Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019">
Itu dia. "DAP dah suruh UMNO jangan buat hal dengan komik Superman Hew Kuan Yau"
// by Lim Sian See

Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019">
Sejarah berkenaan apa dan mana yang dirujuk dia dalam komik tersebut?
Apa maksud Teresa Kok bila dia sebut "memandang sejarah dari sudut yang lebih terbuka dan rasional" ketika dia tegur UMNO?  by Lim Sian See

  • Sinopsis; Entah kenapa kerajaan Madani telah batalkan larangan terhadap komik kontroversial Superman Hew pada ketika ini yang langsung tak beri apa-apa manfaat kepada negara Malaysia.

  • Masa dulu, Datuk Seri Najib Razak adalah antara orang pertama yang bangkitkan isu ini sehingga kerajaan PH1.0 terpaksa larangkan komik tersebut sebab Datuk Seri Najib Razak tak senang bahawa komik ini sedang dihantar kepada semua sekolah di Malaysia ketika itu.
  • Antara isu kontroversi yang dibangkit masa itu ialah:
  • 1. Komik ini didapati telah mengagungkan Chin Peng serta perang komunis di Malaya
  • 2. Komik tersebut juga memberi bayangan yang orang Islam adalah penyokong keganasan apabila salah satu helaian yang tersebar menunjukkan yang penduduk Etnik Uighur yang berada di Xinjiang merupakan parti pemisah dan merupakan pengganas di China.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019">
PEMUDA UMNO sudah berbunyi. "Jangan ini macam isu BlackRock-MAHB. Pemuda bantah tapi yang lain sokong pulak". by Lim Sian See


    FORTUNA MEDIA -- Ringkasan kontroversi komik propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019:

   1. Datuk Seri Najib Razak dedahkan komic propaganda Superman diedar kepada semua sekolah menengah secara senyap.

   2. Hew Kuan Yau mengesahkan komik sudah diedar, Nafi itu propaganda DAP.

   3. DAP nafi ada kaitan dengan komik serta penerbitnya walaupun mengaku kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan tahunan kepada penerbit.

   4. Menteri Pendidikan Maszlee nafi pernah beri kebenaran untuk edar komik.

   5. Gambar PM ke-7 menghadiahkan komik kepada Presiden China mula tular.

   6. KDN kata komik itu tidak betul dan arahkan siasatan dimulakan.

   7. PM ke-7 nafi tahu apa kandungan komik itu walaupun dia memberi kepada Presiden China. Nafi pernah memberi kebenaran imej dia digunakan untuk komik itu.

   8. Hew bidas DS Maszlee (Menteri Pendidikan waktu era itu) Kata kontroversi komik ini salah Datuk Seri Najib Razak.

   9. PAS dan UMNO kecam komik propaganda itu.

  10. Datuk Seri Najib Razak muat naik 3 lagi halaman komik itu.

  11. Syed Saddiq bidas Hew sebagai super stupid.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Ringkasan Kontroversi Komik Propaganda Superman Hew Kuan Yau tahun 2019">

"Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”
"Kalau ini bukan rasisme, saya tidak tahu apa," kata Syed Saddiq by Lim Sian See

   12. Akar umbi dan 5 ADUN DAP bidas Maszlee. Suruh komik itu diedar kepada sekolah dan suruh polis untuk tidak siasat Hew.

   13. Pemuda PPBM bidas Akar umbi dan ADUN DAP.

   14. ABIM kata komik ini ada masalah. Memberi bayangan bahawa orang Islam adalah penyokong keganasan.

   15. EXCO DAP Johor bidas DAP.

   16. Penyokong DAP kata ada unsur-unsur DAP sabotaj DAP.

   17. Hew bidas Syed Saddiq. Hew kata mereka yang tak faham komik dia adalah orang bodoh.

   “Banyak orang bodoh tidak tahu membezakan ciri-ciri pembaharuan dan pembukaan ekonomi China dengan penyebaran ideologi komunis China,” katanya.

   18. Penganalis politik kata isu komik ini mampu memecahkan Pakatan Harapan.

   19. Maszlee kata komik Hew tidak mendapat kebenaran dari KDN dan tidak mematuhi akta cetak.

   20. Komik diharamkan kerajaan PH1.0.

   Semalam pula(14 Ogos 2024), kerajaan Madani telah batalkan larangan komik tersebut. ( Via Najib Razak)[HSZ]

 Sources; pelbagai media

 
Editor; Romy Mantovani

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : 
Najib Razak,  TopStories, News, News Focus, Political News, Superman Hew Kuan Yau, Komic 


No comments