tu sebelahnya itulah Hotel RM"..
"OK terimakasih banyak dek'kata saya kerana dia panggil saya abang..heheeee;)

Setelah memandu dalam sepuluh minit lebih kurang kamipun menjumpai hotel RM tsb.Jam baru menunjukkan pukul 8.00am lebih sedang booking check-in Hotel jam 12 tengah hari.

Wahh,macam mana ni kata teman saya.lama sekali menunggu.Ok sekarang kita cari kedai untuk sarapan dulu,dimana kata kawan saya?.OK sementara nak buang-buang masa tunggu check-in Hotel kita cari sarapan di Bukit Kayu Hitam?..Ok beres kata kawan saya..

Dengan mengikut tanda arah sign board di lebuh raya,kamipun meneruskan perjalanan untuk cari sarapan di Bukit Kayu Hitam.Tidak sampai setengah jam kamipun melihat sebuah bandar kecil yang lengang,kedai-kedai masih bertutup,walau kedai-kedainya adalah kedai dari bangunan batu permanen,namun menunjukkan tanda bandar ini bagaikan bandar yang mati tak berseri layaknya seperti bandar cowboy.."Ahh inikah bandar Bukit Kayu Hitam?..kata saya ,lebih hidup nampaknya bandar Changlun tadi..kataku merungut sendirian..

Lalu kamipun meneruskan jalan kedepan lagi,kiri kanan ada ladang getah dan tak lama kami melihat deretan bas-bas dan kenderaan lain berderet beratur berhenti dan sebelumnya kami melewati sebuah pos pengawal UPP(Unit Polis Pengawal Perbatasan) mereka memandang kami satu persatu dan terus mempersilahkan untuk meneruskan perjalanan.

Setelah kami melihat border Imigrasi Malaysia ini tandanya kami sudah diujung bandar Bukit Kayu Hitam,setelah melihat kiri kanan tiada kedai minuman,kamipun pusing stering balek ke Changlun lagi untuk bersarapan dulu.

Saya dan kawan saya pada merungut.."Ahh, apa yang ada di Bukit Kayu Hitam,rupanya bandar ini hanya disinggahi pelancong untuk transit
ke Danok Thailand sahaja.Disebabkan kedai-kedainya masih ditutup dan lengang kamipun tak masuk kelorong-lorong bangunan kerana nampak lengang sepi sekali,agak risau juga kesana.

Setelah sampai kembali ke pekan Changlun kami menemui sebuah kedai mamak atau India Muslim yang sudah buka,cari-cari pusing pekan ini tak ada kedai melayu yang sudah buka akhirnya kami singgah minum saja dikedai mamak ini.

Selepas semua sudah sarapan kami berpakat untuk terus ke hotel walau jam masih menunjukkan lebih kurang pukul 10.am.Kami coba check-in kalau ada bilik yang kosong kalau tidak, kami akan berehat saja dahulu di lobby hotel menjelang time check-in.

Sementara kawan saya yang menempah bilik hotel pergi ke kaunter hotel, ternyata bilik yang ditempah sudah kosong.Setelah membayar bil hotel kamipun mengangkat barang beg pakaian ke bilik hotel.Alhamdulillah.

Hotel RM ini menempati bangunan lot kedai bertingkat yang diubah suai jadi hotel.memang banyak hotel-hotel kecil sebegini dikawasan pekan Changlun ini yang bertaraf dua bintang.

Hotel RM nampak kemas cantik ,ruang menunggunya dihiasai barangan antik dan sebuah kolam ikan koi Jepun yang cukup banyak,bunyi air mengalir kekolam dan bunyi kocakan ikan koi bermain-main membuat saya tidak merasa bosan untuk menunggu waktu check-in.

Sewaktu saya mau duduk di sofa loby tadi saya meliaht seorang lelaki segak rambut pendek macam saya,dan tersenyum mengangguk.Saya tak berani nak ucap assalam sebab di pekan Changlun ini ramai penduduknya orang Siam yang wajahnya mirip saya -melayu heheee;)
 Saya menegurnya kerana dia sedang membaca surat khabar yang dikelip dengan sebatang kayu berukir cantik..saya berkata"..Pakai klip surat khabarnya.."dia menjawab ramah.."Kalau tak diklip nanti akan sampai kebilik pula katanya senyum.."

Saya pun hanya mengangguk diam tak tahu apa yng ingin diperkatakan..lalu dia bertanya nak menginap ke?..saya jawab ya.
Lalu tanpa saya tanya dia bercerita ceplos-ceplosan tanpa koma katanya " Saya dari Shah Alam( sama dengan saya..tapi saya tak bagitau.hehehe)katanya lagi..saya pengawal pribadi bodyguard Ketua Polis yang ada urusan interpol di Thailand,dan sekarang sedang menginap di hotel ini"katanya..

"Ahh,biar betul ini orang kataku dalam hati,tanpa ditanya kok mudah sekali buka rahasia dia..anehkan.."Walau style penampilannya agak meyakinkan.

Dan dia bertanya lagi pada saya ."Apakah Anda juga anggota keselamatan?".Hemm bukan jawabku pendek".

Memang sebelum ini dalam perjalanan saya perasan ramai orang memandang atau curi-curi pandang kepada saya,sebab gaya dan style saya pakai jacket hitam,sepatu hitam itu layaknya seperti anggota keselamatan saja layaknya..hehee;)

Siapa lelaki tadi yang saya temui di loby hotel RM saya tak ambil peduli dan memang saya melihat ada sebuah kereta pajero putih parking didepan hotel RM ni,seperti yang ditunjukkannya.

Dalam kepala saya yang ada saat ini,masuk bilik hotel..mandi air panas dan tidur sepuas-puasnya dengan menikmati kesejukan hawa aircond yang melenakan.

Dalam perancangan kami akan keluar berjalan-jalan petang nanti, hari ini adalah hari sabtu.Tetapi masuk saja waktu zohor kami dah terbangun lalu saya mandi air panas yang menyegarkan minda dan,selepas buat solat jamak qashar awal zohor dan ashar,kamipun keluar..kemana ya..kita cari nasi dulu.."Ahh aku dah lapar nak makan nasi ni kata saya pada teman saya.."

Kemana kami akan cari nasi dengan lauk yang sedap dan segar,Anda baca di artikel berikut.
Bersambung,