#MH 370;Spekulasi Pulau Diego Garcia? Penemuan Serpihan Dipercayai Milik MAS Di Maldives

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.




Hey Dude. SPEKULASI
berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS),jenis Boeing 777-2006ER dengan nombor penerbangan MH370 bernombor ekor 9M-MRO dan bernombor siri 28420,yang telah hilang kontak pada Sabtu (8/3/2014) pukul 01:40 dini hari.Dari route perjalanan Kuala Lumpur - Beijing.Senantiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.


                                            (Serpihan pesawat yang ditemui di kepulauan Maldives)

Namun penemuan serpihan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin telah terdampar di sebuah pulau di Maldives,di Samudra Hindi.

Walau pihak Polis masih belum mengesahkan laporan itu, tetapi serpihan pesawat dikatakan telah ditemui di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, kedua-duanya terletak di Selatan Maalhosmadulhu Atoll.



Satu penemuan juga dikatakan berlaku di Pulau Noonu Atoll, di Miladhunmadulu Atoll, menurut laman web berita Haveeru.


Sebelum ini laporan penduduk tempatan Maldives juga pernah melaporkan melihat pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang.


Gambar salah satu kepingan besar logam yang ditemui berhampiran resort Banyan Tree di pulau Vabbinfaru dikatakan membawa persamaan yang ketara dengan bahagian sayap dipenuhi cengkerang yang ditemui terdampar di pulau Reunion Julai lalu dengan jarak 2,000 batu dari Maldives.

  Baca pasal cengkerang/teritip yang menempel di flaperon;


Penduduk Maldives Mohamed Wafir, yang menyiarkan gambar-gambar asal penemuan itu ke Facebook, mendakwa bahawa ia ditemui pada 31 Mei.

Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy, menegaskan bahawa potensi penemuan itu lebih signifikan berbanding serpihan 'flaperon' yang terdapat di Pulau Reunion, dan mampu 'mengubah segala-galanya' mengenai siasatan.

                                        (Serpihan pesawat yang ditemui di kepulauan Maldives)



"Saya dan rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang telah melihat gambar-gambar ini percaya ia adalah bahagian-bahagian kapal terbang, berdasarkan bentuknya," Hardy memberitahu laman web Before It's News.

Beliau berkata, jika penemuan itu boleh disahkan, "ia akan menolak kawasan carian semasa di Perth kerana saya yakin bahawa arus dan air pasang surut tidak mungkin akan menolaknya sejauh itu".



Hardy dilaporkan berkata bahawa lokasi serpihan ditemui adalah sepadan dengan pengiraan yang dilakukannya dan juruterbang Quantas dari segi ketahanan bahan api.

"Jika diterbangkan rendah dan perlahan, lebih daripada cukup bahan api untuk sampai ke Maldives.

Salah satu bahagian yang ditemui mempunyai tulisan 'IC' berwarna merah. Huruf atau nombor selebihnya telah terhakis.



Polis dilaporkan telah mengeluarkan bahagian-bahagian itu untuk analisis lanjut.



Satu lagi serpihan pesawat dilaporkan telah dihanyutkan ke pantai di resort North Male Atoll sebulan yang lalu.



Jika ia disahkan tergolong dalam pesawat Boeing 777 hilang, serpihan itu akan membantu siasatan untuk mengenal pasti di mana pesawat itu berakhir.(sumber)

Penduduk Maladewa (Maldives) Melihat Pesawat “Jumbo” Terbang Sangat Rendah pada tarikh 8 Mac 2014

Apabila kita membaca laporan terbaru diatas tentang penemuan serpihan pesawat MAS di bagian kepulauan Malidives.


Dan sebelumya kita dikejutkan dengan penemuan flaperaon di pulau le Reunion Anda baca artikelnya disini;


Maka marilah kita imbas sejenak ke tahun lepas tepatnya pada pagi hari Sabtu tanggal 8 Mac 2014,hari yang sama saat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menghilang.

Dimana dilaporkan secara besar-besaran tentang beberapa penduduk tempatan di Kudahuvadhoo (satellite view), yang berada di pulau atol bernama Dhaalu Atoll (Southern Nilandhe Atoll) dan masih merupakan bagian dari negeri kepulauan Maldives (Maladewa) telah melaporkan bahwa mereka  melihat sebuah pesawat “jumbo jet” yang terbang sangat rendah di atas rumah-rumah mereka.


Dalam sebuah laporan oleh harian Maladewa Haveeru, penduduk menggambarkan pesawat yang terbang di atas KudaHuvadhoo sekitar pukul 06:15 berwarna putih, dengan garis-garis merah di atasnya.

Skema warna ini sangat mirip dengan livery yang digunakan oleh Malaysia Airlines pada pesawatnya, termasuk Boeing 777 yang digunakan MH370.

 (Begitu rendahnya pesawat itu hingga pintu pesawat dengan jelasmya dapat dilihat oleh saksi mata lainnya)


Saksi mata yang melihat pesawat,sepakat bahwa pesawat itu terbang dari utara ke tenggara menuju Addu, diujung selatan Maladewa.
Dan mereka semua menceritakan tentang terjadinya suara bising yang sangat keras dari pesawat itu ketika terbang sangat rendah di atas pulau.
Begitu rendahnya pesawat itu sehingga mereka dapat melihat pintu pesawat dengan jelasmya, fakta yang juga disepakati oleh para saksi mata lainnya.

 
“Beberapa orang sampai keluar dari rumah untuk melihat apa yang menyebabkan kebisingan yang luar biasa itu,” kata saksi mata tersebut.
Dilaporkan oleh Councillor pulau tersebut, Mohamed Zaheem, yang mengatakan bahwa warga Kudahuvadhoo lainnya juga telah melaporkan hal yang sama tentang peristiwa ini. / sumber/ id.cropcycle.wp.com).


Dakwaan penduduk Maldives semakin pasti.

Spekulasi yang mengaitkan Pulau Diego Garcia.Di Lautan Hindi ini mula dibangkitkan secara serius apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari  malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.(sumber)

No comments