KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [1]


<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="  KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [1]">

KISAH RASULULLAH SHALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM [1] 

KISAH RASULULLAHﷺ صل الله عليه و سل

Bagian-1-PENDAHULUAN

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


"Rindu kami padamu Ya, Rasulullah. Rindu tiada terperi. Berabad jarak darimu Ya, Rasulullah. Serasa dikau disini. Cinta Ikhlasmu pada manusia bagai cahaya syurga. Dapatkah kami membalas Cintamu secara bersajak dan bershalawat padamu".
[Cuplikan Sajak Bimbo muzik band "70an]
"Kerinduan yang amat sangat padamu Ya, Rasulullah"

Jazirah Arab

Bismillahirrahmanirrahiim, Jazirah Arab itu sebenarnya tidak hanya terdiri dari gurun pasir. Ada banyak kawasan tanah subur yang telah dihuni sejak lama. Tanah-tanah subur itu. terutama terletak di daerah pantai, seperti Negeri Yaman, Yamamah, Hadhramaut, dan Ahsa. Di bagian tengah Jazirah Arab ada sebuah wilayah subur lain bernama 'Najd'. Wilayah ini dikenal sebagai tempat asal kuda Arab yang termasyhur dimana-mana.
Najd dan Yamamah juga terkenal sebagai penghasil gandum. Demikian banyak gandum yang dihasilkan sehingga konon mampu untuk memenuhi keperluan seluruh penduduk Jazirah Arab yang ketika Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dilahirkan berjumlah sekitar 10 juta-12juta jiwa.

Di kota Madinah terdapat bukit-bukit yang subur untuk ditanami, sebagai pertanian. Sementara itu, Kota Thaif terkenal kerana buah-buahannya.

Di luar daerah-daerah subur tersebut, Jazirah Arab, dipenuhi gunung dan bukit-bukit batu yang besar. Tidak ada sungai mengalir. Suhu udaranya, sangat panas. Kerananya, penduduk Arab suka mengembara,

READ MORE; The Story of The Prophet Muhammad SAW

UNTA-Camel

Unta adalah binatang kenderaan yang sangat diandalkan penduduk gurun pasir. Unta dapat mengharungi gurun pasir selama 17 hari tanpa minum. Walaupun sangat perlahan. Namun jika dipacu Unta dapat menempuh jarak sampai 300km dalam perjalanan sehari. Dan Unta mahu melahap ranting dan rumput pahit yang dijauhi kambing.
Unta juga mahu minum air berlumpur dan mengubahnya menjadi susu bermutu tinggi yang dapat digunakan sebagai obat tetes mata. Dagingnya dimakan, bulunya dibuat tali, kulitnya dapat menjadi pelbagai alat, mulai dari sandal/terompa, sampai untuk atap dan perisai perang. Air seninya (air kencing) boleh diproses untuk buat shampo pencuci rambut. Kukunya dibakar dan diulek-diadun menjadi tepung untuk obat luka atau adunan kue. Kotorannya (najisnya) dapat dipakai sebagai bahan bakar. Unta adalah anugerah kurniaan Allah Azza Wa Jalla untuk penduduk gurun pasir.

Letak Kota Makkah Al-Mukarramah

Di Kota Makkah inilah terletak Ka'bah. Baitullah. Kearah Ka'bah-lah seluruh Umat Islam didunia ini menghadapkan diri jika saat mendirikan Shalat. Di Kota Makkah inilah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dilahirkan.

Kota Makkah adalah sebuah lembah yang tidak begitu luas, ditengah lautan gurun pasir. Bukit-bukit mengurung/membatasi lembah ini rapat-rapat. Begitu rapatnya sehingga cuma ada tiga(3) jalan untuk keluar dan masuk Kota Makkah. Jalan pertama menuju Negeri Yaman. Jalan kedua menuju ke laut Merah. Dan jalan ketiga adalah jalan menuju Negeri Syam atau Palestine.

Ribuan tahun dahulu, Lembah Makkah hanyalah sebuah tempat persinggahan para rombongan kafilah, baik yang datang dari Negeri Yaman menuju Negeri Syam mahupun sebaliknya yang datang dari Palestine atau Negeri Syam untuk menuju Negeri Yaman. Nabi Ismail 'Alaihis Salam-lah yang pertama kali membuat Makkah menjadi sebuah Kota.

Pakaian Orang Arab

Penduduk asli Jazirah Arab adalah Kaum-Suku Badui. Pakaian mereka longgar, hangat pada musim dingin, dan sejuk pada musim panas. Pakaian ini menjaga kulit dari sengatan panasnya matahari serta tiupan angin kering.

Pada zaman para Nabi, pakaian ini terdiri atas dua helai. Satu helai melilit tubuh dari bawah ketiak. Satu helai lagi adalah sebuah jubah panjang sampai kekaki dan terbuat dari bulu domba (kambing) atau Unta. Warnanya, ada warna kream dengan lurik tegak berwarna hitam, biru, coklat atau putih.

Sementara, pakaian wanitanya panjang menyapu tanah dan sangat longgar. Selendang melilit pinggang, jubahnya berlurik merah, kuning, hitam atau biru. Cadarnya (purdah) berwarna hitam atau putih. Tudung kepala berwarna merah, putih, atau coklat melindungi mata, telinga, dan hidung dari debu dan badai pasir.

Suku- Kaum Badui

Suku Arab- Badui adalah penduduk asli Kawasan Jazirah Arab. Mereka adalah prajurit pengelana (pengembara ) yang tangguh, berani. Postur tinggi mereka sedang, tapi bertubuh kekar-tegap, cekatan, dan kuat menderita dalam alam yang keras. Jika ada anggota keluarga yang tewas, para lelaki Badui akan segera membalas dendam terhadap pembunuhnya. Mereka sangat berani dalam bertempur dan sabar dalam kekalahan.

Meski demikian, Orang badui terkenal ramah, senang-suka memberi, dan sangat menghormati para tetamu. Mereka juga tenang, penyabar, dan tidak cepat marah. Orang Badui juga sangat menyukai-mengagumi keindahan syair. Jiwa Orang-orang Badui, mudah terpanggil pada kebenaran. Mereka adalah orang-orang yang sederhana. Mereka duduk dilantai dengan wadah makanan dilutut. Dengan demikian, tidak bisa dibezakan mana majikan dan mana orang bawahan.

Sahabat fillahku, kepada kaum inilah Nabi Muhammad 
Shallallahu 'Alaihi Wasallam diutus Allah Ta'ala. Berkat bimbingan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Orang-orang Suku Badui dari padang pasir yang sunyi ini mampu mengguncang dunia.

Merekalah yang akhirnya, menyebarkan Agama Islam ke seluruh dunia. Merekalah yang membangun Umat Islam menjadi Umat yang besar dan dihormati. Namun, jauh sebelum menyebar ke penjuru bumi, perjalanan Umat Islam di Jazirah Arab dimulai oleh Kisah Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam. Beliau adalah Nenek-Moyang Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam[hsz]

 💐Bersambung ... Semoga Kita Mendapat Berkah dan Rahmat Allah Azza Wa Jalla.

آمينَ يا رَبَّ الْعلَمِيْنَ ..بَارَكَ اللهُ فِيْك
Rep, Editor ; Helmy Zainuddin
Ilustrasi Image, Doc,Helmy Zainuddin 

No comments