20210818

Sekelumit Kisah tentang, H.Agus Salim, Tokoh Pejuang & Pendiri Bangsa Indonesia

<img src="https://fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Sekelumit Kisah tentang: H.Agus Salim, Tokoh Pejuang & Pendiri Bangsa Indonesia">

Sekelumit Kisah tentang: H.Agus Salim, Tokoh Pejuang & Pendiri Bangsa Indonesia

"RO&0K KLOBOT DAN HARGA DIRI ANAK BANGSA"

FORTUNA NETWORK-KUALA LUMPUR-
Pada bulan Disember 1949, dalam Konferensi Meja Bundar (KMB) yang digelar di Den Haag, Belanda.

Dalam sesi rehat, semua orang terganggu kerana ruangan dipenuhi asap yang beraroma rempah terbakar. Semua mata tertuju pada seorang lelaki tua berjanggut yang sedang merok0k di pojok ruangan.

Rok0k klobot adalah campuran dari tembakau, cengkeh, dan lada. 

Delegasi Amerika Syarikat perlahan mendekati lelaki tua tersebut yang tampak acuh tak-acuh, meski diperhatikan semua orang. Seketika itu juga beberapa orang dari Delegasi Belanda, Australia, dan Sweden ikut menghampirinya. 

"Apa Tuan tidak punya rasa hormat?" ujar Delegasi Belanda.

Lelaki tua berjanggut itu hanya tersenyum seraya mengembuskan asap rokok yang membentuk huruf 'O'.

Lelaki tua itu menjawab: "Apa maksud Tuan dengan rasa hormat?"

"Asap dan aromanya itu (rok0k) sangat menyengat, mengganggu kami semua," jawab orang Belanda.

"Tahukah Tuan, aroma itu berasal dari tembakau Tanah Deli, cengkeh dari Tanah Sulawesi, lada dari Tanah Lampung. Ketiga komoditi itulah yang mendorong Tuan beserta balatentara Tuan datang ke Negeri kami dan akhirnya menjajah kami. Tanpa ketiga komoditi itu, apa Tuan masih mahu datang ke Negeri kami?" ucap lelaki tua itu dengan santun dalam bahasa diplomat berkelas.

"Ya, tapi ini 'kan tempat terhormat? Tidak ada tempat mer0kok di sini", jawab orang Belanda.

"Kami memang tidak pandai menciptakan tempat bagi orang terhormat, tetapi kami mampu beramah-tamah sekian ratus tahun dengan orang yang menjarah Negeri kami. Apakah itu kurang cukup mengajarkan Tuan tentang rasa malu?" jawab lelaki tua itu lagi.

Kemudian lelaki tua itu menatap ke semua orang yang mengerumuninya, "Setujui dan akui sajalah kedaulatan Negeri kami, maka Tuan-tuan tidak akan pernah bertemu dengan orang seperti saya lagi. Tempat terhormat ini tidak akan lagi tercemar dengan asap beraroma tembakau, cengkeh dan lada," tuturnya.

Orang Belanda itu tersipu malu. Sementara para Delegasi Amerika Syarikat, Australia dan Sweden bertepuk tangan sebagai ungkapan rasa hormat.

The Story of The Prophet Muhammad SAW



Siapakah tetua itu?

Beliau adalah H. Agus Salim, Tokoh Pejuang & Pendiri Bangsa Indonesia. 

Beliau menguasai 6 bahasa dunia. Diplomat yang seumur hidupnya melarat untuk pengabdiannya kepada Kemerdekaan Republik Indonesia. Pada tahun 1953, ia dipercayai menjadi dosen/lecture, selama setengah tahun di Cornell University, USA.

---

Proklamasi itu, kemerdekaan secara de facto, Namun secara de jure orang-orang terbaik bangsa mati-matian memperjuangkannya di Den Haag, Belanda.

Begitulah cara H. Agus Salim menghadapi penjajah beserta kacungnya yang mengatasnamakan "INTERNASIONAL"

---

Semua orang itu sama. Punya rasa takut, baik itu kepada Allah Ta'ala, sesama manusia mahupun bencana alam. 

Orang yang kita lihat hari ini berani kerana dulunya sering diintimidasi oleh rasa takut. Kerana sudah biasa menghadapi rasa takut, akhirnya mereka mampu mengendalikan rasa takutnya menjadi kekuatan untuk berani.[hsz]

*Artikel ini sengaja Saya publish, untuk mengenang Pejuang dan Pahlawan Bangsa, sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke 76,

Editor, Helmy Network
Image; Doc, 
Helmy Network

VIDEO: 

KISAH SEDIH DARI NEGERI SEBERANG || NEGERI NUSA BANGSA KU😭

No comments:

Post a Comment