INILAH #8 JENIS-JENIS SIHIR
INILAH #8 JENIS-JENIS SIHIR
FORTUNA MEDIA- KUALA LUMPUR- Setelah beberapa penelitian para pakar dan perawat perubatan alternatif, dimana pasien yang ramai terkena, terdapat #8 jenis sihir yang ada dalam dunia ini, walaupun banyak lagi seperti "sihir kedai" dan lain lain.SIHIR BOLEH TERJADI DAN DIBUAT OLEH SYAITAN MANUSIA & SYAITAN JIN
ikuti pencerahan berikutnya,
SIHIR PERCERAIAN
Dimana Sihir ini bertujuan untuk meleraikan ikatan pernikahan Suami dan Isteri atau menimbulkan rasa benci pasangan atau rakan taulan mahupun keluarga.
Sihir ini paling disukai Iblis sehingga di iktiraf dan di beri mahkota padanya.
CIRI - CIRI SIHIR PERCERAIAN
- Perubahan sikap drastik dari suka kepada benci.
- Bila berjauhan rindu, apabila berjumpa bergaduh.
- Rasa benci melihat wajah kerana Jin atau sihir itu merubah wajah sehingga benci melihatnya.
- Sekejap bahagia, sekejap gaduh besar
SIHIR PENGHALANG NIKAH
Sihir ini bertujuan menghalangi pernikahan, baik dengan masuk kedalam jasad mahupun mengintai dari luar. ia akan mengubah pandangan setiap pasangan yang dipinang atau pun yang meminang.
Akibatnya ramai lelaki serta wanita berusia 30 tahun keatas belum menikah.
CIRI-CIRI SIHIR PENGHALANG NIKAH
- Pening atau migrane sepanjang waktu(selalu) dan tidak dapat sembuh dengan ubat.
- Melihat yang datang melamar tampak buruk rupa dan perangainya walhal dia seorang yang baik.
- Sesak nafas atau dada dari waktu Asar sehingga malam
- Gelisah saat tidur, insomia,
- Perih rahim atau lambung dan bawah punggung.
SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya untuk wanita sahaja, cara kerja nya sangat jahat. ia akan masuk ke tubuh seorang wanita, dan jalan melalui darah seperti yang telah digambarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (selawat keatas Nabi).
Setelah mencapai rahim, ia akan membuat goncangan keras sehingga pembuluh darah pecah dan menimbulkan pendarahan.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (selawat keatas Nabi) pernah bersabda, ketika ditanya Hamnnah binti Jahsy tentang istihadah(pendarahan) "sesunggunya istihadah itu adalah guncangan di antara guncangan syaitan''
[Hadis Riwayat AT-TITMIDZI]
"Dimana ia bukan lah haid tetapi pendarahan otot didalam rahim"
SIHIR PENGENDALI
Sihir ini kebiasaanya dikenakan pada golongan wanita, walaupun ada juga pada kalangan lelaki.
Sihir ini mampu memukau / mengundang / menarik orang yang terkenanya sehingga jatuh cinta sangat pada nya.
CIRI - CIRI SIHIR PENGENDALI
- Rasa panas pada bahagian vagina / testis dan dada pada waktu tertentu
- Selalu terbayang, tergiang -ngiang, dipanggil - panggil dengan penuh kerinduan dan seperti ada kekuatan yang menggerakkan orang yang disihir kerumah atau mendatangi penyihir.
- Perubahan emosi drastik dengan membantah kedua orang tua mahupun suaminya jika sudah berkahwin.
- Menjadi liar jika tidak ketemui si penyihir
SIHIR PENYAKIT
Sihir ini bekerja secara membuat pesakit menjadi sakit secara terus menerus disalah satu anggota seperti menyumbat saraf tertentu, organ dan lain lain.
CIRI-CIRI SIHIR PENYAKIT
- Sakit di salah satu anggota tetapi tidak dapat dikesan oleh doktor.
- Sakit tiba tiba walaupun telah diperiksa tahap kesihatan yang bagus.
- Sakit yang sembuh datang penyakit yang baru dan berulang ulang.
READ MORE
KISAH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN IBLIS
MISTERI KUNCEN Kisah Perjalanan Menggapai Menara Gading [Chapter 2 Part 31]
SIHIR MAHABBAH
Sihir ini hampir sama dengan "Sihir Pengendali", tetapi biasanya sihir ini kebanyakkan nya dilakukan oleh golongan Jin yang jatuh cinta dengan seseorang lelaki mahu pun wanita.
Ia tidak seperti pengendali sehingga melakukan perhubungan terlarang, akan tetapi ia lebih kepada jatuh cinta dan menjerumus kepada perkahwinan.
CIRI-CIRI SIHIR MAHABBAH
- Rasa benci pada lawan jantina melainkan sipenyihir.
- Rasa sakit perpanjangan seperti pening kepala, sakit dada, perut dan alergi
- Rasa kasih dan sayang hanya pada sipenyihir
SIHIR MANDUL
Sihir ini sudah ada sejak zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (selawat keatas nabi) dimana kaum Yahudi mengancam akan menyihir kaum Muhajirin agar mereka tidak akan memiliki keturunan,
Sihir ini bekerja memakan dan merusak hormon lelaki atau janin di rahim wanita.
CIRI-CIRI SIHIR MANDUL
- Keguguran berulang - ulang tanpa disebabkan penyakit medis
- Sakit berpanjangan di sekitar rahim
- Tidak dapat zuriat sedangkan doktor telah mengesahkan kedua dua nya subur
SIHIR IKATAN
Sihir ikatan ini adalah sihir yang bekerja pada organ vital dan s3ksu4l lelaki atau perempuan sebagai upaya merosak hubungan Suami Isteri sehingga bercerai
Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara Suami Isteri, ibarat ada ikatan dan blockage
Boleh jadi dalam bentuk si Suami Isteri tidak bernafsu ketika berhubungan
Banyak yang kita lihat perceraian dimana tidak dapat nafkah batin yang sempurna.
Sebarkan supaya lebih ramai yang tahu [hsz]
Kredit to #elewschannel
Editor, Helmy Network
No comments
Post a Comment