RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

RFID Touch n Go: "Cara 
Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan"

TOUCH N GO DAN SMART TAG AKAN DIMANSUHKAN SECARA BERPERINGKAT DI MALAYSIA, BERI LALUAN UNTUK PELAKSANAAN #RFID – INILAH CARA PEMASANGAN & PENGAKTIFAN ONLINE

FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR- Bermula 15 Januari 2022, transaksi lebuhraya bertol (Tol) menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Negeri Pulau Pinang hingga Skudai, Negeri Johor di Lebuhraya Utara-Selatan, di mana 2 kaedah pembayaran iaitu Touch n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam sebuah kenyataan media bertarikh 16 Disember 2021.<Menurut kenyataan tersebut, transaksi RFID adalah langka mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR (Kementerian Kerja Raya Malaysia).

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">



Dengan RFID, pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.<Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai (top -up counters)

Buat masa ini, kutipan tol menggunakan kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun kedua-dua kaedah ini akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID di lebuhraya.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

Penggunaan tag ini tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota.

Tahukah Anda apa itu RFID dan Apakah kelebihannya berbanding SmartTag atau Touch n Go?

Di sini kami coba kongsikan lebih lanjut tentang pendaftaran dan pemasangannya untuk makluman bersama.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

Apakah itu RFID Touch n Go?

TnG-RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio untuk melalui lebuhraya bertol.
Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TnG dan mengenakan tambang.
Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.
Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta Anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.
Dengan RFID juga, Anda tidak perlu lagi membeli dan menukar bateri SmartTAG Anda!

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

Kelebihan Tag RFID Touch N Go

1. Boleh Top Up Online
Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

2. Tak Pakai Bateri
Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

3. Tak Perlu Berhenti & Imbas Kad
Sistem ini boleh mengurangkan kesesakan kerana pelanggan juga berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong tol dengan kelajuan 30km/j.

Harga & Cara Pembelian Tag

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="RFID Touch n Go Cara Activation dan Pemasangan Tag Pada Kenderaan">

Untuk saat ini cara paling mudah untuk mendapatkan tag RFID ini adalah melalui laman web rasmi atau eWallet Touch n Go.
Sila ke pautan berikut untuk membuat pembelian;
 
https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag

Buat masa ini, harga RFID yang dijual di laman web rasmi Touch n Go adalah RM35.

Anda juga boleh mendapatkan tag ini secara manual di mana-mana kaunter berikut:

https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Cara Daftar Online & Pengaktifan Tag

Tag boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Portal Touch n Go, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
2. Klik pada butang ‘Activate’
3. Isikan dan semak butiran akaun Anda
4. Daftarkan kenderaan anda
5. Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

NOTES ; Maklumat lebih Lanjut,
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
sila layari 
https://rfid.touchngo.com.my/main.

Article Adaptation by ecentral.my/rfid

Editor ; Helmy Network
Ilustrasi Image, 
ecentral.my/rfid

Follow me at;
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz

#RFID, #Touch n Go, #eWallet #Touch ‘n Go eWallet, #TnG-RFID, #SmartTAG,#technology&science, 

ViDEO ; 

Viral! Mantan Peguam Negara Tommy Thomas "Plays Chess How to Checkmate"


No comments