Perang Saudara Sudan: Konflik Perebutan Kuasa Antara Dua Jenderal #2

Ketua RSF Mohamed Hamdan Dagalo (kiri) dan ketua SAF Abdel Fattah al-Burhan (kanan)
Perang Saudara Sudan: Konflik Perebutan Kuasa Antara Dua Jenderal #2
BACA JUGA:
Perang Saudara Sudan: Konflik Perebutan Kuasa Antara Dua Jenderal #1
CAKRAWALA NEWS l SUDAN: LOMBONG EMAS JABAL AMIR, TITIK PEREBUTAN BERDARAH DI DARFUR.
- Lombong emas Jabal Amir, di barat Al-Fashir, Darfur Utara, Negera Sudan, tetap menjadi sumber konflik sengit dan berdarah akibat perebutan sumber daya bumi.
- - Luas lombong: sekitar 26 km², dengan kandungan emas tinggi, iaitu sehingga 1 kg emas dalam 50 kg pasir.
- - Jumlah pelombong: Hingga 100 ribu dari Sudan, Chad, Libya, dan Niger pernah bekerja di sini.
- - Pengeluaran emas: 15 tan setahun (2012–2017), menurun menjadi 3–5 tan setahun (2023–2024) setelah konflik bersenjata antara Tentara Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) meletus.
- - Kawalan lombong : Sejak 2017 dipegang oleh RSF di bawah pimpinan Muhammad Hamdan Dagalo (Hemedti).
Sebelum itu, tambang ini milik Suku Bani Hussein dan Rizeigat, yang berkonflik pada 2013, membunoh ratusan orang dan memaksa 150 ribu penduduk menjadi pelarian.
- Pakar menegaskan bahawa konflik ini bukan soal etnik, Tetapi perebutan sumber daya bumi. Wilayah Darfur kaya dengan emas, uranium, krom, besi, dan minyak.
- Setelah pemisahan Sudan Selatan (2011), emas menjadi sumber eksport utama yang menyumbang sehingga 60% penerimaan devisa (Pendapatan dalam mata wang asing).
- Namun sebagian besar emas diseludupkan melalui UAE dan Russia, membolehkan pengganas RSF membiayai operasi ketenteraan serta memperkuatkan kekuasaan mereka.

Lombong Emas Jabal Amir, Darfur, Sudan: Doc, Special
Lombong Emas Jabal Amir, Darfur, Sudan: Doc, Special
EMAS SUDAN DI UAE (United Arab Emirates)- Hampir semua emas dari Negara Sudan, termasuk yang dihasilkan di kawasan milik tentera atau pemberontak, mengalir ke UAE melalui eksport rasmi mahupun seludup.
- Emas ini sering digelar “blood gold”, kerana hasilnya didakwa menyokong kumpulan pengganas seperti Rapid Support Forces (RSF) dan konflik di Sudan.
- Pemerintahan Sudan mendakwa UAE terlibat dalam “komplikasi” konflik dan pencabulan hak asasi melalui sokongan ekonomi kepada pihak pemberontak bersenjata.
- Beberapa syarikat UAE memiliki pelaburan lombong emas di Sudan, termasuk lombong “Kush”.
*Kesimpulannya, emas Sudan disalurkan ke UAE secara besar-besaran, memberi keuntungan kepada pihak tertentu sambil menyalakan lagi konflik di Sudan.
DARFUR SUDAN, KEKAYAAN TERSEMBUNYI AFRIKA.
Wilayah Darfur di bagian barat Sudan, walaupun sering dikaitkan dengan konflik, sebenarnya merupakan salah satu kawasan paling kaya dengan sumber alam di dunia. Wilayah seluas hampir sebesar Negara Perancis ini memiliki simpanan besar minyak, emas, tembaga, uranium, serta air bawah tanah.
Gunung Marra yang mencapai 3,000 meter dipercayai menyimpan mineral rare dan sumber air penting. Darfur juga mempunyai sehingga 5 bilion tan tembaga, 3,000 tan emas, dan 6 juta tan uranium. Kawasan ini terletak di persimpangan dua lembangan minyak besar dunia, menjadikannya lokasi strategik bagi sumber tenaga.
Laporan mengenai kekayaan ini pernah didedahkan oleh Al-Jazeera, tetapi ditarik balik kerana sensitiviti maklumat. Darfur sebenarnya bukan hanya zon konflik, tetapi wilayah strategik dengan sumber kekayaan luar biasa.
*Lembangan - Kawasan rendah yang menakung sesuatu.
Untuk Oil & Gas. Tempat minyak terkumpul bawah tanah macam mangkuk besar dalam bumi.
Tentera Bayaran Asing Terlibat Dalam Pembunuhan di Sudan. [Video ada di bagian bawah artikel]
Menurut laporan AJ Plus, tentera bayaran asing dari Colombia dan beberapa negara lain termasuk El Salvador, Afrika Selatan, dan Russia, kini menjadi komponen penting dalam pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang sedang berlaku di Sudan.
Laporan itu menyebut bahawa ramai tentera bayaran dari Colombia pada awalnya ditawarkan kerja sebagai pengawal keselamatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tapi selepas mereka tiba, mereka dihantar ke pangkalan tentera UAE di Bosaso, Somalia yang dipercayai menjadi pusat utama operasi tentera ini. Dari situ, mereka dikerahkan ke Sudan untuk membantu pasukan RSF.
Tentera bayaran ini bukan sekadar turut serta dalam pembunuhan orang awam, tapi turut melatih anggota RSF. Lebih membimbangkan lagi, mereka dilaporkan melatih kanak-kanak untuk dijadikan tentera, sebelum menghantar mereka ke barisan hadapan perang untuk dibvnoh.
Wartawan Colombia, Santiago Rodriguez, mengatakan bahawa apa yang disebut sebagai "kejayaan" RSF di medan perang sebenarnya banyak bergantung pada penglibatan tentera bayaran asing ini. [Adaptasi Via, !Ummah]
Abdullah Idris alias "Abu Lulu" Doc, SpecialPembvnohan Beramai-ramai di Sudan.
Menurut sumber Suara Sudan, sekumpulan kanak-kanak tiba di bandar Tawila selepas Ayah mereka dibunuh oleh pengganas RSF di jalan antara Al-Fashir dan Tawila.
Kedudukan Ibu mereka masih belum diketahui.
Sumber itu turut melaporkan bahawa ribuan kanak-kanak telah menjadi yatim piatu akibat pembvnohan kejam yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata terhadap Ibu-Bapa mereka tanpa sebarang sebab yang jelas, menjadikan tragedi ini antara yang paling menyayat hati dalam konflik Sudan.[Adaptasi Via, !Ummah]
Image Illustration: Doc, SpecialPENGGANAS RSF MENYIKSA RAKYAT AL-FASHIR DENGAN KEBULURAN
Wilayah bandar Al-Fashir kini berada di tepi jurang bencana kemanusiaan, setelah lebih setahun disekat sepenuhnya oleh Pengganas RSF.
Menurut pihak berkuasa tempatan, hanya dalam minggu pertama Ogos 2025, sekurang-kurangnya 58 penduduk telah meninggal dunia akibat kebuluran/kelaparan parah dan angka ini terus meningkat setiap hari.
Bandar Al-Fashir ini menampung antara 740,000 hingga 900,000 jiwa, termasuk ratusan ribu kanak-kanak yang tidak bersalah.
Sejak April–Mei 2024, pengganas RSF telah memutuskan semua laluan bekalan utama, menjadikan rakyat terputus daripada makanan, ubat-ubatan, dan bantuan kemanusiaan.
Harga makanan meningkat ke tahap tidak masuk akal,
Coba Anda bayangkan sekarung millet mencecah sekitar $3,000, iaitu 4.6 kali ganda lebih mahal berbanding purata di Sudan.
Masyarakat kini terpaksa memakan makanan haiwan dan sisa-sisa, sementara dapur-dapur amal terpaksa ditutup.
Ini bukan peperangan...Ini adalah hukuman kebuluran terhadap rakyat awam, satu taktik kejam yang menafikan hak hidup manusia.
Image Illustration: Doc, SpecialPENGGANAS RSF BAKAR PENDUDUK HIDUP-HIDUP DI AL-FASHIR!
Di bandar Al-Fashir, pengganas RSF, yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), dilaporkan membakar orang awam hidup-hidup dan merakam jenayah tersebut dalam video.
Dalam rakaman, kelihatan tubuh mangsa yang hangus sementara pelaku berbangga dengan tindakan mereka:
- “Ini adalah trofi kami.”
Mereka kata yang dibakar adalah tentera yang mereka bvnoh, tetapi hakikatnya yang dibakar itu adalah orang awam.
Wajah mangsa tidak dapat dikenal pasti, dan tiada kesan pertempuran pada tubuh mereka menunjukkan mereka adalah orang awam tidak bersenjata.
Pakar menegaskan bahawa ini bukan insiden terpencil tetapi sebahagian daripada corak kekerasan sistematik, contoh seperti serangan ke atas hospital, pembvnohan terhadap yang cedera, dan penderaan terhadap orang awam.
*Selama lebih 18 bulan, penduduk al-Fashir telah memberi amaran tentang kepungan, kelaparan dan ancaman pembvnohan, namun komuniti internasional terus berdiam diri sementara mesin pembantaian berterusan.
Al-Fashir sedang menjerit meminta dunia bangkit bersuara.
HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIIL
Siapa Pengganas Abu Lulu?
- Nama sebenar: Abdullah Idris, tapi orang panggil "Abu Lulu".
- Dia terkenal sebab suka upload video bvnoh orang awam di TikTok.
- Anggota Rapid Support Forces (RSF/Pasukan Sokongan Pantas) dan bangga dengan kekejamannya.
- Pernah kata dia nak bvnoh 2,000 orang di Sudan.
- Tapi jangan salah sangka, dia bukan seorang saja yang buat semua kekejaman ini. Ramai lagi milisi RSF lain terlibat.
Apa yang terjadi di kawasan Al-Fasir?
- RSF ambil alih Al-Fasir selepas 18 bulan pengepungan.
- Video bvn0h, seksa, rogol/pemerkosaan, dan keganasan lain terhadap orang awam jadi viral.
- Ribuan orang awam mati, lebih 177,000 terperangkap di kawasan bandar.
- PBB kecam RSF, perintah hentikan serangan dan buat siasatan segera.
- Senator AS pun hendak RSF diisytiharkan sebagai organisasi pengganas.
Abu Lulu seorang saja kah yang bersalah?
Tidak. Ramai militan RSF lain terlibat juga.
Contoh:
- Abdulmunim el Rabiy suruh Abu Lulu bvnoh orang awam upload dalam TikTok.
- Emin Ishak muat naik video orang awam dipaksa menari, bergelut, dipermainkan.
- Ada rakaman militan bvnoh pesakit dan orang lemah di hospital.
- Pakar tentera kata kemungkinan Abu Lulu dijadikan kambing hitam saja, sebab tidak logik hanya seorang saja buat semua tu.
Kesimpulan:
- Abu Lulu simbol keganasan RSF, tapi bukan pelaku tunggal.
- Apa yang berlaku di bandar El Fasir dianggap genocide, pembersihan etnik, dan jenayah perang oleh PBB.
- Rakyat Sudan jadi mangsa besar sebab kekejaman dan pertumpahan darah RSF.[Adaptasi Via, !Ummah]
🧾 Penafian / Disclaimer – Helmy Network Geopolitical Insight
Artikel ini diterbitkan oleh Helmy Network Geopolitical Insight berdasarkan sumber terbuka, laporan geo-politik dan ekonomi serantau, serta analisis bebas dari berbagai institusi internasional dan domestik. Segala pandangan, tafsiran, dan kesimpulan yang dikemukakan bersifat analisis akademik dan bebas, serta tidak mewakili pendirian rasmi mana-mana kerajaan, organisasi, atau pihak berkepentingan.
Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan, penyelidikan, dan perbincangan umum, bukan untuk mempengaruhi dasar politik, pelaburan, atau tindakan rasmi.
Penulis dan penerbit menolak sebarang bentuk manipulasi data, penyebaran fitnah, atau provokasi politik.
Helmy Network Geopolitical Insight komited terhadap etika kewartawanan bebas, ketelusan data, serta tanggungjawab moral dalam menyampaikan analisis yang berimbang dan berpaksikan fakta.
Editor: Helmy El-Syamza
Follow me at;⭐
facebook.com/helmyzainuddin
CAKRAWALA NEWS:
https://t.me/cakranews
www.tiktok.com/@romymantovani
twitter.com/romymantovani
TAGS : Global, News & Politics, Featured, #Sudan, #RSF, #SAF, #KonflikSudan, #PerangSaudaraSudan














No comments
Post a Comment