20210812

Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan

Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan

FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR-
Pada artikel sebelum ini, Saya posting tentang;

Apakah Baca Surah Al Kahfi Tidak Sempurna Tetap Dapat Keutamaan?

Ternyata kita tidaklah semestinya membaca Surah Al-Kahfi tersebut sekali baca habis bagi yang tak sempat baca atas halangan kerja dan kesibukan harian rumah tangga dan sebagainya untuk menghabiskan  sekaligus membacanya.

Disebabkan halangan tersebut, kita merasa bila nak baca Surah Al-Kahfi ini rasa macam terlalu panjang. Rupanya bila di tadabbur kan, baru lah tahu dalam Surah Al-Kahfi ini ada 4 (empat) kisah yang di ibrahkan kepada kita.

Namun bagi yang mampu mambaca sekaligus habis, itu adalah yang terbaik sekali bagi Anda yang ada kesempatan,

Jadi, kalau rasa panjang dan tak boleh hendak habiskan sekaligus sebab halangan tugas pejabat dan rumahtangga atau ada anak kecil yang memerlukan perhatian.

Maka untuk yang ada halangan tersebut, kita bahagikanlah kepada 4 (empat) kaedah cara tertib membacanya; InsyaAllah,

#1. Hari Khamis selepas Maghrib, bacalah Kisah 1: dari ayat 1 hingga 31.

#2. Hari Khamis selepas Isyak, Kisah 2 : dari ayat 32 hingga 59.


<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan">

#3. Hari Juma'at Selepas Subuh, Kisah 3 : dari ayat 60 hingga 83.

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan">

#4. Hari Juma'at Selepas Zohor, Kisah 4 : dari ayat 84 hingga 110.

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="Inilah Cara Mudah Baca Surah Al-Kahfi Bagi yang Berhalangan">

Selamat beramal dan Semoga kita menjadi antara orang yang selamat dari fitnah akhir zaman dan fitnah Dajjal. Tak kenal maka tak cinta[hsz].

Inspired by #elewschannel
Credit Image by #elewschannel
Editor, Helmy Network

VIDEO: 

"Ya, Rabb, Ya, Rabb, Ampunilah kami"

No comments:

Post a Comment