Bagaimana LifeStyle Hidup Mewah Yang Hedon Musnahkan Hidup Seseorang


Fazryan87.blogspot.com -- Bagaimana LifeStyle Hidup Mewah Yang Hedon Musnahkan Hidup Seseorang



Hey Dude,!Peristiwa berdepan detik-detik cemas saat disamun oleh penjenayah bersenjatakan parang dan sebagainya,sudah tentu merupakan trauma dan tidak mudah dilupakan oleh seseorang yang menjadi mangsanya.

<img src="LifeStyle Hidup Mewah Yang Hedon.jpg" alt="Bagaimana LifeStyle Hidup Mewah Yang Hedon Musnahkan Hidup Seseorang ">
                                              Ilustrasi Image by Google
                          

Demikian yang dialami sepasang suami isteri berusia 34 dan 31 tahun yang juga merupakan doktor di sebuah hospital di Kubang Kerian,Kelantan.Saat sedang nyenyak tidur dirumahnya di Bandar Baru Kubang Kerian telah diserang oleh dua lelaki penjenayah pada awal pagi(17 May  2015)

Doktor wanita berkenaan berkata penjenayah tersebut dipercayai masuk ke dalam rumah melalui tingkap dengan menanggalkan cermin dan memotong gril.

Beliau berkata suaminya turut dipukul menggunakan senjata keras menyebabkannya cedera di bahagian kepala.

“Penyamun juga menumbuk suami saya beberapa kali sebelum dia diikat menggunakan tali dan mereka kemudiannya mengambil barangan berharga seperti barang kemas dan komputer riba,” katanya ketika ditemui wartawan bernama di rumahnya hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit turut melarikan dua buah kereta jenis Mitsubishi Lancer dan Honda City miliknya yang diletakkan di bahagian garaj rumah berkenaan.

Katanya akibat kejadian itu, beliau dan suaminya terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – BERNAMA.

Kenapa jenayah berat ini boleh berlaku dinegara kita?

Menurut pendapat secara umum tentang berlakunya kejahatan seperti diatas,yang saya adaptasi dari pendapat sosiologi khusus oleh Dr Musni Umar,Doktor dan Ph.D (Philosophy of Doctor), Lulusan bidang Antrologi dan Sosiologi, Univ. Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia.Dan Master of Science (M.Si), bidang Sosiologi – Kekhususan Manajemen Pembangunan Sosial, Universitas Indonesia (UI), beliau berpendapat, fenomena mudahnya jenayah bersenjata berat berlaku di sesebuah negara,seperti peristiwa diatas adalah bisa disimpulkan: "Armed Robbery" (rompakan bersenjata) memiliki dua motif.

Motif itu adalah armed robbery by need dan armed robbery by greed. Armed robbery by need adalah jenayah pada umumnya yang melibatkan faktor ekonomi demi menafkahi keluarga.

Sedangkan Armed robbery by greed,adalah kerana keserakahan pelakunya. Penjenayah menjadi pelaku 'Armed robbery by greed'  kerana untuk membiayai lifestyle hidup mewah mereka yang hedon.

"Jenayah bersenjata yang dilakukan penjenayah sekarang adalah masuk kategori 'Armed robbery by greed'  kerana digunakan untuk membiayai  lifestyle hidupnya yang mewah.Walaupun tidak dinafikan adanya unsur-unsur pendorong dan pengaruh lainya yang tidak kurang pentingnya seperti terlibat dengan dadah dan sebagainya"
  • "Dan penyebab lain yang sangat tragis adalah faktor ekonomi. Ketika faktor yang satu itu menekan, seseorang mudah menjadi penjenayah dan cenderung berbuat tidak rasional dan meninggalkan akal sehat. Tindakan tersebut tidak lepas dari banyaknya faktor yang menghimpit"

Kasus hukuman jenayah rompakan bersenjata yang berlaku di Malaysia sebenarnya memang sudah cukup tegas dan berat,Namun kenapa hukuman yang sudah ada ini tidak  membuat para pelakunya punya efek jera dan adakalanya  mengulangi perbuatan yang sama.

Dr Musni Umar secara umum berpendapat;"Selain sanksi hukum yang berlaku seharusnya mereka(penjenayah) mendapatkan sanksi sosial misalnya diekspose namanya, fotonya di media,"

Menurut Musni, perilaku jenayah mencuri dan hingga melakukan rompakan nekad,adalah masalah yang biasa dihadapi masyarakat bawah kerana banyaknya tekanan yang mesti diselesaikan.

“Kenapa ini terjadi pada masyarakat bawah kerana banyak yang tidak sanggup menanggung beban. Makanya banyak yang bertindak diluar nalar, itu persoalannya,” ujar Musni.
Wallahua'lam.
__________________

Courtesy to Bernama/ musniumar.wordpress.com.
Adaptasi artikel "Wawancara Musni Umar bertajuk “Faktor Ekonomi Picu Masyarakat Berbuat Nekat”

No comments