Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[2-Akhir]
"Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A?"
Cara Menggunakan "Trust Deed" Atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[2-Akhir]
Assalamualaikum wbt. Dan Salam Sejahtera Kepada Anda Yang Masih Setia Mengunjungi Blog Yang Sederhana Ini.Terima Kasih Semua.
Artikel ini adalah lanjutan dari thread sebelumnya yang bertajuk;
Cara Menggunakan "Trust Deed" atau Surat Ikatan Pemegang Amanah Kepada Ahli Waris[1]
Jika anda belum membacanya Silahkan dulu untuk membaca thread tersebut untuk boleh memahami artikel kali ini.
Mungkin ramai sudah membaca mengenai bagaimana menggunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemegang Amanah untuk ‘pindahkan’ harta kepada nama anak-anak semasa kita masih hidup.
Sebenarnya, tujuan saya tulis Trust Deed itu ada kaitannya dengan penjualan dan pemilikan lot banglo yang dijual oleh sesetengah pemaju tanah kepada orang ramai.
Trust Deed ni digunakan untuk mengikat pembeli dan penjual tanah lot banglo tersebut. Dalam hal jual-beli lot banglo ini, penjual dinamakan sebagai Pemegang Amanah dan pembeli dinamakan sebagai Beneficiary.
Pembeli bukanlah penama berdaftar di dalam geran tersebut. Itu namanya geran kongsi. Selagi pemaju tanah tersebut tidak menyempurnakan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan dan proses pecah sempadan dan seterusnya untuk mendapatkan geran individu untuk dipindahmilik kepada pembeli, selagi itulah pembeli-pembeli itu berkongsi geran rumah.
Bila berkongsi geran ni akan timbul banyak masalah daripada pelbagai segi antaranya pinjaman bank, perkongsian bayaran cukai tanah, sempadan dan utiliti. Kalau sudah meninggal, lagi panjang cerita isu pusaka.
Asalnya, trust deed di pejabat tanah digunakan untuk ‘memindahkan’ nama daripada ibubapa kepada anak-anak sahaja. Dalam trust deed hanya ada 3 klausa sahaja.
Namun trust deed yang sama telah digunakan oleh pemaju tanah untuk penjualan lot banglo menggunakan konsep yang sama iaitu penjual sebagai Pemegang Amanah dan ditambahkan lagi beberapa klausa mengikut persetujan pembeli dan penjual lot banglo berkenaan.
Berikut saya kongsikan langkah mudah bagaimana untuk memindahkan kepada nama anak sebagai pemilik tanah atau rumah sewaktu kita masih hidup ini.
#1 – Dapatkan Surat Ikatan Pemegang Amanah di Pejabat Tanah
Boleh dapatkannya di Pejabat Tanah. Apa antara kegunaan Trust Deed ini ? Gunakanlah ia untuk kita ‘memindahkan’ tanah/rumah kita kepada anak-anak atau orang yang kita pilih, walaupun semasa kita hidup.Maklumkan yang kita hendak daftar Trust Deed ni dalam rekod Pejabat Tanah dan hendak daftarkan nama anak dan bahagian-bahagian anak ke dalam geran tanah. Nama anda akan dibatalkan sebagai pemilik di dalam geran. Sebaliknya akan didaftarkan sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak anda.
#3 – Selepas Kematian, Anak Akan Membuat Tuntutan Pusaka
Selepas kematian anda, anak-anak akan membuat tuntutan pusaka ke Pejabat Pusaka (jika harta bawah RM2juta) atau Mahkamah Tinggi (jika harta atas RM2 juta) sebagai bukti pemberian bahagian tanah telah dilaksanakan sebelum ini di Pejabat Tanah secara bertulis melalui Trust Deed.Selepas penghakiman, anak-anak perlu bawa perintah penghakiman tersebut ke Pejabat Tanah dan nama anak-anak akan didaftarkan di dalam geran sebagai pemilik mengikut bahagian masing-masing.
Sebab Apa Tidak Disarankan Pindah Milik?
Kenapa kita tidak buat pindahmilik sahaja kepada anak-anak semasa kita hidup guna borang 14A? Sebab bila pindahhakmilik guna 14A, kita bukan lagi pemilik berdaftar harta berkenaan. Ada kemungkinan anak-anak akan menghalau kita atau menjual hartanah berkenaan kerana dihasut oleh pihak ketiga.Disamping cara ini (14A) mempunyai resiko yang tidak dijangkakan untuk kita sebagai ibubapa.Kerana dizaman ini ramai isu anak-anak dan malah istri yang membuang bapak atau suaminya yang tua dan uzur ditepi jalan atau mengantarnya ke rumah persinggahan-rumah kebajikan orang-orang tua.Na'uzubillahimizalik.
So, sistem menggunakan Trust Deed atau Surat Ikatan Pemegang Amanah untuk ‘pindahkan’ harta kepada nama anak-anak semasa kita masih hidup,adalah cara yang selamat untuk duniawi dan ukhrawi.
Tiada lagi terjadi perebutan harta sepeninggalan kita selepas meninggal.Alangkah malangnya dimana kita dialam barzah belum lagi selesai menerima azab atas dosa-dosa kita didunia.Kini ditambah pula dengan azab yang kita terima akibat ahli-ahli waris kita bergaduh berebutkan harta peninggalan kita.
Semoga kita dilindungi Allah Subhanahu Wata'ala dari situasi yang demikian.Aamiin
Demikianlah thread perkongsian ini.Semoga bermanfaat Adanya.!
_______________________
(Courtesy to resources)
2 comments
Bolehkah isikan syarat bahawa pemegang amanah pindah milik kepada anak saudara bila dia cukup umur 18 tahun?
Hai, Agnes Tan..sory ya karna saya terlalu sibuk dengan perkara lain..komen saudari sampai tak perasan di artikel ini..
Untuk pertanyaan saudari..mohon saudari langsung kepada orang yang lebih berkelayakan dalam perkara ini..saya rekomenkan seseorang namanya saudara Jusni Hashim lawati websitenya TanahKosong.com atau di facebooknya:https://www.facebook.com/jusni.hashim untuk lebih lanjut informasinya.T.ksh
Salam sukses selalu.
Post a Comment