𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤, "𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐨 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞?" - 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤, "𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐨 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞?" - 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡">
Daulat Tuanku! Merafak sembah menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas khidmat bakti Tuanku // Photo by facebook.com/NajibRazak

𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤, "𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐨 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞?" - 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡

  • FAKTA ULANGKAJI UNTUK DIFAHAMI DAN DIHADAM OLEH KELOMPOK POLITICY DAN PENTAKSUB PARTI : APA PILIHAN TUANKU YDP-AGONG ADA. SELEPAS CADANGAN BAGINDA DITOLAK W/Rakyat PAGOH DAN MARANG?

  • Sampai bila mahu biarkan diri terus diperbodohkan kepimpinan parti yang hanya memikirkan "Agenda Kekuasaan". Sedangkan matlamat hakiki Anda sebagai pengundi untuk memilih mereka melalui proses demokrasi adalah agar mereka menjadi ABDI RAKYAT yang bekhidmat KEPADA RAKYAT...🙋

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤, "𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐨 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞?" - 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡">
Ilustrasi Image by.facebook.com/SkuadSiasat

     𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤, "𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐜𝐡𝐨𝐢𝐜𝐞 𝐝𝐨 𝐈 𝐡𝐚𝐯𝐞?" - 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡

     FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR- Idea mewujudkan Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sejak perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

     Al-Sultan Abdullah bertitah, ia lantaran Baginda melihat majoriti yang dimiliki Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tipis, sekali gus memungkinkan krisis pentadbiran Negara berulang.

    Ia juga seiring hasrat baginda untuk melihat suasana harmoni diwujudkan di negara ini yang seharusnya bermula di Parlimen.

   “Saya nak satu keadaan harmoni dalam negara kita ini dan ia seharusnya bermula di Parlimen.

   “Kita tidak harus bergaduh ataupun berfikiran lain kerana kita nak majukan negara kita, nak tingkatkan nama baik negara kita,” titah baginda.

    Namun, pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15/Sabtu,19 November 2022) menyaksikan tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

    Justeru, Baginda menawarkan penyelesaian sama, iaitu menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

   “Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas) …tapi saya tak nak bangkit (ulas isu ini) lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.

   “Then, what choice do I have? Jadi baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan).

   “Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga.

   “Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat. Selain itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin politik,” titah Al-Sultan Abdullah.

   Baginda berkongsi pengalaman pemerintahannya itu dalam wawancara bersama beberapa media tempatan dan antarabangsa di Istana Negara, baru-baru ini.

   Al-Sultan Abdullah bertitah, niat Baginda dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menyatukan semua parti supaya Malaysia mempunyai kerajaan yang kukuh dan stabil, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya.

   “Namun, saya berharap, perkara ini (Kerajaan Perpaduan) masih dapat diusahakan. Kita tidak harus berputus asa.

   “Soal berkenaan siapa Perdana Menteri, itu terpulang kepada pucuk pimpinan politik kerana bukan Agong yang memilih Perdana Menteri.

  “Wakil rakyat yang akan cadangkan nama, bukan Agong yang cadangkan nama siapa Perdana Menteri kerana Agong tidak boleh lantik Perdana Menteri sewenang-wenangnya.

   “Kalau macam itu, senang lah…tak perlu ada Parlimen,” titah Baginda disusuli ketawa kecil -[HSZ] 

Kredit Astro Awani-Via 
facebook.com/Chu Lan

Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani 

 #TAGS : #Topstories, #News & #Politics, #Exclusive

   VIDEO:



No comments