Hey Dude, Bagaimana Cara Menguasai Situasi dengan Mudah Ketika Melancong | Seperti yang saya beritahu kepada teman seperjalanan saya bahwa nanti didepan di stesyen pump petrol kita akan tanya orang tentang laluan dan berapa jauh lagi kawasan Bukit Kayu Hitam.
Setelah keluar dari toilet saya bertanya kepada
seorang lelaki India yang kebetulan berdiri diluar toilet untuk
menunggu giliran untuk ke toilet.."Tanya bang..berapa jauh lagi dari sini
Bukit Kayu Hitam tanya saya"..
Baca juga ;
Bagaimana Melancong Dapat Membuat Saya Menyadari Nikmat Allah SWT
(Gambar Hiasan oleh Google Image)
Dengan pantas dia menjawab.. "Ahh,saya kurang
tahu ,memang saya mau ke Bukit Kayu Hitam juga untuk terus ke
Danok,Thailand katanya"..
"Pandu kereta sendiri saya tanya?"
"Bukan, saya naik bas..nanti tanya sama driver bas saya katanya"
Lalu
sayapun berjalan menuju bas yang ditunjukkannya..dan menemui pemandunya
yang seorang lelaki cina yang sangat ramah dan baik..bila saya tanyakan
berapa jauh lagi Bukit Kayu Hitam..dia menjawab dengan senyuman.
"Encik
jalan saja terus jangan belok-belok..jumpa Tol JURU terus saja jalan,.sampai
jumpa Border Imigresyen Malaysia itulah Bukit Kayu Hitam katanya
ramah..
"Terimakasih banyak encik saya kata."Sambil itu sempat saya tanya bas ini darimana
katanya dari Johor Baharu.
Disebabkan saya terlalu gembira dengan
jawaban driver bas pelancong itu saya lupa nak ambik gambar
basnya..heheee..
Setelah semua beres kamipun mulakan
perjalanan,mula-mula kami folow bas tersebut.Ahhh,.mana boleh folow bas
besar dengan enjin Scania, sekejap saja sudah hilang dari pandangan
kami.
Kamipun mengikuti apa yg diarahkan oleh driver
tersebut,terus dan terus jangan belok-belok,ternyata memang
benar.Banyak sekali kami jumpai jalan bersimpang atau susur keluar
seperti ke bandar Butterworth ,GeorgeTown dan lain-lain daerah di Pulau
Pinang.
Setelah memandu beberapa jam sudah tak ingat lagi berapa
jam,yang saya tahu jam sudah menunjukkan waktu subuh,namun sangat
disayangkan tiada masjid dan surau yang berdekatan lebuhraya
ini,akhirnya solat subuh kami agak terlewat diujung waktu, setelah
berjumpa tempat sholat.
Sebagai seorang musafir dalam perjalanan.Anda wajib untuk menjaga sholat dalam waktunya agar selamat selama dalam perjalanan.Perjalanan Anda akan dijaga oleh Allah SWT dari segala marabahaya.InsyaAllah.
Waktu sholat yang agak mencabar keimanan para musafir adalah waktu sholat subuh kerana subuh wajib dilaksanakan pada waktunya.Tidak seperti sholat zohor,ashar boleh dijamak qashar awal atau ta'khir,begitu juga sholat maghrib dan isyak.
Welcome To Changlun,
Dan kamipun sudah memasuki daerah atau
bandar Changlun,dimana kawan saya telah menempah bilik hotel sebelumnya
yaitu bernama Hotel RM.Hanya hotel ini saja lagi yang ada kekosongan,disebabkan musim cuti sekolah,nasib
baik kawan saya cepat buat tempahan.
Setelah memasuki jalanraya
bandar Changloon,menurut kawan saya hotel kami itu sebelum hotel
T,tetapi hotel RM tak jumpa yang terjumpa adalah hotel T,padahal
menurut nya hotel RM adalah ditepi jalan raya.
Akhirnya setelah
menjumpai stesyen bas Changlun kamipun berhenti dan saya turun dari
kereta untuk bertanya di sebuah kaunter bas,nasib baik ada orang pagi-pagi
ini .
Lalu saya kepada seorang wanita muda dikaunter tersebut.katanya" Abang jalan terus depan tak jauh..jumpa stesyen minyak
Caltex lepas tu sebelahnya itulah Hotel RM"..
"OK terimakasih banyak
dek'kata saya kerana dia panggil saya abang..heheeee;)
Setelah
memandu dalam sepuluh minit lebih kurang kamipun menjumpai hotel RM
tsb.Jam baru menunjukkan pukul 8.00am lebih sedang booking check-in
Hotel jam 12 tengah hari.
Wahh,macam mana ni kata teman saya.lama
sekali menunggu.Ok sekarang kita cari kedai untuk sarapan dulu,dimana
kata kawan saya?.OK sementara nak buang-buang masa tunggu check-in Hotel
kita cari sarapan di Bukit Kayu Hitam?..Ok beres kata kawan saya..
Dengan
mengikut tanda arah sign board di lebuh raya,kamipun meneruskan
perjalanan untuk cari sarapan di Bukit Kayu Hitam.Tidak sampai setengah
jam kamipun melihat sebuah bandar kecil yang lengang,kedai-kedai masih
bertutup,walau kedai-kedainya adalah kedai dari bangunan batu
permanen,namun menunjukkan tanda bandar ini bagaikan bandar yang mati
tak berseri layaknya seperti bandar cowboy.."Ahh inikah bandar Bukit Kayu
Hitam?..kata saya ,lebih hidup nampaknya bandar Changlun tadi..kataku
merungut sendirian..
Lalu kamipun meneruskan jalan kedepan lagi,kiri
kanan ada ladang getah dan tak lama kami melihat deretan bas-bas dan
kenderaan lain berderet beratur berhenti dan sebelumnya kami melewati
sebuah pos pengawal UPP(Unit Polis Pengawal Perbatasan) mereka memandang
kami satu persatu dan terus mempersilahkan untuk meneruskan perjalanan.
Setelah kami
melihat border Imigrasi Malaysia ini tandanya kami sudah diujung bandar
Bukit Kayu Hitam,setelah melihat kiri kanan tiada kedai minuman,kamipun
pusing stering balek ke Changlun lagi untuk bersarapan dulu.
Saya
dan kawan saya pada merungut.."Ahh, apa yang ada di Bukit Kayu
Hitam,rupanya bandar ini hanya disinggahi pelancong untuk transit ke Danok
Thailand sahaja.Disebabkan kedai-kedainya masih ditutup dan lengang
kamipun tak masuk kelorong-lorong bangunan kerana nampak lengang sepi
sekali,agak risau juga kesana.
Setelah sampai kembali ke pekan
Changlun kami menemui sebuah kedai mamak atau India Muslim yang sudah
buka,cari-cari pusing pekan ini tak ada kedai melayu yang sudah buka akhirnya kami singgah minum saja dikedai mamak ini.
Selepas
semua sudah sarapan kami berpakat untuk terus ke hotel walau jam masih
menunjukkan lebih kurang pukul 10.am.Kami coba check-in kalau ada bilik
yang kosong kalau tidak, kami akan berehat saja dahulu di lobby hotel
menjelang time check-in.
Sementara kawan saya yang menempah bilik hotel
pergi ke kaunter hotel, ternyata bilik yang ditempah sudah kosong.Setelah
membayar bil hotel kamipun mengangkat barang beg pakaian ke bilik
hotel.Alhamdulillah.
Hotel RM ini menempati bangunan lot kedai bertingkat yang
diubah suai jadi hotel.memang banyak hotel-hotel kecil sebegini
dikawasan pekan Changlun ini yang bertaraf dua bintang.
Hotel RM
nampak kemas cantik ,ruang menunggunya dihiasai barangan antik dan
sebuah kolam ikan koi Jepun yang cukup banyak,bunyi air mengalir kekolam
dan bunyi kocakan ikan koi bermain-main membuat saya tidak merasa bosan untuk
menunggu waktu check-in.
Sewaktu saya mau duduk di sofa loby tadi
saya meliaht seorang lelaki segak rambut pendek macam saya,dan
tersenyum mengangguk.Saya tak berani nak ucap assalam sebab di pekan Changlun
ini ramai penduduknya orang Siam yang wajahnya mirip saya -melayu
heheee;)
Saya menegurnya kerana dia sedang membaca surat khabar
yang dikelip dengan sebatang kayu berukir cantik..saya berkata"..Pakai
klip surat khabarnya.."dia menjawab ramah.."Kalau tak diklip nanti akan
sampai kebilik pula katanya senyum.."
Saya pun hanya mengangguk diam tak tahu
apa yng ingin diperkatakan..lalu dia bertanya nak menginap ke?..saya
jawab ya.
Lalu tanpa saya tanya dia bercerita ceplos-ceplosan tanpa koma katanya " Saya dari Shah
Alam( sama dengan saya..tapi saya tak bagitau.hehehe)katanya lagi..saya pengawal pribadi
bodyguard Ketua Polis yang ada urusan interpol di Thailand,dan sekarang
sedang menginap di hotel ini"katanya..
"Ahh,biar betul ini orang kataku dalam hati,tanpa ditanya kok mudah sekali buka rahasia dia..anehkan.."Walau style penampilannya agak meyakinkan.
Dan dia bertanya lagi pada saya ."Apakah Anda juga anggota keselamatan?".Hemm
bukan jawabku pendek".
Memang sebelum ini dalam perjalanan saya perasan ramai orang
memandang atau curi-curi pandang kepada saya,sebab gaya dan style saya
pakai jacket hitam,sepatu hitam itu layaknya seperti anggota keselamatan saja layaknya..hehee;)
Siapa
lelaki tadi yang saya temui di loby hotel RM saya tak ambil peduli dan memang saya melihat ada sebuah
kereta pajero putih parking didepan hotel RM ni,seperti yang
ditunjukkannya.
Dalam kepala saya yang ada saat ini,masuk bilik
hotel..mandi air panas dan tidur sepuas-puasnya dengan menikmati
kesejukan hawa aircond yang melenakan.
Dalam perancangan kami akan
keluar berjalan-jalan petang nanti, hari ini adalah hari sabtu.Tetapi
masuk saja waktu zohor kami dah terbangun lalu saya mandi air panas yang menyegarkan
minda dan,selepas buat solat jamak qashar awal zohor dan ashar,kamipun
keluar..kemana ya..kita cari nasi dulu.."Ahh aku dah lapar nak makan nasi
ni kata saya pada teman saya.."
Kemana kami akan cari nasi dengan lauk yang sedap dan segar,Anda baca di artikel berikut.
Bersambung,