Ramadan The“Cannon of Iftar” Tradisi Lama Kini Dihidupkan Kembali

Boom! Dengan letupan kuat, tembakan meriam mengumumkan akhir hari puasa Ramadan. Untuk negara Emirat Arab Bersatu (UAE)tembakan meriam adalah bagian dari tradisi Ramadan. Suasana ini juga berlaku saat masuk waktu Maghrib (sunset) keluarga dan anak-anak mereka menunggu berdekatan meriam bentara tua diletupkan,sebagai tanda masuk waktu berbuka puasa .

<img src="The Cannon of Iftar.jpg" alt="Ramadan The“Cannon of Iftar” Tradisi Lama Kini Dihidupkan Kembali">
                                                  ( Sharjah, UAE – Ramadan cannon)


 

Salam Ramadan,
Kemeriahan bulan puasa Ramadan disambut dengan meriah dan tawadhu' diberbagai negara-belahan dunia ini yang penduduknya ada penganut agama Islam.Walhal dinegara yang masih bergolak seperti Palestine,Syria,Iraq dan lainnya suasana ceria saat berbuka puasa masih terbayang diwajah-wajah mereka.

Beberapa negara Islam menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan dengan berbagai cara dan budaya.Misalnya dinegara kita Malaysia,sambutan Ramadan sangat unik dan istimewa tentang bazar tempat berjualan juadah berbuka puasa.

Seawal dua bulan sebelum Ramadan lagi,tapak-tapak bazar telah mula dibuka untuk jualan dan di bulan inilah berbagai juadah yang jarang dijual pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan boleh didapati. Variasi makanan yang dijual bukan hanya menarik minat mereka yang berpuasa malah pada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Namun,disebalik kemeriahan tersebut, mendirikan ibadat sunat sholat Tarawih pada malam hari di masjid-surau akan tetap menjadi intipati tumpuan pada Ramadan.

Dan juadah tradisi untuk berbuka puasa yaitu buah kurma dan 'bubur lambok' yang sangat popular dan menjadi santapan ‘wajib’ buat masyarakat Malaysia,yang disediakan dibeberapa masjid misalnya yang terkenal di Masjid Kampung Baharu Kuala Lumpur yang setiap tahun mengadakan pemberian secara percuma 'bubur lambok' kepada kaum muslimin yang datang beratur panjang seawal jam 3;00 petang lagi setiap hari pada setiap bulan Ramadan.

Dan juga seperti kebiasaan setiap Ramadan para konglumerat dan syarikat korporat akan  mengadakan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.

 
Dan sumbangan berupa uang dan barangan keperluan dan pakaian untuk sambutan Aidilfitri akan menambah keceriaan kepada golongan ini.Demikianlah suasana kemeriahan Ramadan sepanjang tahun di Malaysia.

Pada artikel 'Salam Ramadan' ini,mari kita menjenguk satu budaya lama pada bulan Ramadan yang cukup unik dinegara-negara Arab.Yaitu budaya Midfar Al Iftar (The “Cannon of Iftar”) atau terjemahan secara harfiah 'Tembakan Meriam Berbuka Puasa'.

Amalan budaya ini seperti yang berlaku pada abad lampau di kepulauan Nusantara yang disebut 'Menabuh Beduk'.

Jika di daerah Minangkabau Sumatera dipanggil 'bagaritiak' namanya;Dimana anak-anak muda dalam dua orang akan memukul/menabuh beduk dengan dua batang rotan setiap seorang.Dan pukulan rotan ke beduk(Tabuah dalam bahasa Minangkabau) tersebut akan menghasilkan bunyi irama 'tabuah' yang sangat menarik .Yang meriahnya saat pada hariraya 'IdulFitri.

Ok,kembali kepada budaya Midfar Al Iftar tersebut.Tembakan meriam akan dilakukan untuk memberi tahu orang ramai waktu berbuka sudah tiba. Amalan ini diamalkan di beberapa negara Timur Tengah tetapi semakin tak diamalkan lagi kini. Mungkin disebabkan arus kemodenan teknologi seperti adanya televisyen,radio dan smartphone.Maka masyarakat Arab tidak memerlukan tanda dentuman meriam sebagai isyarat berbuka puasa.

Bagaimana budaya tembakan meriam ini bermula?

Idea meriam Ramadan bermula di Mesir, lebih dari 200 tahun yang lalu pada zaman kerajaan Uthmaniyyah-Turki.Seperti begitu banyak perkara dalam kehidupan, ianya bermula secara tidak disengajakan:

Gobernor kerajaan Othmaniah,Khosh Qadam di Kairo waktu itu menerima hadiah selaras meriam sempena bulan Ramadan. Selepas berbuka beliau menguji meriam yang diterima tersebut. Ledakan meriam yang ditembak kedengaran keseluruh bandar Kairo.

Dentuman bunyi meriam itu telah menarik perhatian penduduk.Dan mereka datang menemui dan bertanya kepada Khosh Qadam apakah dentuman meriam semalam cara baru untuk memberitahu waktu berbuka puasa.

Kejadian yang tidak disengajakan itu telah menjadikan penduduk bersetuju untuk menerima cara baru untuk mengumumkan waktu berbuka yang mudah kedengaran di seluruh kawasan Kairo. Selepas itu,meriam akan ditembak setiap kali tiba waktu berbuka.

Dan sebelum Ramadan bagi menandakan bermulanya bulan puasa.Meriam akan ditembak sebanyak dua kali pada waktu Maghrib sehari sebelumnya. Untuk tanda waktu berbuka puasa  meriam ditembak hanya sekali. Budaya tembakan meriam ini akhirnya tersebar ke seluruh negara-negara Timur Tengah(source)
<img src="The Cannon of Iftar.jpg" alt="Ramadan The“Cannon of Iftar” Tradisi Lama Kini Dihidupkan Kembali">
            (Top Image;The Ramadan Cannon being fired from the Citadel during the Turkish Period)

             (
Bottom Image;Ramadan Cannon 10 JUN 1918 – from Whiting album)

Di Arab Saudi  amalan meriam Ramadan dihentikan di Madinah tanpa sebab pada tahun 1972. Namun budaya ini dihidupkan semula di kota kedua paling suci umat Islam tahun ini setelah mendapat restu kerajaan.

Namun di beberapa negara Arab yang masih ada sengketa perang seperti Lebanon amalan ini dihentikan pada dekad 70an,sewaktu negara ini sedang mengalami perang saudara. Letupan meriam Ramadan menyebabkan trauma di kalangan penduduk yang sering dibedil.

Kredit future foto:israelpalestineguide.wpress.com

No comments