Kisah Kegagalan Team Nasional Indonesia ke Piala Dunia 1958 kerana Presiden Soekarno Tolak Main dengan Israel demi Palestine
Kisah Kegagalan Team Nasional Indonesia ke Piala Dunia 1958 kerana Presiden Soekarno Tolak Main dengan Israel demi Palestine
- Hari ini polemik mengenai hubungan Indonesia-Israel sekali lagi menjadi isu hangat selepas beberapa pihak mendesak agar team Israel tidak diizinkan untuk menyertai saingan Piala Dunia B-20 2023 yang akan bermula pada 20 Mei ini di Bali.
- Antara pihak yang bersuara adalah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang meminta pihak pemerintah Indonesia bersikap tegas dan tidak membuka pintu buat skuad Israel.
- Pendirian Soekarno terhadap Israel jelas. Beliau menolak sebarang hubungan dengan negara Zi0nis Isr@hell
- Semasa penganjuran Sukan Asia 1962 di Jakarta, Presiden Soekarno sekali lagi menolak keras penyertaan Israel, apatah lagi membenarkan atlet dari ‘negara haram’ tersebut untuk menjejaki tanah Indonesia.
- Almarhum Presiden Soekarno, sepanjang tempoh memegang tampuk pemerintahan Indonesia terlibat dengan setiap deklarasi anti-Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga forum-forum antarabangsa yang lain.
- Dukungan Presiden Soekarno terhadap pembebasan Tanah Palestine dizahirkan secara konsisten termasuklah dalam satu pidatonya pada tahun 1962.
- “Selagi kemerdekaan Bangsa Palestine belum diserahkan kepada orang-orang Palestine. Maka selagi itulah Bangsa Indonesia berdiri menentang penjajahan Israel,” tegas Presiden Soekarno.
FORTUNA MEDIA - KUALA LUMPUR - KISAH kegagalan Team Nasional Indonesia ke Piala Dunia 1958 kerana Almarhum Presiden Soekarno tolak main dengan team Israel demi menghormati Palestine
SEKITAR 66 tahun yang lalu, tepatnya pada tahun 1957 skuad bola sepak Indonesia layak beraksi dalam pusingan kedua kelayakan/kualifikasi Piala Dunia 1958 selepas lolos kumpulan 1 pusingan pertama.
Selepas diundi untuk ditempatkan dalam satu kumpulan dengan Israel, Sudan dan Mesir. Jika berhasil melepasi peringkat ini, skuad Garuda berpeluang besar untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 1958 yang berlangsung di Sweden.
Team Nasional Indonesia saat tampil pada Piala Dunia 1958 (Foto: Istimewa/bola.okezone.com) |
Namun, Team Nasional Indonesia bertindak mengorbankan kesempatan emas itu kerana memilih menolak melawan team Israel. Itu kerana tekad Presiden pertama Indonesia, Presiden Soekarno, yang ingin menjaga hubungan baik dengan Palestine.
Dalam satu acara peringatan Hari Sumpah Pemuda di Istora Senayan, Jakarta, Soekarno menyatakan ketegasannya bahawa Indonesia tidak akan sesekali bermain bola sepak dengan Israel sehinggalah Palestine merdeka.
Dengan penarikan diri Indonesia, FIFA memutuskan Israel untuk mara ke pusingan play-off menentang Wales yang menamatkan saingan pusingan kelayakan zon Eropah di posisi kesembilan. Wales berhasil ‘menghajar’ Israel dan mara ke pusingan akhir.
Apa yang lebih menarik adalah keputusan Almarhum Presiden Soekarno itu yang telah membangkitkan penghormatan oleh dunia internasional terhadap Indonesia kerana ia telah membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perjuangan Kemerdekaan Negara Palestine.
Hari ini polemik mengenai hubungan Indonesia-Israel sekali lagi menjadi isu hangat selepas beberapa pihak mendesak agar Israel tidak diizinkan untuk menyertai saingan Piala Dunia B-20 2023 yang akan bermula pada 20 Mei ini di Bali.
Antara pihak yang bersuara adalah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang meminta pihak pemerintah bersikap tegas dan tidak membuka pintu buat skuad kebangsaan Israel.
Pendirian Soekarno terhadap Israel jelas. Beliau menolak sebarang hubungan dengan negara
Semasa penganjuran Sukan Asia 1962 di Jakarta, Presiden Soekarno sekali lagi menolak keras penyertaan Israel, apatah lagi membenarkan atlet dari ‘negara haram’ tersebut untuk menjejaki tanah Indonesia.
Almarhum Presiden Soekarno, sepanjang tempoh memegang tampuk pemerintahan Indonesia terlibat dengan setiap deklarasi anti-Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga forum-forum antarabangsa yang lain.
Dukungan Soekarno terhadap pembebasan Palestin dizahirkan secara konsisten termasuklah dalam satu pidatonya pada 1962.
“Selagi kemerdekaan Bangsa Palestine belum diserahkan kepada orang-orang Palestin, maka selagi itulah Bangsa Indonesia berdiri menentang penjajahan Israel,” tegas Presiden Soekarno.
Sokongan Indonesia terhadap Palestine tidak ‘bertepuk sebelah tangan’. Sebaliknya kedua-dua negara ini ternyata mempunyai hubungan yang amat istimewa.
Setahun sebelum Kemerdekaan Indonesia, pada 6 September 1944, Mufti Besar Palestine, Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini memberikan dokongan secara terbuka bagi perjuangan rakyat Indonesia ke arah kemerdekaan.
Setelah merdeka, Indonesia yang memerlukan pengakuan sebagai Negara berdaulat menerima sokongan daripada Mesir dan Palestine pada 1947. Seterusnya pada 14 Mei 1948, Indonesia menolak proklamasi negara Israel oleh David Ben-Gurion kerana menganggap ianya telah merampas tanah rakyat Palestine.
Israel beberapa kali berusaha untuk memulakan titik perhubungan dengan Indonesia. Pada Januari 1950, Menteri Luar Israel, Moshe Sherett telah mengutus pesanan kepada Wakil Presiden, Mohammad Hatta mengenai pengakuan penuh Israel terhadap kedaulatan Indonesia. Namun ia hanya dibalas dengan ucapan terima kasih tanpa menawarkan hubungan diplomatik.
Seterusnya usaha Israel untuk menghantar misi muhibah ke Indonesia telah ditolak. Segala usaha bagi hubungan ekonomi dan perdanganan antara kedua-dua negara juga tidak pernah mendapat respon positif daripada Presiden Soekarno.
Kemudian ketika menganjurkan Persidangan Asia Afrika pada April 1955 di Bandung, Indonesia telah bertindak menolak penyertaan Israel, sebaliknya Presiden Soekarno telah menjemput pejuang Palestine, Yasser Arafat untuk menghadirinya.
𝗪𝗮𝗷𝗮𝗿𝗸𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗕-𝟮𝟬 𝟮𝟬𝟮𝟯?
Kementeria Luar Negeri (Kemenlu) Indonesia dalam kenyataannya menegaskan dukungan Indonesia terhadap kemerdekaan Palestine kekal konsisten dan tidak pernah luntur.
“Saya ingin tegaskan kembali bahawa pendirian Indonesia konsisten dan akan tetap konsisten,” ujar Teuku Faizasyah, jurucakap Kemenlu dalam sidang media pada 10 Mac 2023 lalu.
“Dalam hal ini, status tuan rumah Indonsia di Piala Dunia B-20 ini tidak akan menggoyahkan sedikit pun pendirian konsisten Indonesia terhadap Palestine.”
Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohor pula berharap urusan bola sepak tidak dicampur dengan isu politik dan menjamin keselamatan skuad kebangsaan Israel sepanjang kejohanan.
Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) pula dalam responnya menjelaskan selepas Indonesia bersetuju untuk menjadi tuan rumah, pihak pemerintah tidak boleh secara sebarangan menolak penyertaan skuad Israel.
“Kalau kita hendak jadi tuan rumah Piala Dunia B-20, kita harus ikuti peraturan FIFA. Salah satunya adalah kita harus menerima semua negara lolos pusingan kelayakan tanpa diskriminasi,” ujar Ketua Setiausaha Kemenpora, Gatot S Dewa Broto.
Tambah Gatot lagi, pihak pemerintah juga harus menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara lain yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Bagaimana menurut Anda, sesungguhnya banyak negara-negara dunia yang tidak menerima Zi0nis Isr@hell dalam penyertaan pelbagai sukan/olahraga.
Kita tunggu bagaimana keputusan pemerintahan Indonesia dalam mengatasi polemik hebat ini.InsyaAllah..[HSZ]
Sumber ;
1- Semuanya BOLA Via, facebook.com/groups/
2- bola.okezone.com
Ilustrasi Image; Doc, Romy Mantovani
#indonesia, #SkuadIndonesia #PialaDuniaB20_2023
#PialaDunia1958 #SkuadIsrael #BolaSepakDunia
VIDEO;
No comments
Post a Comment