Bagaimana Cara Membina Ukhuwah Tanpa Ghibah-Gosip;Tips Membina Kemahiran Bersosial
Bagaimana Cara Membina Ukhuwah Tanpa Ghibah-Gosip;Tips Membina Kemahiran Bersosial.
Hey Dude,Pada thread sebelum ini saya share dengan Anda tentang formula untuk Anda menjadi seorang pembawa berita gembira positif. Dan coba elakkan diri Anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan Anda dimana saja Anda berada.Baik ia didunia nyata ataupun didunia maya.
Selanjutnya ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Pada thread sebelum ini saya ada rungkaikan tentang cara kita melakukan kata-kata pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan bernada ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik dalam membina persahabatan dimana saja.
Sebelumnya jangan lupa baca; Bagaimana Cara Anda Jadi Pembawa Berita Gembira Bukan Gosip:Tips Membina Kemahiran Bersosial.Hey Dude,Pada thread sebelum ini saya share dengan Anda tentang formula untuk Anda menjadi seorang pembawa berita gembira positif. Dan coba elakkan diri Anda daripada membawa berita-berita yang tidak baik kepada kawan Anda dimana saja Anda berada.Baik ia didunia nyata ataupun didunia maya.
Selanjutnya ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Pada thread sebelum ini saya ada rungkaikan tentang cara kita melakukan kata-kata pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan bernada ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik dalam membina persahabatan dimana saja.
So, tips untuk thread kali ini, saya coba share dengan Anda semua.Jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.
Sebenarnya prilaku mulia ini sangat susah dilakukan,bukan ramai yang mampu melakukannya.Kerana orang-orang yang boleh atau mampu melakukan prilaku 'memuji-memperkatakan' yang baik-baik tentang kawannya memang terbukti seorang yang ikhlas dan punya motivasi diri yang kuat.
Ramai kita jumpai dimana saja,baik di sekolah-universiti,pejabat,lingkungan kejiranan adalah orang-orang yang suka membawa cerita negatif,kelemahan orang lain bahkan aib kawan-kawan mereka sendiri.Kerana dalam masyarakat kita situasi begini bagaikan sebuah forum keseronokan yang mengasyikkan dan disukai ramai orang.
Apabila Anda bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang kawan Anda dibelakang mereka, itu dinamakan gosip dan mengumpat atau bergunjing Dalam istilah hukum Islam disebut sebagai ghibah.Perbuatan ini bukan saja tidak baik dari segi moral malah sebuah dosa besar disisi agama Islam
Saya pernah terbaca sebuah puisi tentang 'ghibah' di sebuah media Islam dan saya terkejut ketika membacanya:Source
Ghibah itu indah.
Ghibah itu indah, bisa membuat hubungan kita dengan kawan-kawan menjadi dekat.
Ghibah itu indah, kerana dilakukan berjama’ah dan atas dasar suka sama suka.
Ghibah itu indah, kerana dengannya sudah tidak ada lagi rahasia diantara kita,dan kita semua menjadi manusia yang sama dan tidak ada kasta.
Kerana keuntungan dari berghibah adalah semua rahasia bukan menjadi rahasia lagi dan semua rahasia menjadi milik umum.
Bukankah hal itu bagus,sehingga masyarakat yang tidak memiliki apa-apa paling tidak punya satu hal yang mereka miliki yaitu berita dari hasil perghibahan sesama wartawan, orang kaya,orang kota,petani,peniaga, guru dan pensyarah dan lainnya.
(!) Ghibah itu indah sayang, namun berujung neraka. Kita tidak mengetahui bila pertama kali dilakukan, bila kita mengetahui maka dapat kita peringati, dan berkomitmen untuk tidak menjadi anggota masyarakat yang hidup dengan ghibah.
Alkisah, Aisyah RA, istri Rasulullah SAW beserta kawannya berpapasan dengan rombongan yang akan pergi ke suatu tempat. Ketika berpapasan Aisyah ra, sedikit bergunjing-mengumpat dengan dirinya sendiri didalam hati ketika melihat wanita yang bertubuh gemuk, Aisyah ra, berkata, ”gemuk betul tubuhnya”, dan ketika melihat tubuh yang kurus fikirnya, ”kurus betul tubuhnya”.
Dan ketika hal itu diketahui oleh Rasulullah, maka Aisyah diminta untuk membuka mulutnya. Ketika Aisyah membuka mulutnya, maka tiba-tiba keluarlah darah kental hitam dari mulut Aisyah ra yang mulia.
Subhanallah, iri rasanya melihat bagaimana Allah SWT menjaga Aisyah RA. Jika Aisyah RA melakukan perbuatan yang menurut kita hanya dosa kecil.Ternyata sudah dihukum oleh Allah SWT di dunia. Dan darah hitam yang kental itu menunjukkan bahwa perbuatan Aisyah RA,dalam berghibah itu, walaupun hanya terlintas difikiran saja, telah dihukum oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Bagi kita semua baik lelaki dan wanita, ghibah itu merupakan hal yang menyenangkan dan terlihat indah kerana mampu membuat kita mungkin memiliki banyak kawan kerana begitu banyak informasi,berita dan cerita dari kita untuk teman-teman kita. Hal itu semua tanpa kita sadari mampu mempererat ukhuwah.
Namun sebetulnya ghibah itu merupakan sebuah dosa besar yang tidak terlihat langsung korbannya, tapi dampaknya luar biasa. Dan hal itu lagi-lagi ditunjukkan oleh Allah SWT dalam Al Quran Surah Al Hujurat ayat 11 yang berbunyi:
”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Terj;AlQuran Surah Al Hujurat.49:11).
Astaghfirullahaladzhiim, Yaa Raab, dalam siangmu yang terik ini, hamba memohon kepadaMu, untuk menjadi bagian dari hamba-Mu yang mampu menjaga lidahnya untuk selalu berkata baik dan tidak berkata-kata yang membawanya ke neraka.
"Ghibah itu indah, mempererat ukhuwah tapi dibelakangnya terdapat sengsara berujung neraka"
Akhirulkalam,Apa saja namanya seperti Gosip,Mengumpat,Bergunjing,Ghibah adalah sangat tidak baik dan boleh merosakkan hubungan dan juga nama baik anda.
Tidak ada orang yang suka kepada seseorang yang suka mengumpat dan menyebarkan gosip. Tetapi, jika anda puji kawan ada dibelakang mereka, perkara sebaliknya akan berlaku. Anda akan dilihat sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.
Tujuan saya berkongsi tips ini bukanlah untuk memanipulasikannya dan cuba buat anda kelihatan baik di depan kawan-kawan anda.Tips ini adalah untuk anda amalkan dan jadikannya sebahagian daripada perwatakan anda.Anda akan jadi insan yang lebih baik jika anda sebarkan pujian dan berita baik berbanding jika anda sebarkan kutukan, fitnah, gosip dan berita buruk.
Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah perkara baik yang anda boleh lakukan berupa pujian tentang kawan-kawan anda? Apakah berita-berita baik yang anda boleh kongsikan bersama mereka?
Anda perlu faham memuji kawan tanpa kehadirannya bukanlah termasuk kategori 'mengampu-membodek dan sebagainya.Kerana sebuah pujian yang baik-baik tentang diri seseorang atau kawan Anda,tanpa kehadirannya-dibelakang kawan Anda ianya memerlukan sebuah keikhlasan.Wallahua'lam.
Selanjutnya baca juga tentang tips ini; Bagaimana Cara Belajar Jadi Pendengar Yang Baik Untuk Membina Kemahiran Bersosial.
No comments
Post a Comment