Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?">

Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?

  • Synopsis June 1, 2024. "Pembohongan TS Zeti Akhtar Aziz Terbongkar Di Mahkamah"

  • Bekas Gabenor Bank Negara, TS Zeti Akhtar Aziz, memberitahu mahkamah yang beliau mengetahui berkaitan pembukaan akaun DS Najib Razak dengan special designated.

  • Beliau berkata, perkara itu diketahui melalui perbualan atas talian pada 2012 dengan bekas Ketua Pengarah Eksekutif Ambank Ashok Ramamurthy.

  • TS Zeti Akhtar Aziz juga mendakwa Ashok Ramamurthy cuba menyembunyikan salah laku di Bank komersial itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

  • “Dia (Ashok Ashok Ramamurthy) ingin menyembunyikan salah laku semasa tempohnya sebagai Ketua Eksekutif AmBank.”

  • “Kerana jika dia telah melihat sebarang kesalahan semasa memegang jawatan itu, dia sepatutnya mengambil tindakan.”

  • “Bank komersial itu tidak melaksanakan usaha wajar (due diligence) dalam beberapa transaksi berkaitan 1MDB.”

  • “Sehingga menyalah laporkan jumlah yang terlibat semasa memalsukan laporan transaksi dalam sistem pemantauan perbankan negara,” dakwa TS Zeti Akhtar Aziz dalam mahkamah.

  • Untuk menguatkan hujah beliau, TS Zeti Akhtar Aziz juga memberitahu bank pusat itu mengenakan denda terhadap AmBank pada tahun 2015.

  • Denda tertinggi sebanyak 70 peratus disebabkan apa yang berlaku semasa tempoh Ashok memegang jawatan di AmBank.

  • Tetapi TS Zeti Akhtar Aziz lupa, semasa memberi keterangan dalam kes yang sama, beliau berkata bahawa beliau tidak tahu mengenai pembukaan akaun DS Najib untuk terima duit derma dari Arab Saudi.

  • TS Zeti Akhtar Aziz Beri Keterangan Berbelit-Belit Dalam Mahkamah, Tak Salahkah?

  • Mana satu betul?

  • TS Zeti Akhtar Aziz tahu atau tidak tahu mengenai pembukaan akaun AmBank Private Banking MR?

  • Lebih menarik apabila peguambela DS Najib, TS Shafee mendedahkan bahawa Ambank melalui Ashok menghantar surat kepada TS Zeti Akhtar Aziz dan bank negara untuk memaklumkan kemaskini bank akaun AMPrivate Banking MR.

  • Tetapi TS Zeti Akhtar Aziz menafikan adanya surat tersebut.

  • Malah terus menyerang Ashok Ramamurthy dalam mahkamah dan menuduh Ashok Ramamurthy cuba cover up kesalahan yang beliau lakukan sepanjang menjadi CEO Ambank.

  • Ini membuatkan mahkamah memanggil semula bekas pengerusi kumpulan Ambank, Cheah Tek Kuang sebagai saksi.

  • Cheah Tek Kuang mengesahkan bahawa memang Ashok menghantar surat kepada TS Zeti Akhtar Aziz berkaitan kemaskini akaun MR milik DS Najib Razak.

  • Cheah Tek Kuang menambah, TS Zeti Akhtar Aziz baca surat tersebut dan bagi semula kepada Ashok Ramamurthy.

  • Tambah Cheah Tek Kuang, tidak ada sebab untuk mahkamah meragui kredibiliti dan integriti Ashok Ramamurthy sebagai seorang CEO AmBank.

  • Cuma penulis hendak tanya kepada TS Zeti Akhtar Aziz, agak-agaknya TS Zeti Akhtar Aziz tahu tak duit 1MDB yang masuk ke dalam akaun suami beliau, Tawfik Ayman?

 
<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?">

Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian
 TS Zeti Akhtar Aziz?

       FORTUNA MEDIA -- Pihak pendakwaraya sudah menutup kes 1MDB.

     Kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan) sudah melakukan penyerahan kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah.

     Selepas ini Hakim akan membuat keputusan sama ada kes tersebut mempinyai prima facie atau pun tidak.

     Sekiranya Hakim berpendapat kes tersebut mempunyai prima facie, maka pihak DS Najib Razak akan dipanggil untuk membuat pembelaan.

    Tetapi sekiranya hakim berpendapat kes tersebut tidak mempunyai proma facie, maka DS Najib Razak akan dibebaskan.

    Sama ada dibebas dan dilepaskan (DAA) atau dibebas tanpa dilepaskan (DNAA), terpulang kepada kebijaksanaan Hakim.

    Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah kredibiliti TS Zeti Akhtar Aziz sebagai saksi pendakwaan dan juga integriti TS Zeti Akhtar Aziz ketika menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

    Di hari terakhir perbicaraan, TS Zeti Akhtar Aziz dengan bangga mengatakan ketika beliau menjadi gabenor BNM (Bank Negara Malaysia), pihak Ambank pernah dikenakan denda tertinggi atas salah laku bank tersebut.

    TS Zeti Akhtar Aziz mendakwa, ianya berkaitan Ambank tidak melaksanakan usaha wajar (due diligence) dalam beberapa transaksi berkaitan 1MDB.

    Ia termasuk menyalah laporkan jumlah yang terlibat semasa memalsukan laporan transaksi dalam sistem pemantauan perbankan negara.

Semua Ada Bukti Duit 1MDB Dalam Akaun Suami Zeti (Tawfiq Ayman) Kecuali BNM (Bank Negara Malaysia)
 
    Timbul persoalan di sini, apa pula tindakan TS Zeti Akhtar Aziz atas kesalahan suami-Tawfiq Ayman dan anaknya yang menerima wang dari Jho Low sebanyak US$15.4 juta yang dikaitkan dengan 1MDB?

    Wang tersebut telah masuk ke dalam akaun Cutting-Edge Industries Ltd milik bersama suaminya - Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

    Ianya pernah dibangkitkan oleh Ketua Peguambela TS Shafee Abdullah dalam perbicaraan yang sama pada Ogos 2023.

    Tetapi TS Zeti Akhtar Aziz menafikannya, malah mencabar pihak peguambela mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut.

    Sebenarnya TS Zeti Akhtar Aziz boleh mendapatkan bukti dari beberapa pihak.

    PDRM pernah membuat siasatan ke atas Tawfiq Ayman dan sudah pasti siasatan yang dilakukan berdasarkan bukti.

    Pihak SPRM yang menerima duit yang dipulangkan oleh Commercial Affairs Department (CAD) Singapura juga mempunyai bukti yang TS Zeti Akhtar Aziz mahu.

    Takkan CAD pulangkan duit tersebut dalam sampul surat sahaja, mesti dengan dokumen yang berkaitan.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Apakah Mahkamah Akan Menolak Kesaksian TS Zeti Aziz?">


    TS Zeti Akhtar Aziz juga mungkin boleh mendapatkan bukti dari DS Anwar Ibrahim yang sekarang ini menjadi perdana menteri.

    Mustahil DS Anwar Ibrahim mahu isu ini dibahaskan di parlimen kalau beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh.

    Bukti sebenarnya ada, cuma ianya cuba dinafikan TS Zeti Akhtar Aziz.

    Jadi, bolehkah mahkamah menerima kesaksian TS Zeti Akhtar Aziz yang dipersoalkan kredibilitinya sebagai saksi dan lebih teruk lagi, integriti beliau ketika menjadi gabenor BNM (Bank Negara Malaysia) juga kini dipersoalkan. [HSZ]

 Sources; my-tv.online/2024/

 
Editor; Romy Mantovani

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : 
#Najib Razak, #1MDB, #Jho Low, #SPRM, #TopStories, #News, #News Focus, #Political News,


No comments