Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">
Ilustrasi Image by newmediahit

Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 

  • Patutlah YB Takiyuddin (PN- Kota Bharu) beriya-iya tak mahu Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan di Parlimen petang kemaren [Selasa 6 June 2023].

  • Rupanya, antara yang disebut dalam laporan itu adalah isu 500 buah ventilator yang ditempah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM30 juta.

  • Yang ajaibnya dalam pembelian ini, pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja! Daripada 136 unit itu pula, hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak! 

  • Daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dipulangkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat.

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">

Kata PN Bersih dan Stabil? Ini baru sikit tuan-tuan, politicy perikatan nasional (PN), walaun dan broker kena jawablah di parlimen.😇

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">
Patutlah PPBM-PN boikot tak mahu bahas di Parlimen petang kemaren (Selasa 6 June 2023)

FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR -Adalah sesuatu yang sangat pelik apabila ahli-ahli parlimen pembangkang (PPBM-PN) hari ini [Selasa 6 June 2023]. menolak agar Laporan Ketua Audit Negara 2021 dibahaskan di parlimen. Sedangkan ia sebenarnya membawa banyak manfaat kepada parti PN itu sendiri.

1. Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan(PH) selama ini konsisten menuduh TS Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN) menyalahgunakan kuasa darurat dengan m3ncuri duit kerajaan. Sekiranya tuduhan ini palsu, bukankah perbahasan isu ini di parlimen akan membolehkan PN membersihkan nama mereka secara terbuka?

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">
Eehh.. gang PPBM-PN tak mahu dengar salah laku mereka ketika menjadi kerajaan ke?

2. Hujah YB Ronald (PN- Beluran) dan YB Mas Ermieyati (PN- Masjid Tanah) bahawa perbahasan itu akan melanggar kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga tidak tepat. Selama inipun pelbagai isu dan dapatan PAC telahpun dibahaskan di parlimen. Kenapa pula perbahasan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara kali ini boleh menjejaskan kuasa PAC?

3. Hujah YB Takiyuddin (PN- Kota Bharu) pula mengatakan bahawa Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan hanya memerlukan Laporan Ketua Audit diletak di atas meja ahli-ahli parlimen (laid before the House). Masalahnya, Perkara 107 itu bukanlah bersifat sekatan yang tidak membenarkan ia dibahaskan. Kerajaan boleh membuat lebih daripada itu jika perlu.

Contohnya dalam Perkara 107 itu, tidak disebut juga Laporan Ketua Audit Negara (KAN) perlu disemak oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Dan tidak disebut juga bahawa semakan itu perlu dibahaskan di parlimen. Tapi selama ini elok sahaja kedua-dua perkara itu dibuat dan tidak pernah dibantah mana-mana pihak

4. Saya (penulis) telah membaca sebahagian Laporan KAN tersebut. Dan memang terdapat keperluan besar agar ia dibahaskan agar semua Rakyat Malaysia tahu

Sebagai contohnya, Kementerian Kesihatan telah menempah 500 ventilator dan bayaran pendahuluan RM30 juta telah dibuat. Tetapi pembekal hanya dapat menyerahkan 136 unit sahaja. 

Daripada 136 unit itu pula, hanya 28 unit boleh digunakan. 108 lagi rosak

Daripada 108 yang rosak, hanya 15 sahaja boleh dipulangkan kembali kepada pembekal. 93 unit tidak boleh dikembalikan kerana tiada dokumen perolehan daripada KKM kepada pembekal kerana dibuat di bawah Tatacara Perolehan Darurat 

Kerugian kepada Negara Malaysia dianggarkan sejumlah RM13 juta

Ini baru satu kes. Ada banyak lagi bhai!.😁

Belum cukupkah satu alasan ini? Atau, Adakah sudah cukup laungan bersih dan stabil tanpa bukti?

---

Adaptasi dari artikel asal by Abdul Rahim Hilmi Zakariya (Kuala Terengganu)

Editor; Romy Mantovani

Editor’s Note: The views expressed in this article are that of the writer and do not necessarily reflect the views of the management of Fortuna Media

 TAGS : #PoliticalNews, #newspolitics,#Malaysia, #OPINION, #COURT, #POLITICS, #LaporanKetuaAudit Negara


Iniilah sebagian komen-komen netizen mengenai kes tersebut,

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">

<img src=https://fazryan87.blogspot.com".jpg" alt="Dewan Rakyat kecoh, PPBM-PN Boikot Tidak Hadir di Parlimen Sesi Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ">
   VIDEO;



No comments