INILAH POHON BERDURI ANALOGY TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DI DALAM HADIS

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt=" INILAH POHON BERDURI ANALOGY TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DI DALAM HADIS">


INILAH POHON BERDURI ANALOGY
 'TITIAN SIRATUL MUSTAQIM' DI DALAM HADIS

"INILAH RUPANYA POHON SA'ADAN YANG DIGAMBARKAN SEBAGAI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DI DALAM HADIS"
FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR- Pohon Sa’adan (Sa’dan) : Titian atau Jambatan Siratul Mustaqim adalah asal perkataan Arab yang membawa maksud ‘jalan yang lurus’. Didalam sebuah Hadis yang menceritakan perbualan antara para Sahabat dan Baginda Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengenai titian sirat :

“Ingatlah bahawa waktu yang sekejap mata di dunia ini akan menentukan tempatmu yang abadi di akhirat. “Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan Neraka Jahannam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?” Jawab beliau, “Licin (lagi) menggelincirkan. Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan kawat berduri yang hujungnya bengkok, ia bagaikan pohon berduri di Nejd, dikenal dengan pohon Sa’dan“.

 
“Dan dibentangkanlah jambatan Jahannam. Akulah orang pertama yang melewatinya. Doa para Rasul pada saat itu: “Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah”. Pada Sirat itu, terdapat pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya? ”Para Sahabat menjawab, “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan, tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah. Maka ia mencangkok manusia sesuai dengan amalan mereka.”

(Hadis Riwayat[HR] Bukhari)

Pohon Sa’dan tersebut ada dimana ?[1]

Daripada sumber motivasinformasi.com Pohon Sa’dan hanya boleh dijumpai di Jazirah Arab

Baru pertama kali tahu gambar pohon Sa'dan. Dengan gementar dan penuh ketakutan setiap kali membayangkannya.

Berkaitan Jambatan Sirat/Titian Siratul Mustaqim

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan Sirat yang berada di atas Neraka, iaitu jambatan yang terletak ditengah Neraka Jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos/pencawang-tiang), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan (lereng) yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng-cerun yang curam. Ia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam daripada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang hujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.”

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt=" INILAH POHON BERDURI ANALOGY TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DI DALAM HADIS">

READ MORE
The Story of The Prophet Muhammad SAW
Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan


Jambatan Siratul Mustaqim adalah sebuah jambatan yang menghubungkan antara Padang Mahsyar dan Syurga. Dibawah jambatan inilah terletaknya Neraka-Neraka Allah Azza Wa Jalla.

Selepas kehancuran seluruh alam, terdapat satu fasa dimana semua makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan dibangkitkan semula di Mahsyar. Kemudian kita semua akan melalui titian sirat yang akan menentukan samaada kita ke Syurga atau terjatuh kedalam Neraka.

Setiap dari makhluk Allah itu tidak akan sama kecepatannya melalui jambatan sirat ini. Kecepatannya dinilai melalui iman dan amal mereka.

Ciri-ciri dan sifat titian sirat berdasarkan Hadis;

Licin dan menggelincirkan. Sifatnya yang licin menimbulkan kerisauan jika akan terjatuh dari jambatan tersebut. Para Ulama mentafsirkan maksud ‘menggelincirkan’ ini seperti jambatan yang berhayun ditiup angin kekiri dan kekanan.

Permukaannya dipenuhi dengan kawat besi dan pengait yang digambarkan pada pohon Sa’dan. Dikatakan sesiapa yang terkena pada cengkaman ini tidak mungkin akan dapat melepaskan diri daripadanya.

Sifatnya yang halus dan tajam ibarat sehelai rambut yang dibelah tujuh. Ketajaman titian sirat ini diukur oleh amal ibadah setiap makhluk yang melaluinya

Titian sirat itu juga disifatkan dengan keadaan yang gelap gelita. Dengan cahaya yang keluar daripada tubuh kitalah yang membantu menyuluh untuk melepasi jambatan Allah Azza Wa Jalla ini. Gemerlapan cahaya ini ditentukan oleh amal ibadah.

READ MORE

INILAH PERLU DIFAHAMI ADA LIMA WAKTU TERLARANG SHALAT
HIDUP PENUH PAHALA, Pahala Menjaga Shalat Fardhu


Jenis kumpulan manusia yang melalui Titian 
Siratul Mustaqim;
 

Siapakan manusia pertama yang akan melalui titian sirat? Beliau ialah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Beliaulah yang akan memimpin Umatnya untuk melalui jambatan ini. Terdapat 10 kumpulan manusia yang akan dipimpin oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam :

1. Kumpulan yang berjaya melewati titian sirat seperti panahan kilat yang memancar.

2. Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti kelajuan angin yang kencang.

3. Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti menaiki kuda.

4. Kumpulan yang berjaya melintasi titian sirat seperti menaiki burung yang pantas terbang.

5. Kumpulan yang mampu untuk berlari diatas titian sirat.

6. Kumpulan yang hanya mampu untuk berjalan diatas titian sirat.

7. Kumpulan yang sekejap berdiri, sekejap duduk kerana terlalu penat membawa pikulan dosa dibelakang mereka.

8. Kumpulan ini menarik muka mereka dengan lantai kerana terlalu berat amal buruk dan dosanya.

9. Dua kumpulan terakhir iaitu kumpulan kesembilan dan kesepuluh tidak diizin Allah untuk melalui titian sirat.

Catatan ;
Wahai diri, 
Lebih baik kau diuji di dunia sebagai pembersih diri.

Lebih baik kau disakiti di dunia agar terangkat darjatmu.

Lebih baik kau penat di dunia agar boleh berehat kelak di Akhirat.

Akhirul kalam, semoga kita semua sentiasa berusaha mengubah diri menjadi manusia yang baik.

Wallahu'alam bissawab.

Inspired by #Reputasi2.0 #FBPage
[1] motivasinformasi.com
Editor, Helmy Network

VIDEO: 

Nabi Ibrahim 'AlaihisSalam, Musa 'AlaihisSalam & Isa 'AlaihisSalam, Adalah Muslim

No comments