Lasykar Yanissari, Pasukan Elit Kerajaan Uthmaniyyah
Menurut sejarawan Turki iaitu Ahmed Akgündüz dan Said Öztürk mereka yang berjaya menempatkan diri dalam pasukan unit khas Yanissari ini adalah kebanyakannya dari pemuda-pemuda tahanan perang iaitu di setiap pembukaan kota dan wilayah.
Mereka dipilih dikalangan tahanan perang yang berstatus hamba. Selepas pemilihan berlaku, mereka akan dihantar dan tinggal bersama keluarga Muslim untuk ditarbiyah di sana. Walaupun mereka berstatus hamba tetapi tidak langsung dilayan seperti seorang hamba.
Lukisan ini adalah salah satu dari banyak lukisan seluruh kisah kerajaan KeSultanan Uthmaniyyah yang ada di Muzeum Militer Turki. Salah satu koridor yang ada di Museum Militer ini dipajang lukisan dari Kesultanan Uthmaniyyah.
Lasykar Yanissari, Pasukan Elit Kerajaan Uthmaniyyah
بسم الله الرØمن الرØيم
Artikel ini adalah lanjutan tentang kisah lasykar Yanissari pada zaman perintahan Kerajaan Islam Uthmaniyah Turki dari pelbagai versi yang dimuat di pelbagai media dunia Islam dan Barat..Pada thread sebelum ini anda boleh baca disini;
Lasykar Yanissari@Utsmaniyah“Pasukan Paling Ditakuti Di Dunia”.
Yanissari di dalam bahasa Arab disebut sebagai Inkisyaariah dan di dalam bahasa Turki sebagai Yeniçeri yang bermaksud "Pasukan Baru" atau "Tentara Baru". Pasukan ini adalah sebuah pasukan khas elit terhebat di dalam unit tentera Kerajaan Islam Uthmaniyyah.
Mereka merupakan infantri tentera yang terbentuk daripada satu ujian khas tentera Uthmaniyyah. Kualiti mereka membolehkan mereka memiliki lencana kemuliaan, keistimewaan pangkat, pengaruh juga sentiasa diberikan misi-misi khas oleh kerajaan.
Secara tepatnyanya disebut; Yanisari. Kerana jika ditulis di dalam bahasa Turki tulen (Osmanlıca) adalah dengan ejaan 'يكني جاري ' tetapi ia dibaca oleh kalangan ahli ilmu (yang ratanya daripada Al-Azhar, Mesir ketika itu) dengan sebutan 'انكشاري' (Inkisyaariah) kerana dikatakan mereka tidak mengetahui bahawa huruf 'ك ' adalah huruf yang tidak berbunyi di dalam bahasa Turki asal.
Pasukan Lasykar Yanissari telah dibentuk oleh Orhan Bay iaitu anak kepada Osman Gazi, Sultan pertama bagi Daulah Uthmaniyyah. Yanissari ditubuhkan atas beberapa sebab antaranya penyalahgunaan kuasa dikalangan tentera Orhan dan wujudnya ketidaksetiaan kepada Sultan.
Ahli sejarawan sepakat mengatakan pasukan ini secara rasminya dijalankan pada zaman pemerintahan anaknya Orhan iaitu Sultan Murad I pada tahun 1360 dan baginda telah memperbaharui sistem dalam pemilihan pasukan Janissari.
Pembentukan Pasukan Elit Yanissari.
Perlu kita ketahui bahawa ia ditubuhkan daripada nukleus organisasi ketenteraan Daulah Uthmaniyyah yang bermaksud ia terbuka kepada semua, sama ada Muslim atau non-Muslim dan kebanyakan tentara dan panglima perang dilahirkan dari pasukan Yanissari adalah melalui sistem PENÇİK OĞLANLARI mulai pada zaman Sultan Murad I hingga Fatih Sultan Mehmet II (maksudnya yang benar-benar berkualiti melalui sistem ketenteraan ini).
Menurut ahli sejarawan Turki seperti Ahmad Akgündüz dan Said Öztürk di dalam buku mereka 'Ottoman History Misperception & Truth', pemilihan pasukan Yanissari terbahagi kepada dua bahagian :
a) Sistem Pençik Oğlanı
b) Sistem DevÅŸirme
1. Sistem Pençik Oğlanı adalah sistem pertama yang diperkenalkan dan mula dipratikkan mulai era Sultan Murad 1 sehingga Fatih Sultan Mehemmed II.
Menurut sejarawan Turki iaitu Ahmed Akgündüz dan Said Öztürk mereka yang berjaya menempatkan diri dalam pasukan unit khas Yanissari ini adalah kebanyakannya dari pemuda-pemuda tahanan perang iaitu di setiap pembukaan kota dan wilayah.
Mereka dipilih dikalangan tahanan perang yang berstatus hamba. Selepas pemilihan berlaku, mereka akan dihantar dan tinggal bersama keluarga Muslim untuk ditarbiyah di sana. Walaupun mereka berstatus hamba tetapi tidak langsung dilayan seperti seorang hamba.
Kemudian, mereka akan dihantar untuk menjalani latihan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah selepas mereka telah kembali dan menerima Ä°slam sebagai cara hidup mereka. Jika tidak, mereka tiada peluang untuk meneruskan operasi ini dan akan kembali menjadi hamba tahanan perang atau menjadi ahlu zimmah ataupun menebus diri dari menjadi tawanan perang.Sesungguhnya ini adalah salah satu jalan dakwah Daulah Uthmaniyyah bagi tahanan perang.
2. Sistem Devrişme ini dibentuk semasa pemerintahan Sultan Yıldrım Beyazid dan ia diperkenalkan atas beberapa sebab. Antara sebab utamanya ialah setelah pembukaan kota semakin meluas, umat Islam dan masyarakat non-muslim juga makin bertambah maka kerajaan Uthmaniyyah memerlukan lebih ramai lagi prajurit-prajurit yang berkualiti seperti melalui sistem yang pertama tadi (Sistem Pençik Oğlanı). Oleh kerana itu, Daulah Uthmaniyyah membuka ruang untuk non-muslim untuk turut serta dalam operasi ketenteraan tersebut.
Sesetengah ahli sejarawan berpendapat, dikalangan masyarakat non-muslim ini berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak lelaki mereka ke dalam operasi khas ini kerana ingin mengelakkan diri dari membayar 'jizyah' (cukai yang dikenakan kepada non muslim yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam) dan mendapat beberapa hak keistimewaan jika anak mereka berjaya menyertai pasukan prajurit Yanissari serta mendapat tempat dan pangkat di dalam sistem kerajaan Uthmaniyyah.
Antara tentera yang lahir dari sitem ini adalah arkitek terulung Daulah Uthmaniyyah iaitu Mimar Sinan.
Peserta-peserta yang telah kembali kepada Islam melalui sistem ini akan dikira berjaya ke peringkat latihan ketenteraan seterusnya.Selepas diberi pendidikan dan latihan ketenteraan mereka akan dihantar untuk menjadi sama ada askar di medan peperangan atau ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Sekolah Istana atau menjadi askar Istana dan lain-lain lagi.
Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan :
1) Pasukan khas Istana
2) Pasukan yang mengisi kekosongan jawatan awam kerajaan
3) Pasukan di bahagian infantri (tentera darat) tentera Uthmaniyyah yang mana bilangan mereka merupakan bilangan terbesar di dalam unit Yanissari.
Seperti yang tercatat dalam sejarah, semua pasukan Janissari adalah seorang Muslim .
Jika kita menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah dan juga kisah Para Anbiya', kaum yahudi walaupun telah dimuliakan oleh Allah swt, dari kaum-kaum yang lain di zaman itu tetapi mereka telah memungkiri janji-janji mereka kepada Allah swt, dan telah mengkhianati para Rasul yang telah diutuskan kepada mereka.
Sehinggakan setelah Nabi S.AW berhijrah ke kota Madinah kaum yahudi jugalah yang menjadi musuh dalam selimut dan telah membelot masyarakat muslim Madinah ketika tercetusnya peperangan antara kaum muslimin di Madinah dan kaum Quraish. Begitulah sifat kaum yahudi kebanyakannya. Sehubungan itu, kerajaan Uthmaniyyah tidak mahu mengambil risiko dan ingin mengambil pengajaran dari sejarah yang lepas agar ia tidak terpalit kembali kepada pemerintahan Daulah Uthmaniyyah.

Unit ini sentiasa dikaitkan dengan Tareqat Sufi Baktashih kerana pada awal penubuhannya Sultan telah melantik seorang tokoh sufi ketika itu yang dikenali sebagai seorang yang warak dan berpengaruh dalam mendidik masyarakat. Beliau bernama Mohammed Baktash, dari bangsa Kharasan dan menetap di kampung yang dinamakan dengan namanya sendiri hari ini, 180 km dari ibu negara Turki di Ankara.
Tareqat Baktashih sangat kuat pengaruhnya di dalam unit Yanissari. Antara faktornya, Sultan Orhan I telah meminta Syeikh Mohammed Baktashih untuk mendidik tentera unit Yanissari dengan sebaiknya. Sejak daripada itu, tentera Yanissari banyak menjadikan Syeikh Baktashih sebagai ikutan dan contoh dalam kehidupan seharian selepas Rasulullah S.A.W.
Pada asalnya, tentera Yanissari tidak keluar berperang bersama tentera kecuali akan disertai oleh Sultan Daulah Uthmaniyyah. Kehandalan mereka digunakan untuk melindungi Sultan dalam medan pertempuran. Adat ini, akhirnya dimansuhkan oleh Sultan Suleyman Al-Qanuni. Mereka telah dibenarkan berperang di medan bersama tentera yang lain di bawah pimpinan panglima mereka. Antara kesannya ialah menjadikan para sultan selepasnya tidak lagi disyaratkan untuk turun bersama di medan pertempuran dan cukup hanya sekadar menghantar tentera. Maka sultan dapat menguruskan hal-ehwal negara yang semakin luas wilayahnya.
Yeniçeri Ağası (Yanissari Aghase) adalah gelaran bagi ketua unit Yanissari. Jawatan ini amat popular dan disanjung oleh masyarakat Daulah Uthmaniyyah. Jawatan ini mempunyai dua tugas utama antaranya menjadi Ketua Polis Islambul dalam masa sama menjadi Ketua Urus Tentera Darat Daulah Uthmainyyah dan merupakan salah seorang Ahli Majlis tertinggi negara.
Kehebatan pasukan Yanissari telah diakui oleh pelbagai empayar ketika itu yang kebanyakan empayar di Eropah dan Asia kerana kepakaran mereka di dalam medan peperangan serta operasi pembunuhan. Mereka dilengkapai dengan pelbagai senjata tercanggih dan kelengkapan lengkap seorang tentera. Mereka sentiasa diletakkan dalam barisan hadapan pasukan tentera dalam kebanyakan pertempuran.
Mereka dikenali dengan semangat jihad yang tinggi, pantas beraksi di medan pertempuran lalu menggerunkan pasukan lawan.
Seorang Orientalis German, Brockelmann berkata ;
"Mereka adalah sekuat-kuat tentera Uthmaniyyah, dan tiang seri kerajaan Uthmaniyyah.."
Manakala seorang Orientalis Britain, Grant berkata ;
"Yanissari adalah infranti tentera namun lebih penting/kuat berbanding tentera berkuda mereka dan masa depan kerajaan Uthmaniyyah banyak bergantung kepada kekuatan unit Yanissari ini.."
Disebabkan jasa besar Yanissari dalam menjaga keamanan negara, mereka telah diberikan pangkat yang tinggi dalam carta organisasi negara. Mereka menjadi semakin berkembang dan berpengaruh kerana mampu menjaga kestabilan dan keamanan negara dengan jayanya dan menghindar dari segala fitnah atau kekacuan dari dalam mahupun luar. Unit ini kemudiannya diberi kuasa berpolitik dan akhirnya ini membuatkan mereka mula campur tangan urusan pemerintahan Daulah Uthmaniyyah.
Setiap Sultan yang menaiki takhta akan bertahan lama jika mengikut apa yang dikehendaki oleh pasukan Yanissari sehingga mereka diberi jawatan yang istimewa di sebalik tabir pemerintahan. Maka segala arahan atau keputusan Sultan haruslah bertepatan dengan kehendak unit Yanissari bagi mengelakkan pelbagai krisis istana yang boleh menyebabkan merebak teruk menjadi krisis pemerintahan dan ia telah pun berlaku di zaman pemerintahan Sultan Uthman II ketika mana beliau digulingkan dan dibunuh pada tahun 1622. Pada zaman Sultan Ibrahim II juga telah dibunuh oleh pasukan elit Yanissari akibat cuba berkonfrantasi dengan mereka. Pembunuhan tidak terhad kepada Sultan malah Perdana Menteri ada yang dibunuh oleh mereka iaitu Hasan Basha pada zaman pemerintahan Sultan Murad IV, 1632.
Pembubaran Pasukan Elit Yanissari.
Sultan Mahmud II |
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud II, tentera Uthmaniyyah banyak mengalami kekalahan di medan pertempuran yang akhirnya menyebabkan Sultan Mahmud II menyimpulkan ia adalah akibat sistem ketenteraan yang terlalu lama dan tidak lagi berkesan. Maka baginda bercadang melakukan rombakan dan pengubahsuaian di dalam pertahanan negara yang melibatkan semua sistem unit, penyediaan tentera, teknologi senjata termasuk struktur organisasi Yanissari. Namun ura-ura rombakan ini sampai ke pengetahuan Ketua Urus Yanissari, lalu ditentang keras oleh beliau dengan pelbagai ugutan.
Melihat kepada kejayaan berturut-turut Panglima Muhammad Ali di dalam medan pertempuran yang menggunakan sistem baharu, maka Sultan mula merancang untuk melakukan transformasi pertahanan dengan lebih agresif.
Proses transformasi tetap dijalankan walaupun memakan masa bertahun-tahun. Sultan telah mengarahkan Perdana Menteri ketika itu Sadr A'zam Basha bagi merealisasikan pembaharuan tersebut. Pasukan Yanissari dipaksa mengikut sistem ketenteraan tersebut sedikit demi sedikit. sehinggalah mereka memulakan pemberontakan secara meluas dan akibatnya nyawa Perdana Menteri mereka juga melayang dibunuh oleh mereka. Pemberontakan mereka masih berterusan walaupun pasukan elit ini telahpun dibubarkan.

Perkara ini berlarutan selama 18 tahun sehingga memaksa Sultan Mahmud II mengambil tindakan mengalah dan mengatur gerak semula supaya perubahan berlaku tanpa melibatkan pertempuran yang lebih besar. Kemudian, pada 19 Syawal 1241 Hijrah bersamaan 27 Mei / May 1826 Sultan mengadakan pertemuan Majlis Negara Daral-Islam, yang mana pertemuan ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi tentera, termasuk pegawai-pegawai kanan Yanissari, para ulama dan tokoh-tokoh berpengaruh masyarakat untuk membincangkan keperluan dan memperkenalkan sistem ketenteraan moden dalam pertahanan Daulah Turki Uthmaniyyah.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menerima sistem dan pembaharuan ini antaranya mengembalikan sistem Yanissari yang tergantung akibat pemberontakan mereka di era Perdana Menteri Sadr Azam Bendaruqi. Lalu Syaikh al-Islam mengeluarkan fatwa bahawa wajib mengikut pelaksanaan pindaan baru ini dan hukuman akan dikenakan bagi setiap orang yang ingin membantah.
Tidak lama kemudian sekali lagi pemberontakan dilancarkan terhadap Sultan Mahmud II di Istanbul pada 14 & 15 Jun 1826. Pemberontakan dua hari ini diakhiri dengan tragedi hitam dalam sejarah pasukan elit Yanissari, iaitu hukuman bunuh beramai-ramai terhadap unit khas ini .

Pemberontakan Yanissari yang berlaku pada ketika itu ditentang oleh kebanyakan tentera dan rakyat, malah telah memaksa 'Sipahi ' (unit berkuda) yang taat setia kepada Sultan Mahmud II untuk bertempur dengan mereka hingga menyebabkan pasukan Yanissari berundur ke berek (yang dijadikan kubu) mereka.
Pada pagi 9 ZulQaedah 1241Hijrah bersamaan dengan 15 Jun 1826, Sultan Mahmud II bersama bala tenteranya yang setia bertindak mengepung kubu Yanissari dengan segala kelengkapan meriam dan pistol, lalu membedilnya dari segenap arah. Menyebabkan kekuatan Yanissari lumpuh untuk meneruskan pemberontakan dan telah meragut sehingga 6000 nyawa dalam satu hari. Maka ditangkap saki baki mereka untuk dijatuhkan hukuman mati dan sebahagiannya dibebaskan bagi yang menyerah.
Sultan Mahmud II kemudiannya mengeluarkan ketetapan bahawa unit Yanissari dibubarkan seluruh organisasinya dan dihentikan operasinya di seluruh negara untuk selamanya.
Maka berakhirlah sebuah sejarah sebuah unit pertahanan yang digeruni kerana keberanian dan ketangkasannya menghunuskan pedang di leher musuh Islam namun tamat dibunuh di dalam negara sendiri.
Penulis : Buraidah Al-Aslami & Abu Jibril
(Courtesy to menjejakiuthmaniyyah.blogspot.com)
No comments
Post a Comment