Travel to Danok,Thailand Border Bukit Kayu Hitam Malaysia

Travel to Danok,Thailand Border Bukit Kayu Hitam Malaysia-Ada sebuah bandar kecil bernama Danok di perbatasan Thailand dan Negeri Kedah, di Utara Semenanjung Malaysia yang dulu digelar bandar cowboy - sama seperti bandar kecil Hatyai di Selatan Thailand yang bersempadan dengan Negeri Kelantan,juga digelar pekan cowboy-Kerana bangunan kedai-kedai dan rumahnya terdiri dari rumah usang dari kayu yang berderet seperti pekan cowboy dalam filem Amerika era 70an.

Namun kini pekan Danok sudah semakin maju dengan bangunan rumah-kedai sudah banyak dari berubah dengan bangunan cukup permanen.



Danok, sebuah pekan kecil di Thailand setelah melepasi Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Dulu merupakan sebuah pekan kecil yang kurang dikenali ramai di sempadan Malaysia dan Thailand.

Dan kini Bukit Kayu Hitam adalah pintu sempadan yang sangat-sangat sibuk terutamanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad manakala bandar Padang Besar di negeri Perlis dan bandar Wang Kelian juga di Perlis adalah pintu sempadan yang tidak terlalu sibuk.

Bandar kecil Danok sebenarnya bagaikan syurga untuk Anda berbelanja kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Jalan Petaling Street.China Town,Kuala Lumpur.

Barangan berupa pakaian beg -beg tangan(tas) beg sandang dari berbagai brand terkenal Louis Vuitton, Coach, Parada semuanya ada di sini.

Soal harga?,Well.sudah pasti lebih murah dari yang Anda lihat di butik-butik terkenal  shoping center di Bukit Bintang dan KLCC bahkan juga di jalan  Petaling Street.Kuala Lumpur.

Pelancong dan pengunjung yang datang ke Danok bukan saja untuk shoping habis-habisan,di Danok mereka juga boleh menikmati berbagai citarasa makanan yang berlainan dari Tanah Besar Semenanjung.



Datang berkunjung ke pekan Danok bagai kemestian,
Travel to Danok,Thailand Border Bukit Kayu Hitam Malaysia,Bagi mereka yang berkunjung ke bandar Sintok, di Kedah, mengunjungi pekan Danok adalah satu kemestian.

Ia bagaikan satu perkara yang janggal kedengarannya, jika anda tidak mengunjungi pekan Danok.

Sama ada menggunakan pengangkutan sendiri, mahupun menaiki bas dari bandar Alor Setar ke Changlun dan seterusnya menaiki teksi ke sana, pekan Danok tidak pernah sunyi daripada kedatangan pelancong.

Dan kebetulan di bandar Sintok,Kedah ada sebuah university bernama Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

"Dari Sintok ke Pekan Danok hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Kalau dari Alor Setar pula, mengambil masa 45 minit.Ia adalah satu tempat menarik sebenarnya".

"Lupakan sebentar mengenai kegiatan pelacuran di Danok yang kesannya agak membawa imej buruk kepada pengunjung yang baru kembali dari sana.Padahal di sana sebenarnya adalah satu pusat pelancongan dan perbelanjaan yang menawarkan semua benda yang kita inginkan".

"Malah, saya suka datang ke sana kerana dapat melihat pemandangan gajah di atas jalan raya," menurut seorang pelancong dari Eropah yang ditemui penulis.

No comments