TS Shahrir Saman T.Thomas, Lathefa, Kerajaan atas pendakwaan berniat jahat

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="TS Shahrir Saman TommyThomas, Lathefa, Kerajaan atas pendakwaan berniat jahat ">

Tan Sri Shahrir Samad, Saman Tommy Thomas, Lathefa Koya, Kerajaan atas pendakwaan berniat jahat

  • Sinopsis - Cerita ini adalah contoh betapa berhati busuk dan berniat jahat kerajaan Tun Mahathir ketika mereka mahu rosakkan nama Parti UMNO dan Dato' Seri Najib Razak.

  • Tan Sri Shahrir Samad terpaksa menghadapi kes mahkamah dengan dakwaan salah guna dana (AMLA) selama 4 tahun sebab dia pernah menerima dana RM1 juta dari Dato' Seri Najib Razak.

  • Tidak disebutkan pula bahawa ialah Tan Sri Shahrir Samad pernah menggunakan dana sendiri bagi kerja-kerja memulihkan Projek Perumahan Rakyat Puri Langkasuka, Larkin, Johor Baharu, yang terbengkalai selama lapan tahun.

  • Dato' Seri Najib Razak cuma bayar balik wang yang Tan Sri Shahrir Samad telah guna bagi projek pemulihan ini.

  • Dato' Seri Najib Razak dan Tan Sri Shahrir Samad hanya mahu bantu Rakyat tetapi nama mereka diburukkan pula.

  • Benda baik dijadikan propaganda untuk burukkan mereka berdua.

  • Rakyat Malaysia hanya diberitahu perkara ini ketika perbicaraan mahkamah kes Tan Sri Shahrir Samad.

  • Kita juga diberitahu bahawa Tan Sri Shahrir Samad telah didakwa sebelum siasatan selesai.

  • Sepanjang perbicaraan kes ini berlaku, pihak pendakwaan telah beberapa kali memujuk Tan Sri Shahrir Samad untuk tulis surat representasi kepada AGC untuk minta kes digugurkan.

  • Tapi Tan Sri Shahrir Samad berulang-kali enggan sebab dia mahu perbicaraan berlangsung untuk dedahkan ketidakadilan kes beliau.

  • Setelah perkara-perkara ini didedahkan oleh saksi termasuk saksi SPRM, pihak pendakwaan pun terpaksa meminta mahkamah gugurkan caj ditengah perbicaraan biarpun Tan Sri Shahrir Samad tidak tulis apa-apa surat representasi dan mahu teruskan perbicaraan.

  • Akhirnya Tan Sri Shahrir Samad dilepas dan dibebaskan tanpa diarah bela diri.

  • Bayangkan beban dan kos guaman yang terpaksa ditanggung Tan Sri Shahrir Samad selama 4 tahun sebab kes ini.

  • Kerjaya politik Tan Sri Shahrir Samad juga terhenti sebab kes mahkamah yang tidak berasas ini.

  • Keputusan beliau untuk saman Tommy Thomas, Latheefa Koya; SPRM dan Kerajaan Malaysia sebab mendakwa dia dengan niat jahat adalah satu langkah tepat yang semua Rakyat Malaysia perlu sokong. [Via, facebook Najib Razak ]

BACA JUGA:
Mereka Dulu Tebarkan Propaganda Kebencian dan Kedengkian Bagaikan Bara yang Menyala Untuk Jatuhkan DS Najib Razak

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="TS Shahrir Saman TommyThomas, Lathefa, Kerajaan atas pendakwaan berniat jahat ">
Illustrasi Image by thevibes.com/

       FORTUNA MEDIA - 5 KES KEJAHATAN TOMMY THOMAS
TS Shahrir Samad - Tok Uban semalam telah mengemukakan saman sivil ke atas Tommy Thomas, Latheefa Koya;SPRM dan kerajaan Malaysia diatas pendakwaan jahat ke atas beliau sepanjang tempoh 5 tahun lepas.
Saya (Abdul Rahim Hilmi Zakariya) telah menulis daripada tahun lepas lagi bahawa ini adalah langkah yang patut diambil oleh semua pemimpin Parti UMNO yang telah didakwa oleh Tommy Thomas bagi membersihkan sepenuhnya imej parti. Selagi mana ia tidak dibuat, maka palitan gelaran kluster mahkamah akan terus kekal kepada parti mereka.
Malah UMNO sepatutnya mengambil tindakan dengan menubuhkan jawatankuasa / task force bagi membantu pemimpin-pemimpin mereka yang teraniaya. Bukannya membiarkan TS Shahrir dan yang senasib dengan beliau menanggung pula ratusan ribu ringgit yuran guaman bagi membersihkan nama sendiri dan parti
Sudah berkawan dengan PH (Pakatan harapan) itu cubalah belajar sedikit cara bersolidariti.
Saya bagi 5 contoh kes yang terang-terang menunjukkan salahguna kuasa dan kejahatan Tommy Thomas berdasarkan fakta dari kandang Mahkamah Malaysia sendiri:
1. Kes Tengku Adnan Tengku Mansor. Dibebaskan atas tuduhan rasuah RM2 juta pada 16 Julai 2021. Saksi pendakwaan dan pegawai penyiasat SPRM sendiri mengaku RM2 juta itu sebenarnya adalah sumbangan politik dan bukannya rasuah
2. Kes DS Zahid Hamidi. Dibebas tanpa dilepas daripada 47 pertuduhan pada 3 September 2023. Memo dalaman daripada Pejabat Peguam Negara pada tahun 2018 yang terbongkar beberapa minggu sebelum itu jelas menyatakan pertuduhan ke atas beliau adalah terlalu lemah dan tidak layak dibawa ke mahkamah.
3. Kes Tan Sri Musa Aman. Dibebaskan daripada 46 pertuduhan rasuah pada 18 Oktober 2019 dan 9 Jun 2020. Dalam kes TS Musa, pendakwaraya memperakui bahawa tiada kes ke atas pemimpin ini. Malah walaupun didakwa sejak 5 November 2018, beliau tidak dibicarakan walau seharipun kerana pendakwaan sentiasa memohon penangguhan disebabkan tiada bukti baru
4. Kes DS Azeez Rahim. Dibebaskan atas 9 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada 22 September dan 8 Disember 2022. Saksi pendakwaan mengakui wang yang diserahkan kepada DS Azeez bukanlah rasuah sebaliknya sumbangan kemanusiaan yang telah digunakan bagi misi bantuan ke Filipina, Palestine, Thailand dan Mesir.
5. Kes TS Shahrir Samad. Dibebaskan pada 5 Januari 2023. Saksi pendakwaan mengakui bahawa siasatan ke atas TS Shahrir tidak lengkap, tidak cukup bukti tetapi Tommy Thomas telah mengarahkan agar kes itu tetap dibicarakan di mahkamah.
Dalam 5 kes ini, hanya kes Tengku Adnan sahaja yang dibebaskan hasil keputusan mahkamah. 4 kes lagi dibebaskan selepas pendakwaraya memilih untuk tidak meneruskan pendakwaan apabila terdapat bukti-bukti baru yang bertentangan daripada pihak mereka sendiri.
Walaupun penarikan pendakwaan dalam 4 kes ini berlaku pada setiap zaman kerajaan iaitu PH1.0, PN (Perikatan Nasional) dan Kerajaan Perpaduan, tetapi selagi mana tiada pembuktian mahkamah berkenaan kejahatan dan salahguna kuasa Tommy, maka selagi itulah persepsi rakyat bahawa mereka dibebaskan atas sebab 'bantuan luar' akan terus dimainkan.
Maka tindakan TS Shahrir ini adalah langkah contoh bagi membersihkan namanya dan nama partinya dengan sepenuhnya
Pendirian saya mudah. Kes-kes ini semua dibuat oleh Tommy. Maka sesiapa yang beriya-iya nak kes-kes ini terus berjalan dan terus menganiaya tertuduh ialah orang yang walak kepada Tommy Thomas.
Maka layaklah dipanggil Wala'unto.😂 [HSZ]
-----
Author; Abdul Rahim Hilmi Zakariya - Kuala Terengganu.

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #TommyThomas
, #PNB, #Malaysia,#Nasional, #TS Shahrir Samad


No comments