20251024

1MDB-Case:'Perbualan Telefon Dato' Seri Najib, Mohd Bakke Tidak Pengaruhi Usahasama 1MDB-PSI'

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Case:'Perbualan Telefon Dato' Seri Najib, Mohd Bakke Tidak Pengaruhi Usahasama 1MDB-PSI'">

 1MDB-Case:'Perbualan Telefon Dato' Seri Najib, Mohd Bakke Tidak Pengaruhi Usahasama 1MDB-PSI'

  • Mahkamah Switzerland telah membuktikan. Dan telah menjatuhkan hukuman Kepada Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid (48), dan Patrick Mahony (47), pengarah di syarikat carigali dan pengeluaran minyak Arab Saudi, dituduh terbabit dalam penyelewengan mega yang didalangi oleh Low Taek Jho atau Jho Low, penasihat kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak.

  • Agensi berita Keystone-ATS yang melaporkan perbicaraan itu berkata, Pendakwa Raya Alice de Chambrier menggelar penyelewengan itu sebagai 'penipuan abad ini' apabila membandingkan jumlah kerugian dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

  • Peguam (Lawyer) yang mengetuai pasukan pembelaan Dato' Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Mahkamah negara tersebut tidak dapat membuktikan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mewakili mantan Perdana Menteri (DSNR) itu.

  • “Mahkamah Switzerland itu tidak sebut apa-apa tentang penglibatan Dato' Seri Najib Razak  dalam penyelewengan dana 1MDB,”  #TeamNajibRazakOfficial


<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Case:'Perbualan Telefon Dato' Seri Najib, Mohd Bakke Tidak Pengaruhi Usahasama 1MDB-PSI'">

 CAKRAWALA NEWS --  Ketika Mahkamah arahkan Dato' Seri Najib Razak untuk bela diri dalam kes 1MDB-Tanore, mahkamah kata:

“Pada 26 September 2009, kamu iaitu Dato’ Sri Najib Razak telah mengarahkan lembaga pengarah 1MDB (melalui panggilan telefon kepada pengerusi lembaga pengarah 1MDB) yang akan mengadakan mesyuarat khasnya pada hari itu di Royal Bintang Damansara untuk meluluskan satu resolusi memberi kuasa kepada 1MDB untuk mengambil bahagian di dalam suatu projek usaha sama ataupun joint venture (JV) dengan PetroSaudi International Limited dengan cara memasukkan atau membuat pelaburan modal sebanyak 1 bilion USD untuk mendapatkan 1 bilion saham di dalam sebuah syarikat joint venture.”

Tetapi panggilan telefonnya berbunyi demikian.

Najib:  "I would like the Board to quickly consider this proposal (JV dengan PetroSaudi) and firm up a decision on it".

Pengerusi 1MDB menjawab: “I would inform the other board members and we will look into it.”

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="1MDB-Case:'Perbualan Telefon Dato' Seri Najib, Mohd Bakke Tidak Pengaruhi Usahasama 1MDB-PSI'">

Peguam Najib Razak dakwa keputusan Mahkamah berdandarkan tarikh yang Salah, keputusan 1MDB dibuat sebelum Panggilan Najib Kepada Mohd Bakke.
Pihak Peguam DSNR membuktikan dengan menunjukkan tarikh dan fakta sebenar yang menunjukkan segala persiapan Joint Venture (JV) diantara 1MDB Dan PSI (PetroSaudi Internasional limited) dibuat lebih awal bukan selepas DSNR membuat panggilan.
Admin sertakan kepada Anda tarikh serta fakta utama (image diatas) agar mudah Anda memahami setuasi sebenar. Ini bukti yang keluar didalam Mahkamah semasa proses pembelaan Dari pasukan pembelaan DSNR. #TeamNajibRazakOfficial BACA JUGA: 1MDB-Tanore Case: "Dato' Seri Najib Razak, Saya Tidak Minta Imuniti sebagai Mantan PM Tetapi Keadilan dan Kesetaraan"

Pengerusi 1MDB sendiri tidak merasa terikat dengan kata-kata Dato’ Seri Najib Razak. Dia hanya menjawab akan memaklumkan kepada ahli lembaga lain dan menelitinya. Tiada komitmen bahawa cadangan itu akan dilaksanakan.

Malah, resolusi yang diluluskan lembaga pada 26 September 2009 itu menyatakan bahawa penyertaan dalam projek usaha sama itu adalah tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk keperluan penilaian bebas ke atas aset PetroSaudi, bukan kelulusan muktamad.

๐Ÿ‘‰ Tetapi lagi penting ialah apa yang berlaku sebelum panggilan telefon pada 26 Sept 2009 itu:

⬇️ - Pada 18 Sept 2009, iaitu lapan hari lebih awal, lembaga 1MDB telah mengadakan mesyuarat di mana Casey Tang Keng Chee  (Ketua Pembangunan Perniagaan 1MDB) dan CEO Shahrol Azral membuat pembentangan mengenai cadangan usaha sama dengan PetroSaudi International Limited (PSI).

⬇️ - Lembaga bersetuju untuk memulakan rundingan dan melantik Tan Sri Bakke serta Shahrol Azral sebagai wakil korporat dalam syarikat JV (Joint Venture).

⬇️  - Pada tarikh yang sama, syarikat JV bernama 1MDB PetroSaudi Limited telahpun ditubuhkan di British Virgin Islands — lapan hari sebelum panggilan telefon Dato’ Seri Najib Razak.

⬇️ - Pada 20 Sept 2009, seorang konsultan bernama Edward Elmos telah menghantar surat kepada 1MDB menawarkan khidmat untuk menilai aset-aset PetroSaudi.

⬇️ - Pada 25 Sept, sehari sebelum mesyuarat, lembaga 1MDB meluluskan resolusi membuka akaun bank bersama (joint account) di BSI Bank, Switzerland atas nama 1MDB PetroSaudi Limited.

Bermakna Lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB sudahpun mula memuktamadkan kerjasama dengan PetroSaudi - SEBELUM panggilan telefon Dato' Seri Najib Razak pada 26 Sept 2009 itu.

Malah, sebelum panggilan telefon itu, Dato' Seri Najib Razak tidak pernah berhubung dengan mana-mana ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai PetroSaudi.

Jelas bahawa Mahkamah telah terkhilaf, kerana panggilan telefon Dato' Seri Najib Razak itu bukanlah arahan untuk 1MDB bekerjasama dengan PetroSaudi, sebaliknya keputusan tersebut dibuat oleh lembaga dan pengurusan 1MDB berdasarkan penilaian mereka sendiri.

Penting juga dinyatakan bahawa ketika Mahkamah Negara Switzerland mensabitkan pemilik PetroSaudi bersalah,→ Mahkamah tersebut memutuskan bahawa mereka telah menggunakan Putera Arab Saudi, Prince Turki, untuk menipu 1MDB.  (Via, Eric See-To - Lim Sian See )

๐Ÿงพ Penafian / Disclaimer – Helmy Network Geopolitical Insight

Artikel ini diterbitkan oleh Helmy Network Geopolitical Insight berdasarkan sumber terbuka, laporan geo-politik dan ekonomi serantau, serta analisis bebas dari berbagai institusi internasional dan domestik. Segala pandangan, tafsiran, dan kesimpulan yang dikemukakan bersifat analisis akademik dan bebas, serta tidak mewakili pendirian rasmi mana-mana kerajaan, organisasi, atau pihak berkepentingan.

Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan, penyelidikan, dan perbincangan umum, bukan untuk mempengaruhi dasar politik, pelaburan, atau tindakan rasmi.

Penulis dan penerbit menolak sebarang bentuk manipulasi data, penyebaran fitnah, atau provokasi politik.

Helmy Network Geopolitical Insight komited terhadap etika kewartawanan bebas, ketelusan data, serta tanggungjawab moral dalam menyampaikan analisis yang berimbang dan berpaksikan fakta.

Editor:  Helmy El-Syamza

Follow me at;
facebook.com/helmyzainuddin
CAKRAWALA NEWS:
https://t.me/cakranews

www.tiktok.com/@romymantovani
twitter.com/romymantovani

 TAGS : 1MDB-Tanore, Najib Razak, News & Politics, 

No comments:

Post a Comment