Waspada Strategy Penipuan Wang Via Sindiket Penipuan Loteri
Saya teringat peristiwa pahit yang dialami kawan saya-suami istri sekitar akhir tahun 90an.Sang suami bekerja sebagai driver Bas Mini dan istrinya sebagai kondaktor.Mereka senantiasa bekerja berpasangan.Jika suami kerja istripun kerja begitulah sebaliknya.
Kejadian ini diceritakan kawan saya itu(suami) saat kami berjumpa setelah beberapa tahun syarikat Bas Mini dihentikan perkhidmatannya oleh kerajaan dan digantikan dengan pengangkutan Bas IntraKota.Mari simak kisahnya;
Pada suatu ketika sehabis kerja sang istri kawan saya ini pergi berjalan-jalan-window shoping ke Jalan Petaling (Petaling Street KL) bersama kawannya Tak lama sedang berjalan-jalan dikawasan pasar itu sang istri dihampiri oleh pasangan lelaki dan perempuan.Pasangan tersebut berkata kepada istri kawan saya itu,bahwa mereka mendapat hadiah loteri( lupa nombor berapa dia kena loteri itu)Tapi mereka tak bisa menuntutnya (mengambil) hadiah kemenangan loteri itu kerana mereka tidak punya kad pengenalan(I/C).
BACA JUGA:
AWAS,Sindiket Penipuan Pelaburan Penggandaan Wang, Modus Lama Yang Bijak Memerangkap Mangsa
Waspada Ciri-Ciri & Modus Operandi Sindiket Penipuan Wang Via Sindiket Pakej Pelancongan
Waspada Penipuan Wang Anda Via Sindiket Pelancongan Visa Australia
TIPS Agar Tidak Mudah Tertipu Tentang Pembelian Property oleh Sindiket Penipuan Hartanah
Setelah mereka memperlihatkan keratan suratkabar yang menunjukkan nombor yang menang itu dengan penuh yakin.Dan mereka berhasrat mahu menjual tiket loteri tersebut dengan harga sekian ribu ringgit.Lalu sang istri kawan itu menghubungi suaminya dan menerangkan perkara tersebut.Dan sang istri juga suruh suaminya bawa wang lagi kerana dia tak punya duit cash hanya ada beberapa utas barang kemas dan nilainya tak cukup untuk menebus tiket loteri tersebut.
Dipendekkan cerita,sang suamipun bawa wang sekian ribu ringgit.Entah syetan mana yang mempengaruhi kawan saya suami istri ini,akhirnya mereka percaya begitu saja dan setuju transaksi beli tiket loteri itu dari pasangan penipu tersebut(berapa ribu jumlahnya saya sudah lupa pokoknya barang kemas yang selalu dibawa istrinya,kerana takut meninggalkan dirumah ditambah pula dengan wang yang dibawa kawan saya itu)
Esoknya kawan saya dan istrinya pergilah hendak menebus hadiah ribuan ringgit ke pejabat syarikat loteri tersebut.Alangkah terkejutnya kawan saya itu bila pihak syarikat loteri mengatakan bahwa tiket loteri ini palsu.Nasib baik pihak syarikat loteri percaya alasan mereka bahwa telah ditipu dan tidak berurusan dengan polis atas sabit kesalahan "menipu" hadiah tiket loteri.
Allah Ta'ala saja yang tahu bagaimana perasaan suami istri kawan saya saat itu,kerana hasil jerih payah yang dikumpulkan dengan susah payah bekerja hingga overtime.hilang lesap sekelip mata.Apa mahu dikata.!
Jadi,siapa yang mahu disalahkan dalam kes diatas sang penipu atau kawan saya tersebut..!?
Begitu juga dengan paparan ini bahwa sekiranya Anda berfikir rakyat Malaysia tidak lagi mudah terperdaya dengan sindiket penipuan loteri, seorang lelaki telah kehilangan RM120,000 duit simpananya setelah terpedaya sindiket loteri.!

Kebiasaannya modus operandi anggota sindiket akan memaklumkan kepada Anda telah memenangi cabutan bertuah, atau mempelawa anda untuk mencuba cabutan loteri mereka.
Menurut siasatan Polis.anggota sindiket akan bergerak dalam satu kumpulan. Anda biasanya akan diberitahu telah memenangi hadiah bernilai (pakej pelancongan, barangan elektronik, telefon pintar dan lain-lain), tetapi anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk dapatkan hadiah Anda.
Seperti kes diatas, anggota sindiket juga boleh berpura-pura meminta pertolongan mangsa untuk menuntut hadiah, dengan menjanjikan sebahagian dari hadiah tersebut dengan syarat mangsa memberi sejumlah wang sebagai cagaran. Selepas memberikan wang tersebut, anggota sindiket terus menghilangkan diri.
Tip: Jika anda
benar-benar memenangi cabutan bertuah atau hadiah, Anda tidak perlu
membuat sebarang bayaran deposit. Jika anda diminta untuk berbuat
sedemikian, terus beredar dari situ dan supaya anda tidak terjebak
dengan sindiket seperti ini.Wallahu a'lam.
No comments
Post a Comment