20230730

Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakan

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakan">

Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakan

  • Sinopsis: Dahsyat penghakiman Yang Amat Arif Dato Rahman Sebli yang memihak Datuk Seri Najib Razak. Lebih panjang daripada penghakiman 4 hakim lain.

  • Penghakimannya sangat keras dan mengkritik pelbagai aspek dan keputusan hakim sedia ada. Antaranya:

1. Adalah hak peguam DS Najib iaitu Hisyam Teh Poh Teik untuk meminta penangguhan kerana dokumen-dokumen terlibat adalah terlalu banyak (30 ribu helai). 3 minggu untuk membaca, memahami, menilai dan menyediakan hujah berdasarkan 30 ribu helai dokumen ini adalah tempoh yang langsung tidak munasabah.

2. Mahkamah Persekutuan yang diketuai YAA Tg Maimon telah gagal memastikan keadilan kerana secara tidak langsung seolah-olah tidak membenarkan DS Najib membela dirinya

3. Pembelaan DS Najib langsung tidak didengari mahkamah

4. DS Najib dinafikan hak asas untuk mendapatkan perbicaraan yang adil

5. DS Najib sepatutnya dilepas dan dibebaskan segera kerana berlaku pelanggaran keadilan yang serius Wow. Berani sungguh! [via Abdulrahimhilmi.zakariya -31 Mac 2023]

***

  • Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Amat Arif Dato Abdul Rahman Sebli yang juga merupakan hakim paling senior dan Pengerusi Panel 5 hakim semakan semula ini adalah merupakan satu-satunya Hakim yang memihak kepada DSN dalam
    keputusan 4-1.

  • Penghakiman beliau sangat kukuh. Dimulakan dengan membalun hakim-hakim lain kerana bersifat hipokrit. "Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah.

  • Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali." - Yang Amat Arif Dato Abdul Rahman Sebli

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Penjelasan Datuk Seri Najib adalah konsisten - Dari mula sampai beliau dipenjarakan">

FORTUNA MEDIA - BICARA 1MDB l 
Dari mula sampai dia dipenjarakan, penjelasan Najib adalah konsisten. Bahawa:

1. Beliau dijanji dan telah diberi dana yang besar dari Raja Abdullah, Arab Saudi dan sumber dana yang dia belanja dari akaun dia untuk kerja sedekah adalah dari sumber ini

2. Beliau pernah suruh Zeti dan Ambank untuk pantau akaun dia untuk memastikan tiada deposit atau transaksi yang meragukan

3. Beliau tak uruskan akaun bank sendiri tetapi melalui pegawainya

4. Beliau tak belanja duit yang dia terima untuk peribadi tetapi untuk kerja sedekah dan CSR

5. Beliau tak pernah minta atau arahkan dana SRC untuk dimasukkan ke dalam akaun beliau

Setelah perbicaraan SRC dan 1MDB berlangsung, mahkamah diberitahu:

1. Sekurang-kurangnya RM642 juta telah diberi dari Arab Saudi termasuk dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi -seperti disahkan pihak SPRM dan pihak Ambank. 

- Namun hakim Nazlan kata ianya bukan bukti bahawa ini adalah derma dari Raja Abdullah sebab nama Raja tidak ditulis sebagai penghantar dana. Tapi peliknya hakim Nazlan tak pernah tanya kenapa Kementerian Kewangan Arab Saudi sanggup bayar dana begitu besar pada Najib. 

2. Keluarga Zeti telah dibayar RM700 juta oleh Jho Low di mana SPRM serta Polis Singapura telah sahkan RM65 juta telah dikembalikan kepada Malaysia namun mahkamah berulang-kali tidak benarkan Najib untuk memasuki bukti ini dalam kes SRC. Pengurus Ambank Joanna Yu turut mengaku Jho Low sering beritahu dia bahawa Zeti rapat dengan Jho Low sehingga mungkin telah bercuti bersama.

- ini bermaksud Zeti mungkin berniat untuk tidak menghalang atau sengaja cuai untk membenarkan dana tesebut yang masuk ke akaun bank Najib.

3. Pegawai yang ditugaskan untuk mengendali akaun Najib telah dibayar RM5 juta oleh Jho Low. Sekali lagi, mahkamah berulang-kali tidak benarkan Najib untuk memasuki bukti ini dalam kes SRC. Ktia juga telah diberitahu dalam perbicaraan Tim Leissner di USA bahawa arwah Dato' Azlin turut dibayar RM5 juta oleh Jho Low tetapi bukti ini juga tidak dimasukkan dalam kes SRC.

4. Pengurus Ihsan Perdana, Shamsul Anwar yang memasukkan dana RM42 juta ke dalam akaun Najib memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu sumber dana ialah dari SRC dan tidak tahu akaun yang dia masukkan ialah akaun Najib. Shamsul juga kata dia telah meminta maaf kepada Najib bila Najib sangat marah selepas diberitahu kemasukkan dana itu.

5. Ung Su Ling yang arahkan Shamsul untuk memasukkan dana ke akaun Najib juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu sumber dana ialah dari SRC dan tidak tahu akaun yang dia masukkan ialah akaun Najib. Ung juga kata dia telah meminta maaf kepada Najib bila Najib sangat marah selepas diberitahu kemasukkan dana itu.

Biarpun itu, hakim Nazlan memutuskan bahawa Najib sedar tentang kedudukan akaun bank sebenarnya dan sedar bahawa dana SRC telah dimasukkan ke akaun itu biarpun orang yang arah dan orang yang masukkan dana sendiri pun tak tahu.

6. Pengurus Ambank Joanna Yu mengaku bahawa dia ada hubungan rapat dengan Jho Low, mengaku gagal untuk kendalikan akaun Najib dan mengaku bahawa Najib mungkin tidak tahu kedudukan sebenar akaun dia sebab Joanna mengaku tidak pernah berhubung dengan Najib atau menghatar penyata akaun kepadanya.

- ini bermakna Hakim Nazlan telah salah dalam penghakimannya bahawa Najib sedar tentang kedudukan sebenar akaunnya.

- Namun pengakuan-pengakuan Joanna Yu ini diberitahu dalam kes 1MDB setelah kes SRC selesai dan setelah Najib dipenjarakan.

7. Kita juga diberitahu kemudian melalui siasatan SPRM bahawa dana RM42 juta itu bukan berpunca dari KWAP tetapi dari syarikat Putrajaya Perdana melalui pinjaman Maybank yang turut melibatkan Nazlan.

- Ini bermakna dakwaan predikat bahawa Najib salahguna kuasa sebab dia terlibat dalam mesyuarat kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC untuk meminjam dari KWAP adalah TIDAK LAGI RELEVAN sebab dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib bukan berasal dari KWAP tetapi dari Putrajaya Perdana serta Maybank.

- Namun Tengku Maimun membuat keputusan mengejut bahawa Hakim Nazlan tidak melanggar kod etika hakim sebab kononnya sumber dana adalah tidak relevan dalam kes salah guna kuasa dan AMLA.

8. Akhirnya, Najib telah dipenjarakan sebab Hakim Nazlan kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan dana RM42 juta tersebut - bukan sebab Najib menyamun atau merompak.

Ramai percaya bahawa bukti-bukti yang dihalang oleh makhamah untuk dimasukkan ke dalam perbicaraan kes SRC serta bukti-bukti dan pengakuan baharu dalam kes 1MDB serta pengakuan Tengku Maimun yang dikeluarkan SELEPAS Najib dipenjarakan mampu membuktikan Najib tidak bersalah.

Ramai juga percaya bahawa ianya tidak masuk akal bahawa:

1. Najib sanggup tunggu 4 1/2 tahun selepas kononnya salah gunakan kuasa pada tahun 2011 untuk mendapat hasil "rompakan" pada akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015.

2. Najib mahu rompak RM42 juta biarpun dia telah sedekahkan segala RM642 juta yang dia terima dari Arab Saudi yang dia boleh guna untuk peribadinya tetapi tidak. Najib sedekahkan RM642 juta tapi mahu rompak RM42 juta?

3. Orang yang rompak tak akan masukkan dana ke dalam akaun bank sendiri dalam negara sendiri siap suruh BNM dan Ambank pantau,

4. Hanya Najib seorang sahaja yang didakwa. Orang yang luluskan bayaran kepada Ihsan Perdana, pengarah serta pengurusan SRC, orang yang arah untuk dana dimasukkan ke akaun Najib dan orang yang memasukkannya semua tidak didakwa pula - siap jadi saksi pendakwaan.

5. Najib tak perlu rompak dana SRC yang kesemuanya dipinjam sebab dana yang dipinjam akhirnya perlu dibayar kembali. Ianya lebih mudah untuk Najib rompak Khazanah Nasional atau Petronas yang dia pengerusikan. Dana Khazanah dan Petronas bukan hasil pinjaman. Sebaliknya, nilai aset bersih Khazanah dan Petronas naik 4 kali ganda (iaitu ratusan bilion RInggit) ketika Datuk Seri Najib Razak jadi Perdana Menteri dan pengerusi.

Insan yang begitu banyak berjasa pada Rakyat dan telah membina kekayaan sebanyak RM2.5 trilion untuk negara tetapi dipenjarakan dengan tergesa-gesa sebab ianya bukan hak dia untuk sedekahkan RM42 juta? Sungguh menyedihkan!  [HSZ]  

Adaptasi dari status asal by Lim Sian See

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Corporate, #TopStories, #Court & Politics, #Bicara_1MDB

  RELATED POST:

Jho Low selalu beri gambaran Zeti ada akses dengannya-Joanna

  • Bank Negara Awalnya Tak Tahu AS$100 juta 'Saudi donation' Masuk ke Akaun Najib-Zeti

  • No comments:

    Post a Comment