Dato' Seri Najib Razak Jawab Tuduhan ADUN-DAP Tentang Kes Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam, Pulau Pinang


<img src="https://fazryan87.blogspot.com/.jpg" alt="Dato' Seri Najib Razak Jawab Tuduhan ADUN-DAP Tentang Kes Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam, Pulau Pinang">

Dato' Seri Najib Razak Jawab, Tuduhan ADUN-DAP Tentang Kes Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam, Pulau Pinang

FORTUNA MEDIA-KUALA LUMPUR- Seorang ADUN DAP sakit hati sebab Saya (DSNajib) suruh Menteri Pendidikan jelaskan tuduhan bahawa Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam akan ditutup agar ianya tidak dijadikan bahan hasutan agama/bangsa oleh pihak sebelah sana.
Saya minta Menteri Pendidikan PPBM untuk jelaskan jika sekolah ini benar-benar akan ditutup dan sekiranya benar, adakah ianya sebab isu pengambilan tanah ataupun sebab bilangan murid di sekolah 3 tingkat ini semakin menurun sehingga tinggal 55 murid sahaja yang berdaftar.
Saya tidak berniat untuk menjawab bagi pihak Menteri Pendidikan tapi saya terpaksa jawab ADUN DAP seorang ini yang semakin terdesak,.
ADUN DAP kata isu kekurangan murid bukanlah alasan untuk tutup sekolah 3 tingkat yang besar itu sebab ada juga sekolah rendah dengan 4 murid sahaja di Bagan Datoh iaitu SK Tebing Rebak di Kampung Tebing Rebak. Negeri Perak DR.
Baiklah.. sila rujuk gambar yang saya lampirkan.
SK Assumption terletak di Bagan Dalam, Pulau Pinang (kawasan parlimen Guan Eng yang membisu tentang isu ini). Di daerah itu, ada 5 buah lagi Sekolah Rendah selain SK Assumption iaitu:
- SK Kuala Perai
- SK Convent, Butterworth
- SK Sungai Nyior, Butterworth
- SK St Mark, Butterworth
- SJK (C) Chung Hwa 2
Tapi di Kampung Tebing Retak (120 orang penduduk) yang terpencil, cuma sebuah sahaja sekolah iaitu SK Tebing Retak.
ADUN DAP juga tuduh SK Assumption ditapak asal ditutup pada masa saya Menteri Pendidikan pada tahun 1995 - maksudnya ini salah Najib.😎
Ini tidak betul. Sekolah asal ditutup selepas ianya musnah terbakar pada tahun 1995. Lalu pemilik asal iaitu pihak Gereja melepaskan semua hak ke atas sekolah itu dan menjual tapak tanah sekolah asal itu kepada developer.
Selepas itu, murid-murid ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Nyiur selama 13 tahun dari tahun 1996 hingga 2007 sebelum sebuah sekolah kerajaan baharu dibina atas tanah swasta dengan menggunakan nama SK Assumption pada tahun 2008.
Bagi soalan kenapa Kementerian Pendidikan tidak beli tapak tanah tersebut, sila tanya Menteri Pendidikan dari tahun 2004 hingga 2008 dan dari tahun 2009 hingga 2015 sebab saya tidak menjawat sebagai Menteri Pendidikan sejak tahun 2000.
Tanya juga Menteri Pendidikan pada tahun 2018 hingga 2020 (Maszlee) serta Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng) serta Menteri Kewangan masa itu (Guan Eng) kenapa tak beli tanah tersebut semasa mereka berkuasa.!
Jadi, jika tiada niat (DS Najib)menghasut berdasarkan agama/bangsa. Maka kenapa pula ADUN DAP dan boss dia P.Ramasamy nak tuduh sekolah SK Assumption ini ditutup sebab ianya sekolah missionary Padahal pihak gereja dah lama lupuskan hak ke atas sekolah tersebut dan sebab-sebab sekolah ini mungkin ditutup mungkin sebab isu tanah atau isu kekurangan murid berbanding kos?
Secara peribadi, saya berasa sedih sekiranya mana-mana sekolah ditutup dan saya harap Kementerian Pendidikan dan kerajaan hari ini akan menjawab berhubung isu ini agar ianya tidak berterusan menjadi bahan hasutan pihak sana.
Posting ADUN DAP: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=469309974767239&id=100050647202214

Inilah artikel Dato' Seri Najib Razak, sehari sebelum artikel diatas diposting di facebook beliau.

<img src="https://fazryan87.blogspot.com/.jpg" alt="Dato' Seri Najib Razak Jawab Tuduhan ADUN-DAP Tentang Kes Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Bagan Dalam, Pulau Pinang">
Menteri Pendidikan tidak harus berdiam diri berkenaan tuduhan bahawa Sekolah Rendah (SK) Assumption di Pulau Pinang bakal ditutup sebab ada pihak-pihak yang sudah mula menghasut.
Jangan dibiarkan menjadi bahan hasutan DAP/PH berdasarkan agama dan bangsa.
Adakah sekolah ini akan ditutup?
Sekiranya ia akan ditutup, Adakah ianya sebab isu pengambilan tanah ataupun sebab bilangan murid di sekolah 3 tingkat ini semakin menurun sehingga tinggal 55 murid sahaja yang berdaftar?
Trend jumlah murid yang semakin menurun ini turut diperakui kerajaan Pulau Pinang.
"A state assemblyman opined that missionary schools absorbed under the Education Ministry needed to find renewed importance in its appeal in the face of dwindling enrolment and higher operating expenses stemming from utility bills to staffers."
Harap Kementerian Pendidikan tidak akan berdiam diri sehingga memberi peluang kepada ahli-ahli politik geng DAP/PH untuk terus menghasut.
(Walaupun bahan hasutan DAP-PH kata sekolah ini telah wujud 89 tahun dahulu, kebenarannya ialah bangunan ini cuma dibina pada tahun 2008 setelah sekolah dan bangunan asal di lokasi lain musnah terbakar pada tahun 1995. Lalu, pemilik swasta asal sekolah tersebut menjualkan tanah itu kepada pemaju untuk membina kondo.)😅

Referensi: Najib Razak/FB

Editor ; Helmy Network
Ilustrasi Image, 
Najib Razak/FB

Follow me at;
twitter.com/romyschneider
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz

#dsnajibrazak, #artikelreview, #news&politics, #beritapolitik, #SKAssumption, #DAP, #guaneng, #kitsiang, 


VIDEO :

Viral! Mantan Peguam Negara Tommy Thomas "Plays Chess How to Checkmate"

No comments