Selfie Of The Year 2015,Dari Puncak Menara Kuala Lumpur-KLCC

Fazryan87.blogspot.com---Selfie Of The Year 2015,Dari Puncak Menara Kuala Lumpur-KLCC



<img src="Selfie Of The Year 2015.jpg" alt="Selfie Of The Year 2015 KLCC">

Baca juga; #Selfie Berbahaya Viral Media Social Yang Trendy


 Hey Dude,! Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita 'selfie sensasi' dari dunia menara gading,dimana seorang mahasiswa graduan jurusan fotografi sebuah university awam di Malaysia(saya tidak mahu menulis secara tepat nama university tersebut,kerana tidak menjadi keperluan untuk artikel ini) telah mengambil gambar selfie ketika menerima skrol daripada Pro Canselor university tersebut.

Baca artikel berkaitan disini; #Selfie Viral Media Social Yang Trendy

Berbagai reaksi dari pada masyarakat,pro dan kontra ada yang positif tidak kurang juga yang negatif.Ada yang berpendapat tindakan melakukan selfie demikian sebagai tidak beretika kerana melanggar batas protokol majlis rasmi berkenaan.

Namun pada artikel ini,saya bukan hendak membahas 'selfie sensasi' diatas.Namun masih berkaitan tentang 'selfie' juga.Yaitu tentang keberanian lima orang pekerja penyelengara-building service,Bangunan Tertinggi di Asia Menara Kuala Lumpur -KLCC,mereka telah mengambil gambar selfie pada ketinggian 1,38i feet dengan menggunakan monopod.

Dengan hanya berpaut pada tiang keluli di puncak menara berkenaan, seorang daripada lima pekerja terbabit memegang monopod sementara yang lain menjulurkan kepala masing-masing memandang ke arah kamera bagi memberikan posing terbaik.

Berlatar belakang keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari udara, gambar tersebut telah mendapat perhatian sehingga menjadi viral di laman sosial Facebook.

Sungguh mengagumkan! dengan persiapan yang rapi,mereka dengan mengenakan pakaian yang dilengkapi dengan body harness, tali keselamatan pada badan, maka terhasillah sebuah gambar selfie yang hebat lagi sensasi dan layak mendapat penghargaan 'Selfie Of The Year 2015'
___________

Courtesy to FBSiakap Keli via TRPost.

No comments