Mahkamah Rayuan: Muhyiddin's Charge Case Jelas Dan Di Kekalkan
"If you have friends like mail, you dont need enemy" Jangan lupa tatap wajah wajah pada image diatas ini. DS Zahid Hamidi, akan dimaki dikutuk jika gagal bebaskan DS Najib Razak, Tetapi jika wajah-wajah ini tidak sekongkol sumbat DS Najib Razak kepenjara tentu DS Zahid tidak perlu pikul beban hasil kerja wajah-wajah majal ini. [Via,facebook.com/Chulan]
|
- Kes TS Muhyidin (TSM) disahkan oleh mahkamah kemaren[May 7, 2024] sebagai sangat kukuh dan jelas (very clear cut case) dan TSM perlu persiap bela diri. Sememangnya tiada keraguan dan wang memang ada didalam akaun parti Bersatu dan pemimpin Bersatu.
- Tiada kerja konspirasi dan tiada buat aturan individu untuk kendali kes macam Bossku kena. TSM pandai jawap, lepas, macam kes Bossku buat apa pun skrip sudah disiapan dulu.
- Unlike kes Bossku, wang paling banyak diperolehi dari kroni "The Atok Tua" seperti Suami TS Zety Aziz (mantan gabenor Bank Negara Malaysia), TS Nor Yakob, Nik Fesal dan Ambank.
- Bahkan perasuah dan pegawai tidak amanah yang dijadikan saksi "Stool Pigeon" (merpati najis/informan) yakni Jasmin Loo milik lebih banyak wang 1MDB dari yang tertuduh.
- Jasmin songlap RM100 juta, Tetapi DS Najib yang kena 12 tahun. Cuma 43 juta itu pun tidak ada bukti arahan Bossku suruh masuk kan. Mana mungkin lagi "The God Father" berani membual pasal 1MDB lagi sejak seluar nya sudah terlondeh by TS Azam Baki-SPRM.
Ilustrasi Image by my-tv.online |
Panel tiga hakim berpendapat, butiran penuh empat pertuduhan yang dihadapi TS Muhyiddin memadai untuk dia tahu apa yang dihadapinya.
Panel itu dipengerusikan hakim Hadhariah Syed Ali.
28 Feb lalu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan dan membebaskan TS Muhyiddin.
Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas ahli parlimen Pagoh berkenaan.
Dalam penghakiman bertulis, Hadhariah Syed Ali berkata, pada pendapat mereka butiran dalam setiap empat pertuduhan ke atas TS Muhyiddin memadai untuk memberi notis kepada responden mengenai perkara didakwa.
“Responden tidak terkeliru dalam apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.”
“Oleh itu, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan (yang didakwa) dilakukan.”
“Dalam hal ini, kita dapati yang arif hakim mahkamah tinggi tersilap apabila dia berpendapat pertuduhan tidak jelas dan responden diperdaya,” kata Hadhariah Syed Ali.
TS Muhyiddin juga masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Mac tahun lalu di Mahkamah Sesyen, TS Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa.
Dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.
Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
TS Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan Presiden Bersatu mendapatkan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021
Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.
Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu didakwa di bawah Amlatfpuaa2001, dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.
Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke akaun PPBM.[HSZ]
Sources; my-tv.online/2024/
Editor; Romy Mantovani
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#TAGS : #Najib Razak, #1MDB, #Jho Low, #SPRM, #TopStories, #News, #News Focus, #Political News,
No comments
Post a Comment