#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos">
Ilustrasi Image by astroawani.com

#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos

  • Sinopsis: Sejak belakangan ini, unsur ‘nadir bumi’ ataupun Rare Earth Element (REE) menjadi topik ‘panas’ dibincangkan sebagai salah satu usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara Malaysia. Katanya, penerokaan unsur ini akan memberi keuntungan yang luar biasa.

  • Baru-baru ini, [June 2023]  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan dalam Parlimen bahawa Malaysia mengandungi kira-kira 16.1 juta tan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang memberi nilai lebih RM 809 bilion. Fuh! Biar betul?!  Jadi, Apa sebenarnya unsur nadir bumi ni???

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos">
Bongkahan mineral yang akan di proses

FORTUNA MEDIA - Unsur Nadir Bumi

Unsur nadir bumi merupakan rangkaian unsur kimia yang terdapat di dalam kerak bumi. 17 elemen yang dianggap sebagai nadir bumi iaitu 15 unsur dalam siri lantanida (La), dan 2 unsur tambahan yang mempunyai sifat kimia serupa iaitu Scandium (Sc) dan Ytrium (Y). Unsur-unsur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu unsur nadir bumi ringan (Light Rare Earth Element, LREE) dan unsur nadir bumi berat (Heavy Rare Earth Element, HREE). 

Anda boleh tengok kedudukannya dalam Jadual Berkala di bawah ini.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos">

   
BACA JUGA:

Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

Anda masih ingat apa itu "Jadual Berkala" semasa belajar dulu?

Jadual berkala ini ialah jadual susunan unsur-unsur kimia yang diketahui. Penyusunan ini mengikut nombor atom dan sifat-sifat kimianya. Dengan adanya jadual ini, mudah untuk kita mengingati sifat kimia dan sifat fizik semua unsur dengan lebih sistematik. 

Sehingga ini, terdapat 118 unsur kimia yang diketahui. Setiap satunya ada kegunaan dan manfaatnya. 

‘Unsur nadir’ bermaksud unsur-unsur yang jarang ditemui ataupun wujud dalam peratusan/persen yang sedikit, sepertimana 'scandium' dan 'yttrium'. Unsur nadir bumi dikatakan suatu logam yang berkilau dan mempunyai sifat konduktif elektrik yang tinggi. Disebutkan juga bahawa logam ini bersifat lembut secara relatif dan kekuatannya meningkat apabila nombor atomnya meningkat. Kebanyakan sebatian unsur (elemental compounds) ini mempunyai sifat paramagnet yang tinggi.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos">
Sumber : Majalah Sains

Sejak beberapa tahun ini, usaha menggalakkan semula industri mineral dalam mengeksplorasi unsur ini giat dijalankan. Hal ini dinyatakan dalam Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 yang merupakan satu kerangka komprehensif untuk membangunkan industri mineral negara secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran sebagai sumber kekayaan baharu negara dengan pengurusan sumber asli yang cekap.

Tetapi, apa manfaatnya ‘unsur nadir’ ini diteroka?

Manfaat nadir bumi

Sebelum era ini, unsur nadir bumi tidak terlalu diberi perhatian oleh industri. Justru, sejak 10 tahun belakangan ini sahaja, permintaan dunia terhadap unsur ini telah melonjak dua kali ganda.Kenapa? 

Kerana kepesatan teknologi. 
Menurut Prof. Madya IR. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim yang merupakan Dekan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia, unsur ini sangat penting dalam pembangunan industri yang berteknologi moden seperti peranti elektronik, komputer dan rangkaian “networks”, tenaga bersih, komunikasi, pengangkutan berteknologi tinggi, perubatan dan banyak lagi. Unsur nadir bumi ini merupakan komponen penting dalam teknologi bersih (hijau) seperti turbin kuasa angin, kenderaan elektrik, pencahayaan cekap-tenaga dan penukar pemangkin.

Sekarang, Malaysia mendokong pembangunan teknologi hijau iaitu produk atau sistem yang mesra alam, selamat kepada pengguna, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar. Komitmen ini dibuktikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009 sehinggalah kelulusan jumlah pelaburan industri teknologi hijau sekitar RM 2.23 billion pada tahun 2020. 

Dengan adanya unsur nadir bumi ini, pengeluaran dan pembuatan produk moden yang mesra alam dapat dihasilkan. 

Era moden ini, teknologi semakin pesat bagi memenuhi keperluan semasa manusia menerusi industri yang pelbagai. Paling penting, industri yang menghasilkan gajet-gajet elektronik. Tidak kisahlah telefon pintar kah, ipod, ipad, komputer riba, pelbagai inovasi dibuat sehinggakan tercetusnya berbagai ‘trend’ tentang kecanggihan dan jenama/brand sesebuah peranti (perangkat/device). Dahsyat!

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="#REE, Unsur Nadir Bumi Antara Fakta dan Mithos">
Illustrasi Image by imagup.com/wp-content/

Seiring arus permodenan ini, kesan negatifnya pasti ada. Seperti pencemaran yang membawa kepada pelbagai bahana. Sebab itulah pentingnya teknologi hijau. Tidak hairanlah apabila permintaan dunia terhadap unsur nadir bumi semakin meningkat demi terus menghasilkan kehidupan yang mudah dan selesa kepada manusia seluruh dunia melalui penciptaan teknologi yang lebih selamat.

Nadir bumi di Malaysia

Menurut kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), unsur ini kebanyakannya terletak di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. 

Unsur nadir bumi ini tersebar secara meluas di permukaan bumi terutamanya di kawasan "batuan granitik terluluhhawa"(weathered granitic rocks). Oleh itu, Malaysia sedang mengusahakan jenis deposit sisa atau lebih dikenali sebagai deposit jenis "lempung jerapan ion" (tanah liat adsorpsi ion/ion adsorption clay).

Deposit jenis ini terhasil daripada proses luluh-hawa terhadap batuan yang kaya dengan mineral nadir bumi, yang menyebabkan ion nadir bumi menjerap kepada mineral lempung. Proses ini dapat berlaku secara semula jadi kerana geografi Malaysia yang terletak di garis khatulistiwa, selain dibantu faktor-faktor lain seperti tindakbalas redoks, perubahan tekanan, suhu serta aktiviti hidroterma yang membantu proses pengayaan ion unsur nadir bumi. 

Kesimpulan

Ternyata unsur nadir bumi ini memberi manfaat besar kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa. Namun, sebagai seorang muslim, jangan kita terlalu ghairah dengan penemuan ini dan tersalah meletakkan matlamat untuk menerokainya demi material semata. Bukankah penemuan dan penerokaan ini adalah janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang telah dirakamkan di dalam Al-Qur'an; Surah al-Jathiyah ayat 13 yang bermaksud :

“Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya dalam hal yang demikian, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.”

Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah Azza Wa Jalla, telah mencipta semua yang ada di langit dan di bumi untuk manfaat manusia dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di bumi.

Bagi pihak berkaitan, semoga penerokaan ini tidak dieksploitasi dan disalahgunakan sewenang-wenangnya kerana kerakusan dan ketamakan diri. 

Ingat, pemberian Allah Azza Wa Jalla, ini bila-bila sahaja boleh ditarik. Jangan terlalu ghairah dan megah seolah-olah semua ini kita punya. Hasbunallah wanikmal wakil. [HSZ]

Adaptasi dari status asal by Ajar.com.my

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Kedah, #TopStories, #Court & Politics, #LombongREE, #Nadirbumi, #RareEarthElement, #REE,

No comments