TERSUNGKURNYA DUA ANGGOTA YAKUZA PALING K3J4M

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="TERSUNGKURNYA DUA ANGGOTA YAKUZA PALING KEJAM">

TERSUNGKURNYA DUA ANGGOTA YAKUZA PALING K3J4M

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR- PADA Awal bukan Ogos lalu, seorang ketua Yakuza di bandar raya Kitakyushu, Fukuoka, Pulau Kyushu, Jepun, Satoru Nomura akhirnya dihukum m4ti di sebuah Mahkamah Daerah selepas dia disabitkan berkonspirasi mengarahkan satu p3mbunvhan.

Mahkamah mendapati selepas Satoru Nomura iaitu ketua Yakuza Kudo-Kai di Kitakyushu itu mengarahkan anggota-anggotanya melakukan p3mbunvhan ke atas bekas ketua sebuah koperasi perikanan pada tahun 2014.

Hukuman itu menjadikan dia yang berusia 74 tahun sebagai anggota kanan Kumpulan gangst3r Yakuza pertama di Jepun dijatuhkan hukuman digantung sampai m4ti.

Orang paling kanan dalam kumpulan gangst3r Satoru Nomura iaitu Fumio Tanoue yang juga 'orang nombor 2' kumpulan Kudo-Kai dan berusia 65 tahun turut dihukum penjara seumur hidup selepas dibicarakan bersama dengan Satoru Nomura.

Kedua-dua mereka dituduh terlibat dengan p3mbunuh4n, percubaan melakukan p3mbunuh4n dan kesalahan melanggar peraturan s3njat4 4pi.

Menurut Hakim Mahkamah dalam keputusannya, Satoru Nomura dan Fumio Tanoue berkonspirasi dalam empat kejadian serangan jenayah.

Fumio Tanoue juga dikenakan denda sebanyak 20 juta yen (RM550,537).

Hakim Ben Adachi menyatakan salah satu serangan itu diarahkan oleh Satoru Nomura manakala tiga lagi jenayah dilakukan di bawah satu struktur rangkaian arahan yang diketuainya itu.

Kumpulan Yakuza Kudi-kai kerap digambarkan sebagai kumpulan Yakuza paling gan4s di di bandar raya Kitakyushu, Fukuoka, Pulau Kyushu, Jepun.

Namun, kedua-dua mereka akan membuat rayuan di Mahkamah lebih tinggi berkaitan dengan keputusan tersebut.

Ketika berada dalam kamar Mahkamah, Satoru Nomura dilaporkan mengugut Hakim apabila dia dengan beraninya berkata:
"Saya meminta kamu (hakim) membuat keputusan yang adil ".

"Kamu seorang yang teruk. Kamu akan kesal seumur hidup kamu."

Be Smart, Read More;
SEJARAH TERCIPTANYA JAM TANGAN G-SHOCK
Remembering Soichiro Honda: Fakta Dibalik Suksesnya 'The Ace Industrialist'




<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="TERSUNGKURNYA DUA ANGGOTA YAKUZA PALING KEJAM">

Gambar (atas) Satoru Nomura, manakala gambar bawah satu serbuan polis di pejabat geng Yakuza itu.

Perbicaraan itu melibatkan kejadian serangan jenayah yang berlaku antara tahun 1998 dan 2014.

Seorang bekas ketua sebuah Koperasi Perikanan yang berusia 70 tahun dit3mb4k serta dibunvh di sebatang jalan raya di Kita-Kyushu pada tahun 1998.

Tiga lagi kejadian lain melibatkan tikam4n dan t3mbak4n sehingga menyebabkan kecederaan kepada si mangsa.

Seorang jururawat yang bekerja di sebuah klinik iaitu tempat Nomura mendapatkan rawatan di Fukuoka ditikam manakala seorang anggota polis ditembak ketika sedang menyiasat kumpulan jenayah Kudo-Kai pada tahun 2012.

Polis kemudian mendapati ketua kumpulan Kudo-Kai dan Fumio Tanoue terlibat dalam keempat-empat kejadian tersebut dan usaha menangkap mereka pula mula dilakukan sejak April 2014 melalui perancangan rapi yang dilakukan oleh polis.

Akhirnya pada penghujung 2014, Satoru Nomura ditangkap terlebih dahulu sebelum Fumio Tanoue menerima nasib yang sama.

Usaha untuk menangkap ketua kumpulan Kudo-Kai itu sebelum ini menemui kegagalan sebelum dia berjaya dicekup oleh pihak polis di rumahnya.

Perbicaraan kedua-dua penjenayah itu diadakan pada tahun 2019 sebelum berakhir pada awal Ogos lalu.

Tujuh tahun selepas perancangan teliti dilakukan polis untuk menangkap kedua-dua mereka, Satoru Nomura akhirnya menerima hukuman m4ti manakala Fumio Tanoue dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. - Agensi [hsz]

#YakuzaHukumanM4ti

Source; Sinar Harian- Via FBReputasi2.0
Editor, Helmy Network
Kredit Image ;
FBReputasi2.0

Follow me at;
twitter.com/romy schneider
facebook.com/romy.schneider.
linkedin.com/in/helmy-syamza
pinterest.com/hsyamz

VIDEO : 

Benarkah, Ideologi Ekstrem Dari India Ini Mula Merebak di Malaysia?

No comments