Uniknya Floating Market Di Hatyai Thailand
Uniknya Floating Market Di Hatyai Thailand-
Sekiranya Anda pernah berkunjung ke kota Bangkok Thailand,tentu anda pernah melihat kaum wanitanya berniaga diatas perahu disungai, dan senantiasa bergerak kesana-sini,untuk menjual berbagai barangan daripada makanan hinggalah barang-barang cendramata yang terdiri hasil kraftangan yang unik.
Namun jika anda berkunjung ke bandar Hatyai (baca;Hanyai) di selatan Thailand; Anda boleh masuk ke Hatyai dari sempadan Bukit Kayu Hitam,Kedah di Utara Semenanjung atau juga dari sempadan negeri Kelantan dipantai timur Semenanjung Malaysia.
Baca juga ; Kemsom-Keng Som Masakan Asam Pedas Special Ala Thailand

(FOTO;Peniaga Wanita Perahu Hatyai/by Image google)
Seperti di kota Bangkok,di bandar Hatyai juga ada lokasi perniagaan di atas perahu sungai ini yang agak unik.
Umumnya para peniaganya adalah kaum wanita muslimah yang berniaga atas perahu, konsepnya seperti pasar terapung di Bangkok, tapi di Hatyai perahunya tidak bergerak kesana-kemari seperti di sungai kota Bangkok.
Para peniaga akan sentiasa berada dalam perahu kayu dan pelanggan berada atas pelantar kayu sepanjang sungai. Pembeli akan order, penjual akan memberi makanan yang di tempah guna bakul yang di letak hujung galah buluh. Pembeli ambil makanan dan letak duit dalam bakul.
Read also this thread here;
Travel To Danok Thailand Border Bukit Kayu Hitam Malaysia
Dan jika anda berkunjung ke Hatyai,pasar terapung tersebut dinamakan ,Pasar Terapung Klong Hae Market yang dibuka dari jam 2 petang hingga 10 malam dari hari Jumaat hingga Ahad.
Keunikan makanan yang dijual dipasar perahu ini,adalah makanan tersebut diletakkan dalam bekas berupa kraftangan misalnya makanan Ais kacang diletakkan di bekas mangkok bentuk ayam, mangkok siput, mangkok itik dan juga buluh.
Kraftangan berupa mangkok tadi Anda boleh bawa pulang sebagai cendramata.
Dan makanannya enak-enak belaka. Misalnya pengat pisang salai, ubi salai di letak dalam daun pisang yang di bentuk seperti kapal.
Memang unik,cara mereka menceriakan dan melariskan barangan jualannya. Minuman dimasukan dalam buluh, straw pun dari buluh.
Sungguh kreatif sekali..