20200612

MISTERY BALAN-BALAN, SILUMAN PEMAKAN MAYAT

<img src="fazryan87.blogspot.com.jpg" alt="MISTERY BALAN-BALAN, SILUMAN PEMAKAN MAYAT">

MISTERY BALAN-BALAN, SILUMAN PEMAKAN MAYAT

Pengantar Redaksi; Kisah ini berlaku di Sabah, Malaysia Timur, sekitar tahun 1960an, dan diceritakan kepada Wartawan Majalah Mastika pada pertengahan 1999, oleh seorang bernama Sanusi Udi, orang yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut berlaku. Dan dipublish kembali untuk website ini. Selamat Membaca.

Cerita Sanusi: Suatu petang sewaktu dia dan kawan-kawannya sedang berborak di sebuah kedai kopi di Kota Kinabatangan, seorang kawannya yang bernama Dusmin, tiba-tiba menjadi resah. Matanya merah, air liurnya meleleh dan dia memandang sekeliling dengan pandangan yang liar.

“Aku minta diri dulu!” kata Dusmin tiba-tiba, dan terus bergegas pulang.

Petang itu, Sanusi mendapat berita, ada penduduk kampungnya meninggal dunia. Apakah ada kaitan dengan Dusmin? Teruskan membaca,

Selang beberapa hari kemudian, kejadian seperti itu berlaku lagi. Dan seperti sebelum ini, tidak lama selepas Dusmin pulang, Sanusi mendapat berita seorang penduduk kampungnya meninggal dunia.

Sanusi mula tertanya-tanya, Kenapa Dusmin tidak semena-mena berubah sikap dan tergesa-gesa pulang apabila ada penduduk kampungnya mati?

" Aku pulang untuk jadi balan-balan.” 
Setelah dia didesak, akhirnya Dusmin mengaku.

Baca juga ; MISTERI KUNCEN, Kisah Perjalanan Menggapai Menara Gading



Apa itu Balan-balan? Di sebagian Negeri Semenanjung, ataupun di beberapa Negeri di Pulau Sumatera, Indonesia ia disebut sebagai "Penanggal". Ada juga yang menggelarnya sebagai "Pelesit Kudung", iaitu seseorang yang boleh menanggalkan kepalanya, lalu terbang ke tempat orang mati atau wanita yang hendak bersalin, dan menghisap darahnya. Apabila terbang, yang kelihatan adalah kepala dan isi perut si penanggal yang terang menyala bagaikan api.
Ia dilakukan menggunakan amalan ilmu hitam bagi tujuan mendapatkan kekuatan diri.


Benarkah Dusmin menjadi balan-balan? Apabila soalan itu Sanusi ajukan, Dusmin menyelak kolar bajunya. Lalu ternampaklah garisan parut panjang di sekeliling pangkal lehernya.  

Bagi membuktikan pengakuannya itu, Dusmin pernah menanggalkan kepalanya dan terbang ke rumah Bapanya Sanusi beberapa puluh kilometer dari situ. Dia pulang menemui Sanusi tidak lama kemudian, dan memberitahu secara terperinci keadaan Bapanya, rumahnya dan keadaan sekitarnya. Apa yang diberitahu Dusmin itu memang tepat, sedangkan dia tidak pernah sekali pun pergi ke sana.

Menurut Dusmin, Balan-balan tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam keadaan halimunan itulah dia akan menukarkan mayat dengan batang pisang. 

Mayat itu kemudian dibawanya terbang ke tepi sungai, lalu digoyang-goyangkan di dalam perahu bersama dengan Balan-balan lain, kebanyakannya lelaki.  Apabila digoyang-goyang, tubuh mayat itu akan berkecai dan dagingnya bertukar menjadi ikan, lalu dimakan oleh balan-balan berkenaan.

Ilmu Balan-balan diceritakan amat popular di kalangan salah satu Suku Kaum di Sabah. Ia diamalkan agar mereka menjadi kuat dan digeruni lawan. Ilmu ini biasanya diwarisi daripada bapa atau datuk mereka. 

Ia boleh juga dituntut melalui Dukun-Bomoh pengamal ilmu hitam. Tempoh menuntut ilmu ini hanya cukup seminggu saja. Selain jampi mantera, menurut penjelasan Sanusi, orang yang menuntut Ilmu Balan-balan dikehendaki menggali sebuah perigi sebesar pemeluk dan berendam di dalamnya selama tujuh hari berturut-turut. 

Setelah itu, bomoh akan meludah dan muntah di dalam mulut si penuntut tadi. Muntah dan ludahnya hendaklah ditelan tanpa tinggal walaupun setitik.

Bagaimana kita tahu adanya Balan-balan? Kehadiran makhluk itu boleh diketahui dengan lintasan api dan bunyi 'kwak-kwak’ yang dikeluarkannya. Dinding di bawah atap rumah manusia Balan-balan pula boleh dibuka bagi memudahkannya keluar mencari mangsa.


Sanusi juga menceritakan, di kalangan satu lagi Suku Kaum di Sabah, ada keanehannya, dimana dikalangan Suku kaum ini, hanya wanita saja yang menjadi Balan-balan. Apabila ada wanita bersalin, balan-balan itu akan menghirup darah yang keluar. Ia merasuk bayi sehingga mati. Apabila dikebumikan, balan-balan akan menyelongkar kuburnya dan memakan mayat bayi berkenaan.

Dan yang paling menakutkan ialah Balan-Balan Kaliawan. Untuk memiliki Ilmu Balan-balan Kaliawan, seseorang itu hendaklah membunuh anak sulungnya sendiri. Ada juga Balan-balan yang boleh mengubah dirinya menjadi haiwan seperti anjing dan kucing.
Bagaimanapun, menurut Sanusi, Ilmu Hitam itu sudah lama ditinggalkan oleh sebagian Suku Kaum. Dengan berkembangnya Agama Islam di Sabah, Suku Kaum terlibat mula menyedari bahawa menuntut Ilmu Hitam Balan-balan tersebut ianya perbuatan Syirik dan berdosa besar []
Courtesy to Source
Editor ; 
HSZ/FortunaNetworks.Com 
Kredit Ilustrasi image ; Doc; 
FortunaNetworks.Com 

No comments:

Post a Comment