Meraih Sukses Pendapatan $100,000 Sebulan Dengan Menjual Daun Semanggi

  So it’s True, Four-Leaf Clovers ARE Good Luck!

FORTUNA LIFESTYLE.COM | Bidang bisnis atau perniagaan apapun yang Anda usahakan semestinya Anda jalani secara tekun ,gigih dan sabar dalam menempuh pelbagai cabaran / tantangan,Jadi tidak ada jalan mudah atau jalan pintas untuk Anda meraih dan menghasilkan keuntungan.

Tetapi agak berbeda dengan perniagaan yang dijalankan lelaki Korea Selatan ini. Perniagaan unik ini membuahkan hasil yang sangat lumayan kepadanya.
Hong In Heon, mampu meraih sukses pendapatan sebanyak USD 100,000 perbulan atau sekitar RM 400,000 sebulan hanya dengan menjual sejenis daun.


<img src="#Daun Semanggi.jpg" alt="Meraih Sukses Pendapatan $100,000 Sebulan Dengan Menjual Daun Semanggi">

                                         



Daun Apakah yang membuat dia boleh untung sedemikian besar itu?

Daun yang dijual Hong bukanlah sembarangan daun. Hong In Heon adalah ahli perniagaan yang menjual "Daun Semanggi Empat Kelopak". Hong juga memiliki ladang tanaman Daun Semanggi Empat Kelopak tersebut diladangnya sendiri.

Dalam tayangan program Televisi Daedongyeojido, Hong In Heon menjelaskan bahwa dia memelihara dan menumbuhkan bibit semanggi di tempat khusus. Di dalam rumah kaca miliknya,hingga semanggi berdaun empat tumbuh dengan suburnya.

   READ MORE

Perniagaan Frozen Food Boleh Membantu Anda Menjadi Hidup Senang
Cukup 5 Menit Untuk Anda Membaca Tips Rahasia Sukses Para Entrepreneur Membangun Bisnis Startup
10 Tips Untuk Memilih Side Job yang Tepat bagi Passive Income Anda
<img src="#Daun Semanggi.jpg" alt="Meraih Sukses Pendapatan $100,000 Sebulan Dengan Menjual Daun Semanggi">
                                       Source Photo
Dalam tradisi budaya Masyarakat Korea dan Negeri-Negeri Timur Jauh ini. Daun Semanggi empat kelopak dipercayai oleh mereka, sebagai tumbuhan yang membawa tuah dan nasib baik kepada sesiapa yang memilikinya. Kepercayaan tradisi turun-temurun ini merupakan salah satu faktor kepada prospek kejayaan perniagaan Hong In Heon.

Kepercayaan tradisi ini yang masih dipercayai masyarakat inilah yang menjadikan perniagaan semanggi empat kelopak Hong In Heon laris di pasaran. Terbukti Aura ‘nasib baik’ pada Daun Semanggi ini adalah melalui kejayaan Hong sendiri.

Pembibitan dan Perawatan Secara Khusus

Dalam satu program televisyen di Korea, Daedongyeojido, Hong In Heon menjelaskan bahawa dia menyimpan dan menanam biji Daun Semanggi  tersebut di tempat yang khas. Di dalam rumah kaca yang dibinanya,Daun Semanggi empat kelopak berkembang dengan subur.

Seperti yang dipetik daripada media Koreaboo.Com, Hong In Heon berkata jika disimpan dalam habitat suhu hangat, Daun Semanggi empat kelopak boleh berkembang dan dituai sepanjang tahun.
<img src="#Daun Semanggi.jpg" alt="Meraih Sukses Pendapatan $100,000 Sebulan Dengan Menjual Daun Semanggi"> Inside the greenhouse, there are heaps of four-leaf clovers growing! #Source Photo

Permintaan Tinggi Daripada Pengusaha Restoran dan Kafe

Keistimewaan daun semanggi empat kelopak Hong In Heon adalah daunnya boleh dan selamat untuk dimakan. Banyak kafe dan restoran di pelbagai kawasan di Korea Selatan membeli daun tuaian semanggi dari ladangnya.

Biasanya daun semanggi digunakan sebagai hiasan menu makanan dan minuman, kerana ia selamat untuk dimakan. Hong In Heon menjualnya dalam pek yang mengandungi 500 daun semanggi, dengan harga USD 150 atau kira-kira RM612.00. Dalam sehari, dia boleh menjual kira-kira 10,000 daun.

<img src="#Daun Semanggi.jpg" alt="Meraih Sukses Pendapatan $100,000 Sebulan Dengan Menjual Daun Semanggi">
     If it’s big enough and has four leaves, the clover can be hand-picked! #Source Photo

“Saya telah menjalani perniagaan floricultural selama 20 tahun, tetapi tidak mendatangkan keuntungan yang lumayan. Saya sedar yang saya harus melakukan sesuatu yang berbeda dan istimewa. Jadi, saya memilih daun semanggi empat kelopak kerana semua orang pasti menyukainya,”
kata Hong In Heon.

Hong In Heon menyatakan bahawa daun semanggi yang dijualnya disimpan dengan kaedah yang selamat, tanpa menggunakan kejuruteraan genetik.

Selepas sembilan (9) tahun penyelidikan, percubaan dan kesilapan demi kesilapan, Hong In Heon akhirnya berjaya menjadi petani Daun Semanggi Empat Kelopak.

Ada ketikanya idea bisnes datang daripada aspek yang tidak terduga. Sebagai pejuang dalam lapangan perniagaan, penting untuk kita melakukan penilaian dan melakukan ‘kira-kira’ pro dan kontra untuk setiap idea, disamping mengambil kira keperluan semasa manusia.

Seterusnya, Jangan terlalu bimbang untuk mulakan langkah pertama. Seperti Hong yang gagal dengan perniagaan yang dijalankan selama 20 tahun, sebaliknya beroleh keuntungan berlipat ganda hanya setelah 9 tahun mengusahakan tanaman Daun Semanggi.

Sources; www.koreaboo.com
Via majalahniaga.com
Kredit ;
  Source Photo

No comments