'Love Scam Africans'Mengapa Masih Ada yang Menjadi Mangsa?

'Love Scam Africans'Mengapa Masih Ada yang Menjadi Mangsa?
Kode Iklan Di Sini
<img src="Love Scam Africans.jpg" alt=" 'Love Scam Africans'Mengapa Masih Ada yang Menjadi Mangsa? ">

Love Scams’ bukanlah satu fenomena baharu.

Walaupun internet merupakan antara medium untuk menambah kenalan – sebagai sahabat ataupun kekasih - namun pengguna internet harus bijak dan berjaga-jaga.

Sebagai contoh, laman mencari cinta, atau dating websites, mungkin memudahkan proses mencari pasangan hidup, namun adakah orang kita kenali menggunakan identiti yang sebenar? Atau terdapat identiti yang berbeda di sebalik gambar kacak/ganteng atau cantik yang digunakan?

Walaupun pelbagai amaran dan kesedaran tentang penipuan dalam talian telah dikeluarkan, Mengapa masih ada yang menjadi mangsa?


BACA JUGA:

AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa

TIPS Agar Tidak Mudah Tertipu Tentang Pembelian Property oleh Sindiket Penipuan Hartanah

Waspada Penipuan Wang Anda Via Sindiket Pelancongan Visa Australia

Kes terdahulu mangsa-mangsa ‘Love Scams’

Beberapa tahun lepas,yang dirilis astroawani.com, seorang usahawan wanita ditipu RM250,000 oleh seorang warga asing yang dikenali di Facebook dan seorang wanita yang mendakwa dirinya bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Mangsa memasukkan duit secara berperingkat ke dalam akaun milik individu yang berbeda.

Setelah didesak untuk memasukkan lebih banyak wang, wanita berkenaan bertindak untuk melaporkannya kepada pihak polis.

Pada Januari 2013 sehingga Ogos 2014, seramai 1,750 individu dilapor menjadi mangsa sindiket penipuan Internet atau 'love scam' yang membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM68 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,205 mangsa adalah wanita manakala bakinya ialah lelaki (545 orang).

"Berdasarkan laporan yang diterima polis, sejumlah 1,095 mangsa pada tahun lepas mencatatkan jumlah kerugian RM35.6 juta manakala setakat Ogos 2014, sejumlah 655 individu menjadi mangsa dengan jumlah kerugian lebih RM32 juta," katanya.

Tambahnya, walaupun jumlah mangsa menurun, nilai kerugian mencatat peningkatan dan ini amat membimbangkan terutama kepada golongan wanita, katanya.


Pengguna internet perlu berwaspada

Laman web Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) menyeru orang ramai untuk mematuhi amalan dan etika yang terbaik apabila mereka melayari laman sosial.

Katanya, pengguna internet perlu berhati-hati dengan rakan-rakan yang dikenali di internet dan tidak memenuhi apa-apa permintaan yang tidak munasabah.

“Pengguna perlu sedar bahawa apa sahaja yang lakukan di internet, termasuk panggilan video dan suara, boleh dirakam dan dimanipulasi untuk tujuan jahat,” kongsi laman web itu.

Orang ramai juga boleh membuat aduan menerusi laman web mereka iaitu www.mycert.org.my atau emel cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my

Laporan pada awal 2016 telah menunjukkan rakyat Malaysia kerugian hampir RM 44 juta oleh kerana sindiket penipuan Afrika. Baru-baru ini, pihak polis telah menahan 44 anggota sindiket Afrika ini. Apa yang menyedihkan, walaupun laporan berita mengenai sindiket ini sering tersebar, masih ramai yang terpedaya, dengan 90% dari mangsa terdiri daripada golongan wanita.

Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan sindiket ini:

  • Berkenalan melalui media sosial dan menggoda mangsa untuk menjalin hubungan. Sering menggunakan gambar lelaki berkulit putih.
  • Enggan untuk berjumpa, komunikasi terbatas hanya melalui email, panggilan telefon, atau mesej.
  • Anggota sindiket akan memberitahu mangsa yang mereka telah menghantar hadiah atau wang kepada mangsa tetapi menghadapi masalah di Jabatan Kastam, Imigresen atau bank.
  • Individu yang menyamar menjadi pihak berkuasa akan menghubungi mangsa dan meminta agar wang tersebut boleh didepositkan ke akaun bank peribadi mangsa.
  • ‘Pihak berkuasa’ tersebut akan meminta sejumlah wang cagaran bagi proses tersebut.
  • Apabila cagaran telah dibayar, ‘pihak berkuasa’ dan kenalan mangsa tidak dapat dihubungi.
Sindiket Penipuan ini sukar dibendung kerana selain mengambil kesempatan terhadap sikap rakyat Malaysia yang murah hati, anggota sindiket masuk ke Malaysia dengan menyamar menjadi pelajar di kolej-kolej swasta.
(pelbagai sumber)
Kode Iklan Di Sini
Admin
Fusce justo lacus, sagittis vel enim vitae, euismod adipiscing ligula. Maecenas cursus gravida quam a auctor. Etiam vestibulum nulla id diam consectetur condimentum.

Sign out
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar Yang Anda Sukai
How to style text in Disqus comments Top Disqus Commentators
  • To write a bold letter please use <strong></strong> or <b></b>.
  • To write a italic letter please use <em></em> or <i></i>.
  • To write a underline letter please use <u></u>.
  • To write a strikethrought letter please use <strike></strike>.
  • To write HTML code, please use <code></code> or <pre></pre> or <pre><code></code></pre>.
    And use parse tool below to easy get the style.
Show Parse Tool Hide Parse Tool

How to get ID DISQUS - http://disq.us/p/[ID DISQUS]

strong em u strike
pre code pre code spoiler
embed

Advertiser