Regime GagalKrasi @Koalisi Pakatan Harapan Banyak Tambah Hutang Dan Menjual Aset-Aset Negara

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Regime GagalKrasi @Koalisi Pakatan Harapan Banyak Tambah Hutang Dan Menjual Aset-Aset Negara">

Regime GagalKrasi @Koalisi Pakatan Harapan Banyak Tambah Hutang Dan Menjual Aset-Aset Negara

"Berbangga dengan projek Gali lubang untuk tutup lubang"

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - Sungguh Aneh bin Ajaib ada yang berbangga kononnya Muhyidin lupus hutang peneroka FELDA.
Tapi apakah "mereka" tak tahu, FELDA dipaksa pinjam RM 9.9 billion tahun lepas untuk ‘cover’ pelupusan ini. Akibatnya, hutang FELDA naik dari RM 8 billion ketika PRU 14 kepada RM 20 billion!
Mantan PM8 Muhyiddin tambah hutang FELDA RM 9.9 billion hanya dalam 17 bulan. Gali lubang untuk tutup lubang.
RM 9.9 billion hutang FELDA tu siapa nak bayar cai? 🤣
Jangan pula kata hutang itu rakyat tak payah bayar. Bukan ke kalian bayar hutang 1MDB? 🤣
Selepas PRU14, Regime GagalKrasi @Parti Koalisi Pakatan Harapan (PH) yang juga termasuk Parti PPBM-Bersatu telah banyak menjual Aset-Aset Negara - terutamanya ialah dari Khanazah Negara Holding.
Semasa #DSNajibRazak mula menjadi PM dan pengerusi Khazanah, nilai aset Khazanah telah naik dari RM33 bilion ke RM116 bilion.
Antara aset yang dibina oleh Khazanah termasuk syarikat rangkaian hospital IHH Berhad yang kita bina menjadi syarikat rangkaian hospital kedua terbesar dalam dunia dengan nilai RM50 bilion.
Selepas PRU14 pula, kerajaan Regime GagalKrasi DAP/PH telah menjual sebahagian saham dalam IHH Berhad kepada negara Jepun dengan harga RM8.4 bilion sehingga IHH berhad bertukar dari syarikat milik Malaysia ke syarikat milik Jepun.
Masa itu walaupun #DSNajibRazak amat marah dan sangat kecewa, #DSNajibRazak telah bercadang untuk dana RM8.4 bilion itu digunakan bagi menepati janji manifesto pilihanraya PH untuk menghapuskan sepenuhya hutang peneroka yang berjumlah RM7 bilion masa itu.
Tetapi kerajaan PH dan PN tidak berbuat demikian.
Ramai yang tidak sedar bahawa pada akhir tahun 2020 di bawah kerajaan Muhyiddin, FELDA telah meminjam RM9.9 bilion dengan menerbitkan Sukuk dengan tujuan utama ianya digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka.
Jadi, kenapa pula dana yang diperolehi dari penjualan aset-aset negara tidak digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka tanpa syarat tetapi FELDA kena meminjam RM9,9 bilion lagi. Dan penghapuskan hutang peneroka perlu bersyarat dan peneroka diperlukan untuk menandatangani perjanjian penghapusan hutang?
Kenapa perlu gali lubang untuk tutup lubang?
Siapa yang akhirnya akan membayar balik penambahan hutang RM9.9 bilion ini? [HSZ]
Reference ; Najib Razak

Editor Helmy Network

Ilustrasi Image, Doc, Helmy Network

#analysis, #conspiracyarchive, #featured, #news politics, VIDEO;

WASPADA! PAS & PPBM GUNA STRATEGI "SALING MENYERANG" PADAHAL SEJATINYA MEREKA PARTI COALITIONS

No comments