Catatan Eksplorasi Keindahan Danau Toba [02]
The pride of this Zoo, hybrid experiment: Lion + Tiger named 'LIGER' |
Catatan Eksplorasi Keindahan Danau Toba [02]
- Melanjutkan sambungan catatan perjalanan lalu. Setelah sampai di Zoo Kota Permatang Siantar dengan bayaran tiket masuk seharga 7000 rupiah waktu itu (2011) per-orang yang bersamaan dengan (lebih kurang tiga (3) Ringgit Malaysia)
Monyet putih terus meminta kacang😅 |
I love this one. Big Iguana💗 |
Setelah bertanya dan diberitahu petugas Zoo, kami pun pergi menuju sebuah Surau. Walau kecil hanya muat untuk 10 orang secara serentak sholat. Bagi pihak saya Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur, kerana Kota Permatang Siantar ini boleh dikatakan majoriti non-Muslim iaitu penganut Kristian Protestan. Dimana pihak pengurusan Zoo cukup peka dan prihatin dengan keperluan pengunjung Muslim disini. Terimakasih.💖
Burung yang cantik , eehh, lupa namanya😍 |
Setelah puas anak-anak dan rombongan melihat panorama binatang di Zoo tersebut. Dan kebetulan hujan lebat serta merta turun, bagaikan dicurahkan dari langit. Sebelum bertolak pulang kami dibawa ke pusat Kota Permatang Siantar. Saya bertanya kepada ketua rombongan. "Kemana kita?"
"Lihat saja nanti", jawabnya pendek.! hehee.😄
Singa putih lagi tidur 😍 |
Mungkin kerana cuaca begitu sejuk, disebabkan hujan membuat kami tidak keletihan. Kereta berhenti ditepi jalan kawasan pusat pertokoan.dan beberapa orang turun termasuk Saya dan Istri. Rupanya kami dibawa kesebuah toko/kedai kek dan roti (lupa namanya) yang menurut ketua rombongan kedai ini sangat famous. sudah puluhan tahun lamanya.
Didalam kedai ini dipenuhi ramai pembeli, suasana riuh sekali.rupanya kedai ini ada menu spesialnya iaitu kalau dulu kita di Malaysia panggil roti benggali (roti kosong-tawar rasanya) Lalu sebuku roti yang agak besar juga dibelah tiga memanjang lalu disapukan dengan jem atau srikaya yang resipinya mereka ciptakan sendiri. Setelah itu terus diatasnya ditaburkan biji-biji coklat berbagai warna. Ummphh !😋 Sungguh menyelerakan.
Orang Utan Sumatera |
Perjalanan dari Permatang Siantar ke Tebing Tinggi dengan kenderaan charted -pribadi dalam lebih kurang dua jam.
Kita harus maklum perjalanan kemana saja, segembira manapun kita, sholat jangan dilupakan.InsyaAllah perjalanan diberkati dan selamat pulang - pergi. Kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah bagi kelonggaran bagi musafir dalam perjalanan boleh menjamakkan sholat Zohor dengan Ashar dan Maghrib dengan Isya’. Hanya sholat Subuh wajib di tunaikan pada waktunya.
#TAGS : Luxury travel, Featured, Lake Toba, Samosir Island, Tebing Tinggi, Travel Guide
NOTE; Artikel ini telah di publish di website Fortuna Media.Com pada Ahad 1 Rabiulakhir 1435/02 Februari 2014
twitter.com/romymantovani
facebook.com/romyschneider
linkedin.com/in/RyanSchneider
pinterest.com/helmynetwork
No comments
Post a Comment