Kisah Symbol Bendera Israel Sebenarnya Berasal dari Bangsa Asal Palestine
Ilustrasi image by merdeka.com |
Kisah Symbol Bendera Israel Sebenarnya Berasal dari Bangsa Asal Palestine
- The Star of David (Bintang Daud) atau dalam bahasa Ibrani bermaksud Magen David Lambang Bintang Daud ini sebenarnya dicipta pada abad ke-19, mulanya gerakan Zionis ketika Kongres 1897.
- Menurut Sholem Aleichem (penulis buku/photo dibawah), lambang Bintang Daud yang ada pada bendera Israel tu sebenarnya mereka ingin meniru agama Kristian. Mengapa mereka mahu meniru Agama Kristian? Semasa ritual Agama Yahudi, mereka memerlukan simbol agama Yahudi yang sama dengan salib (simbol universal agama Kristian).
- Senang cerita, mereka menginginkan sesuatu untuk menghiasi dinding rumah ibadat Yahudi moden yang akan menjadi simbolik seperti salib.
- Menurut Sholem lagi, lambang Bintang Daud tu tidak melambangkan agama Yahudi dan tidak ada memberikan maksud apa-apa pun kepada masyarakat Yahudi. Namun, mereka ini masih guna juga lambang itu walaupun tidak ada maksud apa-apa. Hipokritnya Zionis Israel (via,soscili.my/)
Editor's Note: Artikel dibawah ini telah di posting di berbagai akaun facebook dan website/blog khususnya di Malaysia. Maksud saya menjejaki semua itu untuk mencari siapa pelaku sebenar (yang pergi ke Al-Aqsha dalam kisah dibawah ini) agar tidak meragukan para pembaca konten ini. Juga tentang tarikh dibawah bikin saya konfius iaitu sama ada tahun 1909 atau 2009. Saya mohon yang faham keraguan ini tulis diruang komen dibawah artikel ini. Terima kasih بارك الله فيك 🌹
FORTUNA MEDIA -- Pada hari Juma'at 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke Al-Aqsha. Saya menunaikan sholat Tahiyyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam Al-Aqsha, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.
Ilustrasi Image by Ace scripters |
Ketika selesai menunaikan sholat Juma'at, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar Al-Aqsha. Saya menghampiri mimbar Al-Aqsha. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara para sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa Masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.
Ilustrasi Image by Ace scripters |
Ilustrasi Image by Ace scripters |
Satu mimbar diletakkan di Masjid Al-Aqsha, satu lagi di Masjid Al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di Al-Aqsha ini, saya mengerutkan dahi (penuh hairan-editor). Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.
Ketika Salahuddin al-Ayubi datang, beliau membina tingkap (window) ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati Kaum Arab Kan’an yang telah Islam. |
Ilustrasi Image by Ace scripters |
Gelagat-tingkah laku saya diperhatikan salah seorang penjaga Al-Aqsha. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.'Kamu tentu hairan, kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi Masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling Al-Aqsha."Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding Al-Aqsha."Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap (jendela/window) ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. ""Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestine ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa 'Alaihis Salam ke Palestine, mereka telah ada. "
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap (jendela/window) dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar."Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.
Sholem Aleichem. Imej dari The Foward Via, soscili.my |
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud Radhiallahu 'Anhu,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestine ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Bangsa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestine agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jati dirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestine yang bersekolah di sekolah rasmi. Tujuh puluh lima tahun lebih berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah-bumi Palestine ini dijajah.
Benarlah kata hukama':-"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestine yang akan datang akan lebih selesa bersama Zionis Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia. [HSZ]
Adaptasi dari berbagai sumber media
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#LAMBANG BINTANG ISRAELBERASAL DARI PALESTINE #SALAHUDDINALAYUBI #SHOLEMALEICHEM #YAHUDI #ZIONIS
No comments
Post a Comment